"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 27, 2019

Allah lihat pada usaha kerja, Bukan hasilnya semata-mata........


A001


Hingga termimpi-mimpi.....
Bukan sesuatu luar biasa dari segi peristiwa yang 
saya terima seminggu dua ini.
 Tetapi ia  luar biasa dari lintasan minda saya yang makin hari
 makin pudar kerana tidak sering tercabar.
 Bukan  saya menyalahkan kehidupan dalam alam persaraan,
 tetapi itulah hakikatnya. Saya sentiasa mahu berfikir aktif tetapi sering juga
 tersangkut - sangkut salah fikir itu dan ini.
 Kekadang ia berlaku tanpa saya sedari. Mohon Allah ampuni.

Saya teruja mendengari cerita anak menantu saya.
 Kini ia punya seorang pembantu rumah.
Entah ikut mana ia terfikir mahu jualan nasi lemak waktu pagi
 semoga dapat menambah rezki dan mencari pengalaman hidup 
yang berbagai dan mencabar dari hari kehari.
 Maklumlah waktu ini ekonomi negara dirasai lembab oleh rakyat biasa kerana tidak dapat menampung dan meringankan beban rakyat jelata. Ini pemerhatian rambang buat saya. Namun saya rasakan ia suatu yang benar dan nyata dan saya pun rasa agak dukacita.

Anak menantu saya ini ada lulusan sarjana muda dalam bidang Imaging.
(mungkin medical imaging. Saya kurang mengerti maklumat lanjutnya)
Tetapi sejak berumah tangga in menjadi suri rumah sepenuhnya.
Sekarang ini ia teringin pula membuat perubahan selaras dengan kelulusannya dan umurnya. Saya ucap Syabas padanya. Saya suka kecergasan mindanya.
Jika satu pintu tertutup, banyak tingkap yang terbuka baginya.
Saya suka cara pemikirannya yang luas dan tidak takut mencuba.
Risiko hidup pasti ada. Dan saya pernah katakan padanya :
"nothing venture, nothing gain".
Cuba dahulu. Itu nyata.

Pembantu rumahnya pula pandai memasak berbagai rasa. 
Maka mudah baginya menstuktur semula jadual hariannya.
Dalam kesibukan menyediakan makanan jualan, ia masih bolih menghantar
 dan mengambil anak-anak dari sekolahnya. Alhamdulillah Allah mudahkan
segala urusan dan nampaknya tidak ada yang tergendala.



Ini iklan yang dibuatnya sendiri. 
Saya suka daya kreatifnya. Saya suka pada siapa jua yang sentiasa mahu
 memperbaiki diri untuk keluarga kecil dan keluarga besarnya.

Allah sentiasa suka kepada semua hambanya yang berusaha sedaya upaya
dalam berbuat sesuatu demi kebaikan dirinya dan kebaikan ummah seluruhnya.
Allah suka pada mereka yang sentiasa berfikir dan bertindak positif tanpa mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.
 Kalau kita tidak setuju dalam sesuatu hal kita harus mampu memberi laluan
 pada mereka yang suka mencuba. 
Seharusnya jangan menghalang usaha itu walaupun kita tidak suka. 
Nilai suka dan tidak suka adalah nilai relatif dan 
apa jua hal yang kita berbeza pasti ada hikmahnya. 
Jangan menilai sebelum tuntas dalam fikiran dan usaha.

Allah tidak hanya melihat pada hasil sesebuah usaha. Allah menghargai
 dan menilai tinggi usaha bakti yang dijalankannya.
 Maka kita usaha, berdoa dan pasrah padaNYA. 
Allah yang maha Berkuasa dan maha tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Kita jaga sahaja semua usaha kita harus berada dalam ruang lingkup
 paradigma Tauhid yang Allah terima. Tiada jalan lain selain dariNYA.

Semoga ia berjaya dan mendapat limpah kurnia Rahmat Allah
 hingga akhir hayatnya, Aamiin ya Rabb.....


..........................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails