Hampir semua orang tahu ini bunga Puding.
Ada berbagai jenis dan Emak saya suka semuanya.
Ia mudah ditanam dan mudah di suburkan.
Ia tahan lasak....Masha Allah, ciptaan Allah jua.
Jika tidak disiram pun tidak mudah layu buatnya.
Saya mahu tahan lasak sepertinya.
Semalam saya jumpa doktor dan berita yang kurang sedap mendengarinya.
Sepanjang jalan ke rumah saya berfikir- fikir dan berdoa.
Semoga apa jua yang saya harus lalui saya kuat dan ada kederat bertahan semampunya.
Allah yang maha menguasai segalanya.
Ia maha Pengampun dan maha Kasih Sayang pada
hamba-hambaNya.
Semoga doa diterima dan umur ini bermunafaat jua.
Untuk kini dan selamanya himgga ke Jannah Firdaus milikNya
Aamiin ya Rabb.....
Tuhan yang maha Agong maha Mulia.
........................
No comments:
Post a Comment