"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 6, 2019

A fighting chance.....@ membina Malaysia maju dan sejahtera.



Image result for fighting chance quotes


A001

Alhamdulillah saya dapat berfikiran lega dan terbuka hari ini. Lebih dari biasa, kerana baru baik dari demam dan batuk.

Rasa lega dan selesa dan rasa aman di dada sememnang menjadi doa harian saya semoga hidup ini tidak merupakan satu bebanan tetapi sentiasa merupakan keikhlasan menghadapi apa jua yang Allah kurniakan dan jika dipertemukan ujian saya dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran berlandaskan keimanan dan Taqwa. Itu semua merupak tarbiah guru- guru saya dan peringatan emak bapak semasa saya kecil-kecil lagi dan semasa saya muda belia lagi supaya tidak merungut merasai susah walaupun hidup susah sebagai keluarga pendatang. Susahnya kita ramai lagi orang lebih susah dari kita. Emak selalu ingatkan supaya bersyukur.Bapak saya meninggal saya berumur 16 tahun.

Mak bapak tidaklah pandai bertutur macam ustaz dan ustazah. Cuma Mak Bapak sering ingatkan supaya apa jua kesusahan yang kita hadapi, kita terima sahaja. Kita buat dengan penuh harapan Allah tolong. Nanti Allah tolong. Allah kan ada........katanya.

Maka dengan semangat keramat perjuangan mak dan bapak ketika hidupnya, saya kini melihat masaalah yang dihadapi di Malaysia kini pasti ada penyelesaian. Jika tiada peneyelesaian seperti yang dirancang dan diidamkan pasti ada penyelesaian yang Allah pilih yang terbaik buat semua terutamanya buat mereka yang sentiasa berpegang teguh pada tali Allah dan percaya sungguh-sungguh bahawa jika manusia tegar pengabdiannya pada Allah yang Satu dan yang maha Pencipta maka kesudahan hidup pastinya sejahtera selamanya.

Maka dalam konteks ini saya ingin mengimbas kembali peristiwa Pilihan Raya Umum pada Mei 2018.  Saya bertekad memilih Pakatan Harapan kerana saya mahukan perubahan yang saya kira boleh memulihkan kesejahteraan rakyat Malaysia ketika itu.......sejahtera dari semua aspek. Saya sedar bahawa Pakatan Harapan bukan terdiri dari golongan yang saya anggap ideal dan terbaik bagi memerintah Malaysia. Tetapi ketika itu saya nampak hanya mereka yang boleh membuat perubahan dan boleh mengubah hala tuju kehidupan supaya lebih adil dan saksama dan lebih berintergriti. Pakatan Harapan "bukan Malaikat" saya kata dalam hati. Saya setuju dengan sesetengah pendapat dan saya tahu dalam kalangan Pakatan Harapan pun bukanya semua mahukan Malaysia negara maju yang tunduk pada Perintah Allah swt. Masing-masing ada ajinda masing-masing dan mereka tahu hati perut masing-masing. Tetapi mereka bersatu untuk menumpaskan peminpin / kerajaan yang amat dipercayai akan menjadikan negara ini bankrup dan jadi papa kedana jika ia tidak dijatuhkan. 

Apa sekali pun, saya yakin Allah maha Mengetahui dan maha Penentu.( Foto di bawah adalah hiasan sahaja ehsan carian google untuk memandu minda memikirkan apa yang saya catat di paragraf berikut ini.)


Image result for free download ship wreck pictures


Image result for free download shark pictures


Saya katakan pada kekawan saya bahawa saya mememilih  Pakatan Harapan sebagai "the lesser evil" kerana itu sahaja yang ada dihadapan saya. Saya ibaratkan ketika itu  Malaysia seperti sebuah kapal yang telah pecah dan semua penumpang sudah terapung-apung di laut dan air sudah diparas hidung. Dan di bawah air pula ikan-ikan jerung sudah berkeliaran mendekati. Maka saya katakan pada diri  bahawa jika Pakatan Harapan itu adalah juga "lanun besar"  saya akan  naik juga kapal lanun itu kerana ketika itu saya mahu hidup, paling tidak boleh bernafas dan tidak dimakan jerung yang sedang kelaparan. Dan  jika mereka itu benar-benar lanun yang ganas, maka saya boleh dan mampu menentang mereka mengikut kekuatan saya. Jika saya tidak menaiki  kapal lanun itu pastinya saya mati tenggelam dan dimakan jerung. Ibaratnya  begitu........Pakatan Harapan PH jadi penyelamat  (dengan izin Allah) walau pun buat  seketika sahaja dan mereka yang menaiki kapal PH dapat berusaha beralawan dan mencari jalan keluar yang terbaik. Sekurang-kurangnya kita dapat mencuba berlawan untuk kebaikan. (We have got a Fighting Chance). Tidak perlu menyerah bulat-bulat pada "takdir".

Pastinya ramai yang berfikiran macam saya dan sebab itu Pakatan Harapan mencapai kemenangan yang tidak disangka-sangka......

Setelah lebih setahun memerintah ramai yang berpendapat dan bising di media massa mengatakan bahawa kegagalan yang dijangka-jangka  sekarang ini terbukti betul. Pakatan Harapan tidak dilihat sebagai sebuah kerajaan yang mampu membangun negara dan dalam pada itu merangsang kewujudan elemen-elemen yang mengancam keselamatan negara. Adakah ini realiti atau persepsi semata-mata. Setiap kita boleh mendengari hujah-hujah yang dilemparkan keluar setiap hari  dan buatlah keputusan yang difikirkan betul dan terbaik.

Mungkin ramai yang berpuas hati tetapi tidak pandai bersuara kerana tidak tahu guna media massa.  Jadi bila Pakatan Harapan kalah dalam beberapa Pilihan Raya Kecil yang diadakan sejak Mei 2018  maka itu dikira sebagai bukti Pakatan Harapan tiada kemampuan memerintah. Dalam pemilihan wakil di Tanjung Piai kali ini nanti pun Pakatan Harapan dijangka kalah teruk. (We have got a fighting chance. Let us see what happens....)
Biarkan........

Keadaan yang nampak sarat ini ditambah pula dengan masaalah perkauman yang dilihat dari beberapa sudut. DAP yang menguasi kewangan negara kerana Menteri Kewanag andalah dari DAP maka timbulah pula dakwaan  berbagai angkara seperti nilai mata wang turun, hutang negara bertambah, bilangan penganggoran bertambah, jangkaan nilai GDP menurun dan harta negara di jual dan berbagai lagi. Kemudian timbul pula angkara fitnah memfitnah atas sebab-sebab politik yang katanya lahir dari faktor akhlak individu. Ramai yang melihat apa jua masaalah yang ada adalah disebabkan oleh tindakan mengikut cita rasa sesuatu kaum. tanpa mengikut prinsip-prinsip yang boleh diterima semua. Maka agak tegang suasana jika tiada pihak yang mahu mengalah. Semua mengaku mereka betul.......cara mereka.!

Mudah kata, Pakatan Harapan menghadapi masaalah kepercayaan rakyat  dari segi keupayaan. Adakah ini persepsi atau realit?

Saya hanya mampu memerhati dan mengatakan pendapat saya pada ahli keluarga dan kekawan rapat dalam jemaah saya sahaja. Saya warga emas dan tidak mungkin punya daya pemikiran dan kekuatan yang dapat membuat perbezaan dalam menyelesai kemelut yang melanda sekarang.

Maka di sini yang saya katakan pada kekawan saya bahawa untuk berjaya memerintah negara dengan pengalaman yang sedikit Pakatan Harapan harus bekerja kuat membina professioalima mereka , kepintaran dan kebijaksanaan harus ada didewan dan di jalanan dan dimanajua. (inexperienced does not mean inability). Kepimpinan Pakatan Harapan harus yakin diri dan jangan takut-takut. 

 Seperti kata-kata di atas........

WE HAVE GOT A FIGHTING CHANCE.
TOGETHER..., YES WE CAN.

Janganlah ada ahli Pakatan Harapan yang baling batu sembunyi tangan, jadi musuh dalam selimut dan berbagai lagi. Dan kepimpinan Pakatan Harapan harus berpegang bahawa prinsip utama perjuangan ialah menegakan KEBENARAN yang dibawa oleh Rasulullah Salallahualaihi wasalam yang sudah menggariskan dengan nyata hak Islam dan hak bukan Islam. Kita jangan pandai-pandai buat formula sendiri semata-mata untuk berkuasa. Jangan lupa Allah maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Allah maha Berkuasa atas apa jua yang di langit dan apa jua  yang di bumi.

Apapun...... akhirnya saya kata pada diri sendiri:  LET THE BEST MAN WINS. Dan saya doa semoga yang menang ini benar-benar beriman dan bertaqwa dan membawa Malaysia mencapai taraf negara maju yang bemarwah, berintegriti dan sejahtera. Iman dan Taqwa adalah landasan yang tidak bolih  ditukar ganti. Apa pun,  sistem Khalifah harus dikembalikan jika kita mahu selamat sejahtera di dunia dan di akhirat.( saya mendengari ini dari ceramah-ceramah diUtube oleh ulamak-ulamak Islam yang tersohor di dunia. Usaha mengembalikan sistem Khalifah bukan suatu yang mudah. Semua negara yang mengaku negara Islam harus mempunyai tekad yang kuat bahawa hanya sistem Khalifah sahaja yang boleh menyelamatkan dunia kita ini.Kita harus terus bersedia menghadapi fakta akhir zaman dan memahami mengapa sistem Khalifah harus dikembalikan.)

Sistem Demokrasi bukan laluan ajaran Islam dalam sistem pemerintahan negara. Maka jika kita pegang pada Islam,  kita harus berusaha kuat memikat hati mereka yang bukan Islam supaya menjadi Islam tanpa kompromi yang tidak syar'ie. Dan kita yang sudah Islam haruslah pula memperbaiki diri supaya setiap kita menjadi contoh yang tulin pada mereka yang belum Islam. Semoga kita tidak berbalah anatara sesama kita dalam acuan sistem pemerintahan dan sistem bermasyarakat dan semua sistem kehidupan yang dipengaruhi oleh anasir Zionist tanpa disedari. 

Sayugia diingat bahawa Zionist yang merbahaya bukan zionist Yahudi sahaja. Zionist kini wujud dalam semua kumpulan manusia atau kerajaan yang mahu berkuasa sepenuhnya di muka Bumi ini. Ada zionist yang berkulit putih, ada yang berkulit hitam dan ada yang berkulit kuning. Mereka berbagai warna dan rupa. Kita harus berilmu dan beramal semoga dapat "melihat" dengan Taufiq dan Hidayah Allah siapa mereka yang wujud di sekeliling kita yang mahu memesongakan kita. Jika kita berilmu dan beramalkita akan dapat berwaspada semoga kita tidak menjadi mangsa tipudaya mereka dan membuat kita terkandas dan terjunam dalam kehidupan yang berTuhankan kekuasaan kebendaan dan kekeuasaan ketenteraan semata-mata. Zionist hanya berlandaskan hawa nafsu kononnya mereka itu kaum yang terpilih dan dunia ini mereka yang mesti menguasai  berlandaskan hawa nafsu yang diperkuat dengan amalan sihir yang dipelopori oleh Jinn dan Iblis yang bermaharajalela dari Zaman Firaun lagi yang mengaku dirinya Tuhan.

Maka dalam keadaan kita yang dhaif ini kita mohon berlindung dengan Allah swt. Kita mohon pertolonganNya dan kita mohon kekuatan Iman dan Taqwa yang jitu yang membuat musuh-musuh kita gentar dan dari jauh lagi tidak berani mengangkat muka. Hanya Redha Allah yang kita cari dan semoga kita  mendapat kurnia Syurga Firdaus yang kita nanti-nanti. Kita mesti berilmu dan beramal dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dan menanamkan tekad pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bagi. Setiap kita harus bertanggong jawab. (Jika ada di mana saya silap mohon tegurkan).

Semoga Allah sentiasa menganugerah Taufik dan Hidayah pada setiap kita untuk berpegang teguh pada AjaranNYA. Semoga kita tidak hanya  berjaya di dunia tetapi kecundang di akhirat.

Aamiin ya Rabb................


...................................................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails