"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, April 7, 2019

Fiesta Hot Air Balloon Putrajaya...@ "Rakyat memerhati........."









Alhamdulillah. Saya tunaikan janji hari ini untuk kongsikan lagi foto-foto pesta belon yang diadakan baru-baru ini di Putrajaya. Ini pesta pada hari ke 3 dan hari akhir.

Sebelum jam 7 pagi sudah mula belon-belon berterbangan. Ada yang landing hampir ke paras muka air di tasik di hadapan rumah saya seperti yang di sebelah ini. Teruja juga saya melihat api gas dinyalakan untuk menaikan semula belon itu untuk terus terbang.

Dari segi sainsnya saya tidak faham. Rugi buat saya tidak belajar sains yang mencukupui semasa sekolah dulu. Ingin cerita pada cucu yang tinggal bersama pun tidaklah berjaya.


Ini hampir tersangkut di pokok. Nampak seperti itu. Tetapi dapat mengelakannya
dan terus terbang hilang dari pandangan saya.


Ini foto yang buat saya seronok juga melihatnya. Masa kecil dahulu tidak pernah lihat belon seperti ini. Tetapi kalau ada peluang naik pun saya rasa takut untuk mencuba menaikinya.
Semasa di Turkey ada peluang naik belon seperti ini.
 Saya tidak mengiktuinya.... Takut.



Ramai pengunjung ke Putrajaya yang berhimpun dekat dengan tasik menyaksikannya.
Bercerita mengenai rakyat menyaksi saya teringat slogan JOM Channel TV
 selalu sebut  Rakyat Memerhati.

Manusia pada fitrahnya suka memerhati. Tetapi sayangnya ada yang memerhati tetapi tidak cuba memikirkan tentang buruk baiknya sesuatu yang diperhati dan/atau yang didengari.
Maka selalu akan terkandas kerana mengambil tindakan atas sesuatu 
yang tidak jelas kebenarannya.

Allah maha Memerhati. Harus yakin tepat-tepat.


Yang datang memerhati juga samapi menaiki canoe. Ramai juga pada pagi itu. 
Ada bot Polis yang memastikan mereka tidak menggangu belon-belon
 jika ada yang mendarat di permukaan tasik..



Saya lihat dua pengunjung ini seperti tetamu dari luar negara sebab 
pertuturan mereka tidak saya fahami.
Mereka pasti senang dengan Malaysia. Cuma ada orang Malaysia sahaja 
yang tidak banyak bersyukur atas nikmat yang Allah kurnia 
pada negara tercinta ini.


Dalam pada itu ada bot cruiser melintasi tasik juga membawa pelancung pastinya 
mahu menyaksikan pesta belon yang berwarna warni. 
Putrajaya berhibur, berekreasi.

"Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan"



Bilangan pengunjung bertambah ramai.


Tingginya belon-belon berterbangan..... 
Tidak takut kah mereka yang menaikinya.


Dari jauh saya nampak juga betapa ramainya pengunjung yang berdiri-diri
di atas jambatan. Hujung minggu yang bersejarah buat setengah pengunjung.


Setelah selesai belon, saya nampak juga ada beberapa aktivis sukan yang 
menunjukan bakat berterbang dengan Glider. Wah..... Hebat orang Malaysia.

Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan.


Saya kira ramai juga pengunjung terus berlegaran di tepi tasik walaupun 
sudah selesai  belon-belon berterbangan jauh.

Semoga Allah menyedarkan sesuatu kepada pengunjung, termasuk saya,
 mengenai nikmat kesihatan daya lihat, daya dengar dan daya fikir.
Tanpa anugerah ini manakan dapat kita merasai keseronokan
hidup ini. Alhamdulillah.

..................

1 comment:

mut shahidan said...

Asslm sobah...good recording...shasha dan anak2 nak sgt pergi putrajaya..you were in lpoh then..nnti l share cerita baloon ni dg dia

Related Posts with Thumbnails