"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 18, 2019

Antara pendidikan pra sekolah dan menyantuni ibu mengandung.......


A001
        PILIH YANG MANA....
                                        jika bajet keluarga terhad

                                                  


Alhamdulillah.... hari ini saya akan sambung cerita perihal Pra Sekolah SmarTop Subur Fitrah yang pernah saya ceritakan tempuh hari. Saya masih rasa teruja mahu berkongsi mengenainya......

Hari itu ramai sekali ibu bapa dan anak-anak kecil yang datang mahu meraikan kejayaan anak-anak mereka. Alhamdulillah. Kami sebagai Ahli Lembaga Pengelola amat seronok dan amat bersyukur mendapat sambutan yang memuaskan dari ibu bapa semua.


Saya menulis hari ini kerana teringatkan satu fakta penting dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan membesarkan serta mendidik anak-anak. Jom..... kita berkongsi  pengalaman..... saya mulai dengan cerita sedikait acara "graduation" hari itu.




Ini sebahagian dari ibu bapa yang hadhir. Dewan SmarTop kecil maka kami
menyewa dewan Sekolah Kebangsaan Ledang.



Kami mulakan Majlis dengan doa yang diketuai oleh seorang
bapa pada anak kecil Taska kami. Beliau ialah Zulikram Amri bin Hj Ghazali.



Kemudian Uapan khas oleh Pengerusi Lemaga Pengelola
 Tadika / Taska SmarTop Subur Fitrah
Yang berbahagia Dato Safaruddin Hj Sidek.



Di atas dan di bawah ini saya rakamkan acara anak-anak kecil Taska
yang memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran guru-guru mengarah 
dan menyusun acara persembahan.


Saya tertarik dengan hiasan pentas dan amat teruja melihat telatah anak-anak
kecil yang berbagai kepintaran dan cita rasa.



Mula-mula naik ke pentas mereka akan melambai-lambai ibu bapa
dan tertawa-tawa keseronokan. Setiap acara memakan masa.
Ini lumrah kerana begitulah sifat anak-anak kecil.




Untuk peringakat murid 6 tahun di Tadika, disiplin mudah diterapkan
 di atas pentas. Amat menarik persembahan mereka.




Lakonan pentomime "cry wolfe" oleh anak-anak 6 tahun.




Di atas ini adalah acara anak-anak yang akan meninggalkan 
SmarTop Subur Fitrah tahun hadapan. Perpisahan yang menyentuh perasaan.



Di bawah pentas ada guru-guru yang berkenaan membantu mengingatkan
lakonan dan nyayian dan hafalan. Lumrah..... anak-anak kecil perlu 
contoh yang mudah diikuti.


Ibu bapa sibuk merakamkan peristiwa anak-anak.





Saya rakamkan foto-foto di atas melihat betapa ibu bapak 
seronok dan teruja melihat telatah anak-anak mereka.
Melihat keseronokan ini saya juga rasa seronok.





Kami sudahi dengan foto kenangan guru-guru
bersama Ahli-ahli Lembaga Pengeloa.
Alhamdulillah, semoga Allah memberkati.

Dengan selesainya acara di atas, jom kita kembali pada tajuk perbincangan kita hari ini. Semasa saya bertugas dahulu di Kementerian Pendidikan dalam awal tahun lapan-puluhan saya berpeluang menyertai satu kumpulan kerja yang diarah menyediakan justifikasi mengapa Malaysia sepatutnya mendapatan bantuan Pinjaman Bank Dunia untuk menyebar-luaskan lagi pembangunan pendidikan Pra Sekolah.

Penyediaan justifikasi mengambil masa. Berbagai pendapat dikemukakan dalam ingatan saya. Tetapi yang amat menarik perhatian ramai pegawai ialah pendapat Pegawai perwakilan dari Bank Dunia yang tidak berapa berminat dengan langkah yang kami ambil. Mereka mengatakan bahawa jikalau Kerajaan Malayasia mengalami kekurangan peruntukan pembanunan untuk Pendidikan, maka mereka merasakan prioriti kita harus terletak pada Kesejahteraan Ibu Mengandung.

Fakta terpenting ialah kerana anak dalam kandungan memerlukan segala perhatian supaya mereka sihat dan janin berkembang sebaik mungkin. Semasa dalam kandungan inilah perkembangan otak bayi sangat penting. Ibu mengandung harus mendapat pemakanan yang baik dan berzat supaya anak yang dilahirkan nanti tidak menghadapi apa-apa masaalah dari segi kesihatan dan kesempurnaan sifat-sifatnya.

Saya teringat fakta ini dan ingin mencatat alam bicara kita hari ini supaya ibu bapa boleh mendapatkan nasihat yang terbaik dari pakar-pakar dari berbagai bidang.

Jika bayi lahir sihat dan sempurna maka proses membesar tidak akan menghadapi banyak masaalah. (Ada masaalah yang mungkin diluar jangkaan tetapi umumnya tiada masaalah).

Pendidikan Pra sekolah bukan suatu yang mesti. Ia boleh diurus di rumah dan asuhan ibu bapa yang normal tidak akan menghadapi masaalah nanti bila anak-anak itu masuk tahun 1 dalam umur 7 tahun. Saya tidak mampu bicara panjang lebar di sini kerana saya pun bukan pakar. Tetapi saya melalui pendedahan dalam hal ini semasa saya bertugas di Kementerian Pendidikan dahulu. 

Sama-sama kita fikirkan dalam membuat pilihan yang agak penting ini. 

Jika anak bayi membagnun sihat dan sempurna, potensi menerima pembelajarn dari tahun ketahun biasanya tidak menghadapi masaalah. Cuma kita harus iringi dengan doa semoga Allah memudahkan segala urusan yang berkaitan dengannya.


......................


No comments:

Related Posts with Thumbnails