"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, October 2, 2016

Hendak hijrah ke mana?




Dari awal lagi Allah telah berfirman:

A025
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

A026
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

A027
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

A028
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

A029
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.



Setiap sampainya 1 Muharram setiap tahun, kita akan berhujah mengenai HIJRAH. Selalu kita dinasihatkan untuk berhijrah ke sesuatu yang lebih baik. 

Katakan apa sahaja, Allah lebih seribu tahun dahulu telah bertanyakan "KAMU HENDAK KE MANA"?

Kita disarankan mengikut semanagt Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Dalam konteks hari ini maka Hijrah dituntut supaya kita berpindah dari suatu yang tidak baik atau kurang baik kepada sesuatu yang lebih baik.

Pastinya ia bermula dengan perubahan sikap.

Kita sering mendengari bahawa Hijrah itu satu perjuangan. Hijrah itu satu pengorbanan.
Maka kita harus faham benar-benar apa itu perjuangan dan apa itu pengorbanan. Untuk faham kita harus ada Ilmu. Hijrah bukan suatu proses yang mengejut. Tanpa persediaan ia akan gagal. Kita akan tercari-cari dan mungkin juga kita akan meraba-raba seperti dalam kegelapan dan apabila rasa amat menekan, kita ikut sahaja arus perdana yang ada. Tetapi arus yang perdana dan popular bukan semestinya suatu yang BENAR.

Untuk mendapat ILMU yang Benar kita harus ada GURU, guru yang mursyid, guru yang boleh dipecayai yang berlandaskan alQuran dan Hadith dan ia menyampaikan Ilmu secara terbuka. Ia itu bukan dengan cara sembunyi-sembunyi dan berahsia dan berkumpul-kumpul secara misteri. Ilmu yang benar bukan suatu ikut-ikutan. 

Saya tidak bertujuan berhujah panjang di sini kerana soal hijrah sudah banyak diperkatakan di sana sini. Saya hanya bertujuan mengambil ingatan buat diri sendiri dan anak-anak buah saya dan siapa jua yang sudi mengikuti penulisan saya di sini.

Allah telah mengatakan kita jangan menyeleweng dari alQuran. Tetapi jikalau kita tidak ada bahasa Arab yang luas dan tinggi, maka janganlah pula kita mahu membuat tafsiran alQuran mengikut terjemahan, dalam apa bahasa sekali pun. Tejemahan hanya untuk penjelasan umum. Belum cukup jika kita mahu berhujah dan membentuk fatwa. 

Saya ikut sahaja fahaman Ulamak-ulamak muktabar. Kita boleh berbeza sedikit asalkan sahaja kita tidak menentang prinsip-prinsip pokok dalam agama. Maka itulah kita perlu mengaji di hadapan guru yang mursyid.

Hendak Hijrah ke mana?
Kita Hijrah hingga sampai ke Jannah.....dengan Rahmat Allah jua.


......foto ehsan carian google.

3 comments:

wati said...

Assalamualaikum..selamat tahun baru hijrah..baru hari ni kelapangan mengikuti penulisan Puan.

wati said...
This comment has been removed by the author.
ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam Dear Wati. Maaf sangat-sangat lambat respon comment Wati. Semoga ceria selalu dan tahun baru Hijrah membawa barakah dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah untuk wati dan keluarga. Terima kasih singgah Blog Untie.

Related Posts with Thumbnails