Alhamdulillah saya dapat khabar berita yang menceriakan saya beberapa hari yang lalu. Cerita kakak saya Ramlah Sulaiman yang mengingati hari lahirnya yang ke 80 tahun ini 2019. Saya rakamkan dibawah ini kiriman foto dari anaknya yang berkejaran minta izin keluar pejabat sebentar untuk rai ibu kerana ibu tidak ada kamera untuk merakam sejarah.
Kakak saya Ramlah berbaju hijau dan di sampingnya ialah Sutiah Sulaiman,
kakak saya yang sudah berumur 83 tahun pada bulan lepas dan di sini
sama-sama menjamu makan kekawan mengaji di rumah kakak
saya Ramlah sempena kesyukuran pada Allah yang kurnia umur
yang panjang dan dalam keadaan sihat yang membolehkan mereka
mengurus diri dan berkesempatan lagi pergi ke Majlis Ilmu di kampung.
Alhamdulillah
Foto keduanya diambil di hadapan rumah. Saya suka bunga-bunga
yang di taman dan ingat pada Emak kerana arwah Emak pun
suka bunga-bunga seperti itu.
Ini kumpulan mengaji yang diadakan di rumah kakak saya sekali sebulan
dan kekadang dua kali jika ramai sambutan. Ada ustaz yang
lazimnya mengajar dari sebuah kitab.
Selepas mengaji mengaji mereka menjamu selera seadanya. Kali ini
istimewa sedikit sempena menyambut hari lahir.
Kakak saya masih berkemampuan memasak dan mengurus majlis.
Kekawan mengaji membantu mengemas.
Bilangan yang rata-rata hadhir ialah 30-40 orang ramainya, tua dan muda.
Semoga Allah memberkati amalan mereka.
Saya rakam beberapa foto kenangan buat diri saya.
Kini kami bertiga sahaja yang masih ada. Semoga Allah kurnia umur
panjang yang bermunafaat.
Aaamiin....
.......................
No comments:
Post a Comment