Maka bercerita mengenai usaha, saya suka mengimbas kembali sedikit ingatan peristiwa semasa kami mula-mula menubuhkan Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah di Tangkak Johor bermula tahun 2011. Memulakan sesuatu usaha bukan mudah kerana bajet kami amat terhad. Tetapi demi usaha dan doa kekawan, saudara mara dan jiran kami dapt memulakan SmarTop pertama kali pada tahun 2012.
Alhamdulillah.... kesyukuran yang tidak terhingga.
Kami mulakan dengan bekerjasama berbagai NGO dan antaranya ialah Ngo Haluan dan seorang professional pendidikan yang kami panggil Pak Hasni dari ADNI Islamic School. Sebuah nostalgia bila diingat-ingat kerana tahun hadapan saya akan menjangkau umur 73 tahun in sha Allah dan semoga masih ada kemampuan untuk meneruskannya.
Dalam melaksana subuah Tadika dan Taska yang berasaskan niali-nilai Islam bukanlah suatu yang mudah terutamanya dalam mebangunkan sebuah kurikulum yang relevan pada semua pihak, terutamanya ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Alhamdulillah kami mendapat sokongan dari berbagai pihak dari segi kewangan dan buah fikiran.
Dalam membangunkan sebuah institusi pendidikan kami hadapai berbagai ujian dan cabaran. Sedikit sebanyak ia membuat kami bimbang tetapi pada masa yang sama membuat kami sedaya upaya berfikiran luar biasa. Persaingan diluar sana dari segi bayaran yuran dan lain-lain yang kami kenakan pada ibu bapa adalah antara faktor penting yang harus diambil kira kerana antara kos yang harus adil ialah bayaran gaji pada guru dan staf yang menjadi fakta penting dalam urusan kami. Lembaga pengelola tidak ada mengambil apa-apa keuntungan dari usaha yang kerdil ini.
Saya ingin bercerita ringkas sahaja imbasan peristiwa pengurusan SmarTop semoga kami akan terus mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Jadi pada tahun 2019 kami cuba sedikit kelainan setelah kami melihat bilangan murid Tadika dan bilangan guru yang ada supaya hasil yang optima dapat dicapai. Lembaga Pengelola mencadangkan pada guru supaya dalam masa mengajar kurikulum asas Tadika kami minta guru lebih fokus pada hafalan alQuran kerana guru mengatakan murid-murid ada potensi kearah itu.
Maka kami mencapai hasil luar biasa (pada hemah kami yang banyak kekangan ini) dalam hafalan Quran bagi anak-anak Tadika. Alhamdulillah guru dapat membimbing anak-anak menghafal surah Al Mulk pada anak-anak 6 tahun yang kami tunjukan fotonya di bawah ini. Saya rasa terharu kerana saya rasa ini adalah satu pencapaian kurniaan Allah ke atas guru dan anak-anak ini yang kami tidak disangka-sangka.
Manakan saya menyangka kerana saya hafal surah itu pun semasa saya sudah dewasa tua. Apapun saya bersyukur dan sentiasa mengucap alhamdulillah.
Guru yang gigih ini ialah teacher Illi dan beliau sudah
bersama kami selama 2 tahun.
Ini satu perbezaan kecilan buat SmarTop tetapi besar di hati-hati kami.
Semoga Allah memberkati.
bersama kami selama 2 tahun.
Ini satu perbezaan kecilan buat SmarTop tetapi besar di hati-hati kami.
Semoga Allah memberkati.
Saya turunkan juga di sini antara foto penghargaan kami pada semua yang
menamatkan kelas masing-masing pada 2019.
Semoga kreativiti guru di semua bidang bertapak dan berterusan.
Aamiin ya Rabb.....
..........................................................
Semoga kreativiti guru di semua bidang bertapak dan berterusan.
Aamiin ya Rabb.....
..........................................................
No comments:
Post a Comment