"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, March 31, 2020
Advice in Light of Coronavirus (COVID-19) | Shaykh Dr. Yasir Qadhi | Khu...
BLESSINGS IN DISGUISE
SUATU RAHMAH / HIKMAH ALLAH DALAM SESUATU BENCANA.
Alhamdulillah, Kali ini suka saya kongsikan apa Shaikh Dr Yasir Qadhi ini kata mengenai fakta penting yang dapat kita ambil iktibar dengan tersebarnya Wabak Virus Corona ini.
Yang amat terpenting buat saya ialah mesti menyedari bahawa kita ini amat kerdil dan janganlah bersifat menyombong. Kaya macam mana dan berjawatan tinggi sekalipun, Virus ini akan melakat kalau Allah taqdirkan begitu.
Maka kita sentiasa menginsafi diri bahawa kebergantungan kita hanya pada Allah swt jua.
Mesej yang lain kita dengari terus dari Shaikh yang saya suka mengikutinya di utube.
Semoga selamat terus tinggal di rumah dan kita mudahkan pihak yang ditugaskan mengawal Virus ini. Kita semua sama-sama bertanggong jawab dalam hal ini.
Salam buat semua.
Sunday, March 29, 2020
Yang Tua Dipinggirkan?......@Covid-19.
Alhamdulillah kami sihat buat ketika ini dan semoga terus sihat dalam menghadapi wabak Coronavirus aka Covid-19. Saya dan suami sememnagnya sentiasa di rumah. Sejak jatuh patah kaki suami saya pun belum pulih sepenuhnya untuk ke Masjid atau ke surau. Sambil berangan-angan menanti Ramadhan alMubarak untuk pergi Tarawikh ke Masjid, Malaysia sudah di rundung malang.
Ini foto kenanagn tidak lama sebelum kemalangan jatuh dan patah kaki. Kami sudah tergolong dalam kategori warga emas dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurnia hingga hari ini. InsyaAllah bulan Mei ini kami akan sampai umur 73 tahun. Semoga kesampaian.
Kami terus berdoa semoga sihat-sihat dalam kemelut Wabak yang ada sekarang kerana warga tua tidak akan mendapat perhatian jika sakit dan jika bilangan orang muda yang sakit sudah terlalu ramai. Jika yang muda terlalu ramai maka yang tua akan dipinggirkan jika peralatan di hospital tidak mencukupi. Ini dasar hospital dimana jua di dunia ini. Orang muda masih diperlukan dan orang tua sudah dikira membebankan.
Itu lumrah hidup yang kami harus terima. Tidak mengapa kerana Allah ada dan apa jua yang berlaku Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang dan tiada siapa yang akan dipinggirkan semata-mata kerana umurnya.
Hidup dan mati adalah Ketentuan Allah dan tiada siapa yang dapat mengubahnya.
Itu lumrah hidup yang kami harus terima. Tidak mengapa kerana Allah ada dan apa jua yang berlaku Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang dan tiada siapa yang akan dipinggirkan semata-mata kerana umurnya.
Hidup dan mati adalah Ketentuan Allah dan tiada siapa yang dapat mengubahnya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
(Al-Jaathiyah 45:26) |
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Al-Munaafiquun 63:11) |Kedua-dua ayat di atas harus akan membuat semua kita mengerti bahawa ajal dan maut itu ada petanda yang nyata dan ada kiraan yang nyata di sisi Allah yang maha Pencipta. Maka tugas kita hanya mematuhi ayat-ayat itu dan yakin bahawa Allah maha Adil dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
(Yunus 10:49)
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Al-A'raaf 7:34) |Setiap ajal Allah telah tentukan dan saya cuba bertenang diri walaupun menghadapi hakikat bahawa orang yang di kira warga tua berumur lebih 65 tahun tidak diberi keutamaan semasa rawatan di hospital.
Bersabar sahaja dan berdoa semoga kami selamat dari Wabak Coronovirus ini dan Allah sentisa melindungi kami dan kami selamat di dunia dan diakhirat.
Aamiin ya Rabb.....
Friday, March 27, 2020
Steve Bannon: We Need to Smash the Curve.
Makin hari makin serious keadaan jangkitan wabak Corona virus aka Covid-19 di negara Malaysia ini. Ini pemerhatian saya secara rambang. Namun saya rasa khuatir ia akan benar-benar melangkaui fakta Pandemic.
Maka saya kongsikan Video di atas ini sebagai "food for Thought". Dengan lain perkataan ia sebuah wadah untuk berfikir-fikir dan pada mereka yang punya kemampuan bolehlah memberi pandang pada mereka yang punya kuasa dan kemampuan untuk membuat perbezaan dalam pemikiran dan perbezaan dalam mengambil tidakan demi kebaikan rakyat dan manusia sejagat.
Semoga Allah swt menunjuki jalan yang terbaik.
Aamiin ya Rabb.....
Thursday, March 26, 2020
Sudah Mula Menyesali diri...@ Covid-19
Masjidil Haram di Makkah sunyi sepi.
Masjid di Kuala Lumpur juga sunyi sepi.
Alhamdulillah Allah masih mengurnia ruang untuk menulis. Sudah sekian hari duduk di rumah sahaja kerana wabak Covid-19. Saya tidak kemana-mana dan semua urusan membeli barang-barang keperluan anak lelaki saya yang membuatnya semua.
Hari semalam YAB Perdana Menteri sudah pun mengumumkan bahawa arahan wajib untuk menjarakan diri akan di lanjutkan hingga ke 14 April. Agak tersedih mendengarinya. Beberapa hari dahulu anak lelaki saya menceritakan betapa setengah kekawannya mula menyesali diri atas Arahan Kerajaan untuk tidak mengadakan Solat Jumaat dan juga melarang apa jua jenis aktiviti yang berkumpul di semua Masjid dan Surau.
Mereka mula menyesali diri kerana selama ini mereka cuai untuk memunafaatkan segala peluang yang Allah kurnia untuk beramal Ibadah. Kini sudah banyak peluang tertutup. Adakah ini untuk sementara atau selamanya tiada siapa yang boleh memberi kepastian. Hanya doa yang mampu diulangi setiap hari semoga Wabak ini akan ada penyelesaian dan ada kesudahan.
Saya juga turut menyesali diri kerana merasakan seolah-olah Allah swt sudah tidak lagi mahu menerima kehadiran hambanya yang masih belum cukup menyedari diri bahawa peranan sebagai hamba mematuhi kehendak Allah swt belum cukup di turuti. Masih ada lagi hari-hari dan saat-saat yang terlepas tanpa pengisian yang bermakna untuk meneruskan kehidupan sebelum dianggil bertemu dengan yang Maha Pencipta akhirnya.
Anak saya yang dahulu belajar di Jordan mula lebih serious berkongsikan apa yang dipelajarinya semasa di University Mu'tah dan saya sekeluarga cuba memunafaatkan Ilmu yang sedikit-sedikit ada padanya. Alahamdulillah Allah masih beri ruang dan peluang.
Ada ayat alQuran yang menyentuh fakta penyesalan diri seperti ayat di bawah ini:
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9) |Semoga penyesalan yang ada sekarang akan menjauhkan diri dari rasa kerugian seperti yang disebut dalam ayat diatas.
Saya teringat juga ada Ustaz kata nanti apabila kita sudah berada diAlam Barzah antara penyesalan kita ialah kita mohon pada Allah untuk dikembalikan didunia kerana mahu memperbanyakan amalan. Yang Ustaz kata ramai yang mengatakan mahu kembali semula ke dunia kerana mahu menginfakan harta, mahu bersedekah pada fakir miskin dan anak-anak yatim dan lain-lain lagi.
Saya juga takut menhadapi penyesalan seperti ini. Peristiwa Covid-19 banyak memberi kesedaran dan hikmah. Semoga kita semua Allah kurnia keampunan.
Allah itu Maha Kasih Sayang pada hamba-hambaNya dan sentiasa memberi harapan. Ayat alQuran berkaitan seperti dibawah:
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At- Taghabun 64:11).Ya Allah Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, kelemahan dan kekurangan kami dan berilah kekuatan buat kami untuk bersungguh mengabdikan diri pada MU.
Aamiin ya Rabb......
Tuesday, March 24, 2020
Ibarat Dalam Peperangan....@ Covid-19
Kita sekarang ini hidup ibarat dalam Peperangan. Ini adalah pendapat mereka di negara-negara yang terlebih dahulu melalui bencana ini. Mereka ini pakar dalam memahami Virus Corona ini dan terlibat terus dengan pengendalian langkah-langkah untuk mencegah jangkitan dan mengawal Wabak yang amat ditakuti ini.
(We are at WAR with this Virus).
Rakyat biasa kenalah ikut arahan pihak kerajaan. Sememangnya ada pendapat yang berlainan diutarakan oleh mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan. Saya berpendapat kita jangan berbalah pada waktu ini. Waktu ini kita harus tampil untuk membantu dan bukan untuk mencari kesalahan. Jika tiada daya kemampuan dan kederat untuk membantu maka kita doa sahaja sebaik munkin semoga Allah menurunkan pertolongan ynag terbaik disiNya.
IKUT SAHAJA. InsyaAllah selamat.
Kita berperang dengan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebab itulah ramai kita yang ambil ringan. Waktu saya buat catatan ini bilangan kematian sudah mencapai 14 orang. Maka jangalah kita ambil ringan usaha kerajaan. Oleh kerana ini pertama kali kita menghadapi Wabak ini maka kita peru yakin apa yang dibuat sekarang adalah yang terbaik. Saya percaya begitu kerana saya yakin kerajaan punya reserve kewangan yang amat terhad. Jika kerajaan kita dalam keadaan kaya kerana ekonomi hebat, saya pasti kerajaan akan lebih gigih.
Maka waktu ini ikut sahaja segala arahan untuk "kawalan pergerakan" dan "penjarakan sosial". Duduk sahaja di rumah walaupun ada diantara kita yang kata kita sekarang seperti dalam "House Arrest". Jika tidak ada apa yang hendak dibuat, saya rasa eluk juga kalau kita guma masa untuk membaca.....Bacalah apa jua yang akan menambah Ilmu untuk tujuan pengabdian diri pada Allah yang lebik bermana dan terbaik. Kalau selama ini kita sibuk bekerja diluar, maka sekarang kita boleh buat apa yang kita telah jauh ketinggalan dalam apa yang kita rancang hendak lakukan.
Kuala Lumpur lengang
Foto ehsan carian google
Pagi tadi saya ikuti apa yang Kerajaan UK akan lakukan. Mereka akan memerintah serta merta untuk Total Lockdown. Tiada siapa bolih keluar dan segala syarat dan peraturan harus diikuti. Ini lebih rumit dan sulit untuk dilakukan berbanding cara yang kita dikenakan sekarang. Semoga keadaan pengendalian virus ini bertambah efektif dan kita tidak perlu melalui proses yang lebih sukar. Tetapi maaf saya berfikir, Total Lockdown akan terjadi di Malaysia. Semoga Allah lindungi kita semua. Semoga Allah mudahkan segala urusan dan semua selamat.
Aamiin ya Rabb.....
Saturday, March 21, 2020
DAVID ICKE - THE TRUTH BEHIND THE CORONAVIRUS PANDEMIC: COVID-19 LOCKDOW...
Di celah-celah kemelut wabak Coronovirus aka Covid-19 saya ambil masa juga mengikuti apa orang lain kata mengenai lain-lain hal berkaitan dengan wabak ini. Maka saya terjumpa dan ingin saya kongsikan di sini satu pendapat yang saya kira "bizzare" untuk kita ambil perhatian.
Ia membicarakan seolah-olah fenomena Virus ini adalah seperti kehendak satu golongan manusia yang memegang falsafah dan tujuan yang tersendiri dalam hidup ini. Saya memahaminya seperi ia mempunyai satu "cult" yang mahu manusia sejagat mematuhinya juga. (Cult ini adalah seperti satu "pemujaan")
Fikiran saya lantas teringatkan satu fenomena yang banyak dikatakan berkaitan dengan fenomena kumpulan yang merasakan dirinya kumpulan Elite dan merangka pemahaman Freemason dan Illuminati. Saya kira ini juga seperti satu "cult" golongan yang menganggap ia golongan Elite istimewa dalam dunia ini yang mahu mempengaruhi manusia supaya menerima pendapat dan kepercayaan mereka dan melaksana program selaras dengqan kepercayaan mereka.
Yang saya faham golongan ini tidak percaya pada Tuhan. Mereka percaya pada golongan Syaitan dan menerima dan mengamalkan cara hidup yang berasaskan dokongan ilmu sihir yang wujud dari zaman berzaman lamanya.
Hal-hal freemason dan Illuminati ini banyak dikatakan oleh mereka yang rajin membuat kajian berkaitan dengan kumpulan manusia yang sudah menerajui pemikiran manusia yang tidak percaya pada wujudnya Tuhan. Jauh sekali mereka percaya pada Allah swt yang maha Pencipta dan maha Berkuasa atas segalanya. Mereka membentuk satu "cult" yang berasaskan sihir.
Saya rasa jika anda minat, ikutilah isi video di atas sebagi pembuka fikiran semoga kita lebih mengerti mengapa kaum Yahudi Zionist mahu menguasai manusia sejagat. Saya percaya mereka termasuk dalam golongan ini.
Kita cuba memahami "kegilaan dan kesesatan" dunia hari ini.
Namun saya terbuka pada apa jua komen kerana apa yang saya catat ini hanya merupakan fahaman sepintas lalu sahaja.
Allahu'alam.
Wednesday, March 18, 2020
"LockDown"...Tetapi masih ada pintu terbuka.
Subhanallah. Sudah 3 bula berlalu dan kita masih tenggelam dalam suasana ketakutan menghadapi wabak Coronavirus aka Covid-19 . Malaysia baru mula kalang-kabut kerana tidak menyangka kita akan terkena virus seperti ini walaupun kita sudah melihat bagaimana negara China, Iran dan Italy dan lain-lain bergelut mahu mengatasi musibah ini.
Banyak pendapat telah disuarakan oleh banyak pihak mepersoalkan bagaimana wabak ini boleh wujud dan bagaimana seharusnya sesebuah negara harus menanganinya.
Saya cemas mendengarinya dari Media massa. Saya dan keluarga cuba bertengan kerana yakin tidak ada suatu akan berlaku tanpa hikama dari yang maha Pencipta.
Sebenarnya dalam alQuran perkara ini sudah dimaklumkan akan berlaku. Saya tidak pandai berhujah dalam hal ini dan cuma tergerak hati berkongsikan Ayat di bawah ini yang seorang teman cuba menerangkan pada saya.
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
(Al-A'raaf 7:133) |
Manusia sombong dan takabur. Bukan China sahaja yang sombong dan takabur dan menzalimi kaum yang beragama Islam seperti kaum Uyghur. Sebenarnya yang sombong dan takabur itu ada pada semua manusia, cuma bezanya ada yang cuba menjauhinya melalui prinsip Iman dan Taqwa teradap Allah swt. yang mencipta segalanya di Langit dan di Bumi dan berkuasa mutlak atas segalanya jua.
Maka wabak Covid-19 ini bermula di Wuhan China walaupun negara China sekarang mengatakan bahawa Virus itu dihantar oleh Amerika Syarikat. SUSAH MANA SATU YANG BENAR TETAPI PADAHNYA AMAT BAHAYA BUAT SEMUA GOLONGAN MANUSIA YANG SEKARANG INI SUDAH DIISYTIHAR SEBAGAI SATU PANDEMIC.
Termasuk di Malaysia.
Foto dibawah ini saya dapatkan lalu Google yang menunjukan suasana semasa Lockdown di China. Saya ngeri tetapi cuba tabah menghadapinya.
Malaysia belum Lockdown tetapi sudan banyak larangan yang mesti dipatuhi mengikut undang-unadang yang sah. Hari ini semua sekolah dan Universiti tutup dan berbagai gedung perdagangan juga di arah tutup. Banyak lagi peraturan yang perlu dipatuhi.
(Al-A'raaf 7:133) |
Manusia sombong dan takabur. Bukan China sahaja yang sombong dan takabur dan menzalimi kaum yang beragama Islam seperti kaum Uyghur. Sebenarnya yang sombong dan takabur itu ada pada semua manusia, cuma bezanya ada yang cuba menjauhinya melalui prinsip Iman dan Taqwa teradap Allah swt. yang mencipta segalanya di Langit dan di Bumi dan berkuasa mutlak atas segalanya jua.
Maka wabak Covid-19 ini bermula di Wuhan China walaupun negara China sekarang mengatakan bahawa Virus itu dihantar oleh Amerika Syarikat. SUSAH MANA SATU YANG BENAR TETAPI PADAHNYA AMAT BAHAYA BUAT SEMUA GOLONGAN MANUSIA YANG SEKARANG INI SUDAH DIISYTIHAR SEBAGAI SATU PANDEMIC.
Termasuk di Malaysia.
Foto dibawah ini saya dapatkan lalu Google yang menunjukan suasana semasa Lockdown di China. Saya ngeri tetapi cuba tabah menghadapinya.
Malaysia belum Lockdown tetapi sudan banyak larangan yang mesti dipatuhi mengikut undang-unadang yang sah. Hari ini semua sekolah dan Universiti tutup dan berbagai gedung perdagangan juga di arah tutup. Banyak lagi peraturan yang perlu dipatuhi.
Semoga kita di Malaysia akan dapat mengatasi masalah wabak ini dengan bijaksana dan teratur. Janganlah banya melaungkan kritikan tetapi tidak membantu.
Kita harus berlapang dada dan membantu pihak yang berkuasa untuk sama-sama berusaha mengikut kemampuan untuk mengatasi masalah yang ada.
Janganlah kita kalut tidak menentu. Jika LOCKDOWN sejkali pun PINTU RAHMAT ALLAH masih terbuka. Lihat Ayat alQuran dibawah ini:
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' 4:110) |Allah sentiasa buka jalan buat hamba-hambanya. Tetapi kita harus mengaku akan segala kesilapan kita dan mohon Keampunan. Pintu Taubah sentiasa terbuka. Wabak ini adalah antara petanda akhir zaman. Semoga Allah melimpahkan belas kasihanNYA dan kita akan dapat melepasi Wabak ini.
Aamiin ya Rabb.....
Tuesday, March 17, 2020
[UPDATED] Why does U.K. Resist Lockdown? U.S. Headed for Recession? Does...
Saya suka mendengari Video dalam kumpulan series di atas. Ia membuat saya berfikir dan membuat perbandingan bagaimana Covid-19 ditangani di Malaysia dan di negara-negara asing termasuk China. Bukan tujuan saya mencari kesalahan tetapi hanya suka berfikiran dengan lebih sempurna dan kemudian membuat keputusan cara mana yang terbaik yang saya sebagai ketua keluarga mahu mencontohi.
Itu sahaja. Jom ikuti.
Monday, March 16, 2020
Alhamdulillah.......
Alhamdulillah.... thumma Alhamdulillah
DYMM Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan pembentukan
Kabinet yang di ketuai oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin.
Saya sebagai rakyat biasa mengucapkan tahniah dan bersyukur ke hadhrat
Allah swt atas limpah kurniaNya yang tidak terhingga
dan semoga Kerajaan baru ini dapat menjalankan tanggong
jawabnya dengan sebaik mungkin dengan limpah Rahmat
Petunjuk dan Hidayah dariNya.
Menteri-menteri yang dipilih telah pun mula menjalankan
tugas-tugasnya dengan nada penuh komitmen dan doa memohon
sokongan padu dari rakyat.
Saya bependapat janganlah kita asyik berbalahan
dengan pemilihan jawatan menteri
yang menyebabkan hati jadi bengkek dan apa jua niat yang baik dihati
tidak terlaksana kerana minda sentiasa jadi celaru. Prinsip saya
sebagai rakyat biasa ialah "give the benefit of the doubt" dan biarkan mereka mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan buat rakyat.
Kita tidak ada masa untuk terus bergelut dan tidak mahu memberi peluang
untuk objektif yang lebih unggul.
Pada Pilihan Raya ke 14 saya memilih Pakatan Harapan PH kerana
pada waktu itu saya mempercayai bahawa itu yang terbaik jika kita mahu
menamatkan pemerintahan yang banyak dibelenggu dengan
berbagai masaalah yang berat-berat.
Sebenarnya saya mengaku bahawa saya tidak selesa dengan cara kerajaan
Pakatan Harapan melaksanakan tugas-tugasnya selepas kemenangan itu.
Antaranya saya kurang selesa apabila penyokong-penyokong DAP
tidak mesra dengan Dasar Pendidikan Negara yang cuba
memertabatkan pendidikan Islam selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
Saya tidak selesa berasaskan pengalaman semasa
bertugas di Kementerian Pendidikan selama 20 tahun dahulu. Saya amat
faham dan amat mengerti hala tuju penyokong DAP ini.
Maka saya amat sensitif dengan isu-isu yang dibangkitkan dan dipertikaikan.
Tetapi sekarang saya tidak ada ruang untuk mengkritik secara terbuka.
Saya hanya berbicang dalam keluarga
dan berdoa semoga Allah membetulkan cara pemikiran kepimpinan PH
dan cara mereka bertindak dalam menyelesaikan
segala masaalah yang dihadapi.
Saya hanya memerhati dipinggiran dan sebagai rakyat biasa hanya
mengharapkan sesuatu akan terlaksana yang dapat menjamin kedaulatan
Raja Berpelembagaan dan keluhuran Perlembagaan Negara terpelihara.
Saya takut untuk berkata sesuatu yang hanya akan lebih
memberatkan hubungan keluarga saya yang masing-masing juga mempunyai
pendapat yang berbeza. Rakyat keseluruhannya juga mempunyai pendapat
yang berbeza dan masing-masing mengatakan merekalah yang betul
dan mahukan pemerintahan negara berubah atau diubah.
Kini sudah berubah dan saya berpendapat tidaklah perlu kita mengeluarkan
pendapat-pendapat yang akan mengeruhkan keadaan
dan akan menjadi sebab kegagalan dan rakyat yang merasai padahnya.
Saya melihat kerajaan yang dipilih ini sebagai kerajaan yang diperlukan
untuk membetulkan apa yang kurang betul, memberi kefahaman
kepada rakyat apa yang harus diberi keutamaan dalam melaksana
dasar-dasar pembangunan dalam semua sektor. Dalam konteks ini
bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan sosial
dan semua jenis pembangunan yang akan lengkap melengkapi
kehendak manusia untuk hidup di dunia ini sebaik mungkin
dan dalam suasana yang adil dan saksama.
Kita semua maklum bahawa tidak ada manusia yang sempurna.
Tetapi kita semua harus berusaha mencapai kesempurnaan
yang dapat diterima sebagai munasabah dikalangan
semua lapisan masyarakat.
Untuk maksud ini kita perlukan sebuah kepimpinan yang mempunyai
wawasan yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat
atau sekurang-kurangnya sebahagian besar lapisan masyarakat
yang mempunyai hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Inilah dilema masyarakat Malaysia kini (dan masyarakat di dunia luar juga).
Perbalahan politik tidak menampakan ada kesudahan yang
memberi kepuasan kepada semua.Tetapi jika masyarakt bersikap positif
dan menerima hakikat bahawa dalam kehidupan ini ada fakta yang betul
dan ada fakta yang lebih betul untuk dipikiul bersama
walaupun ia nampak seperti tidak adil,
maka barulah jalan penyelesaian jalan tengah dapat diambil.
Kriterior "adil" pada saya bukan terletak pada definasi minda "terbuka"
tetapi atas fakta bahawa ia harus diasaskan pada fakta yang LUHUR seperti
yang ada dalam Perlembagaan Negara.
Maka dalam senario ini timbullah persoalan bagaimana memilih pemimpin
kerana jika tidak ada pemimpin yang baik
(lebih ideal jika beriman dan bertaqwa)
maka mustahil kita boleh membetuk wawasan hidup yang boleh
diterima semua dalam konteks untuk mencapai kepuasan hidup
yang munasabah buat semua.
Pada pendapat saya di Malaysia atau dimana sahaja di luar sana,
kita kena pilih kepimpinan seperti yang telah dicontohkan oleh
manusia Agong yang Allah telah pilih untuk memimpin manusia
berlandaskan prinsip-prinsip yang jika diikuti dengan betul
manusia di mana jua akan hidup sejahtera dan aman damai.
Dengan lain perkataan kita harus mengikuti contoh seorang manusia
yang Allah jamin keluhurannya dan kesempurnaannya.
Pilihan ini yang terbaik dan terunggul.
Siapa dia?
Baginda ialah Nabi Muhammad SAW.
Ini bermakna walau apa pun sistem pemerintahan yang kita ikuti,
kita tidak boleh lari dari fakta bahawa sistem Islam itulah yang terbaik.
Termaktub dalam alQuran:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kita berhenti sejenak dan fikirkan akan ayat alQuran di atas.
Buat mereka yang belum memahami dan menerima AlQuran saya
doakan semoga Allah turunkan Hidayah buat mereka dan mereka boleh
mendapat panduan hidup yang pasti membawa pada kesejahteraan
di dunia dan di alam selepas kematian.Tidak mustahil Allah kurnia mereka
menjadi seperti sahabat-sahabat Nabi Muhmmad SAW yang Allah telah
dijanjikan Syurga dari semasa hidupnya lagi.
Maka kita, iaitu semua kita, dalam kemelut politik yang ada sekarang
harus muhasabah diri dan memahami mengapa
Pemerintahan PH tumbang, atau didakwa PH gagal kerana
ia dirompak kuasanya oleh kumpulan yang dikatakan rakus dan hanya
pentingkan diri sendiri untuk berkuasa.
Dalam suasana yang menggamit kekeliruan, ramai yang kebingungan
dan cuba mencari sabab-musabab yang menambah kecelaruan.
Maka timbulah tohmahan atau pertuduhan yang mengatakan
bahawa kepimpinan yang baru yang mengendali Perikatan Nasional PN kini
tidak mementingkan kebajikan Rakyat. Mereka dituduh khianat
kerana mengingkari perjanjian pada PH yang dibuat dalam
pilihan Raya ke14 pada Mei 2018 dahulu.
Betul atau tidak?
Saya tidak mahu bicara fakta ini kerana ia terlalu kompleks untuk dimuatkan
dalam ruang blog saya yang kecil ini.. Saya hanya mahu mengatakan
bahawa sistem demokrasi yang kita tiru dari Barat bukan suatu
yang boleh menyelesaikan masaalah rakyat dengan sempurna.
Kita harus pilih sistem yang diwariskan oleh Nabi Muhammad saw dengan
mewujudkan sistem Khalifah seperti yang termaktub dalam alQuran
dan diperincikan dalam sunnah Nabi Muhmmqad SAW.
Dengan lain perkataan kita harus patuhi sistem pentadbiran Negara
mengikut garis panduan Islam.
Manusia sejagat pasti tidak akan setuju tetapi mereka sebenarnya
tidak ada pilihan. Semua manusia harus kembali pada Islam.
Hanya INI yang benar.
Jangan rasa bimbang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa jika
kita ikut apa yang Allah perintahkan maka RahmatNya akan bersama.
Maka kita akan dengan Izin dan kasih sayangNya akan dapat
mengatasi segala masaalah. Dan jika ada masaalah sekalipun manusia
akan rasa sejahtera dan rasa aman di hati walau pun
menjalani kesukaran dalam kehidupan.
Apabila saya katakan demikian saya rasa pasti ada yang menyangkal
dan mengatakan bahawa sistem Islam ini tidak mungkin bolih
dilaksana sepenuhnya di Malaysia
kerana Rakyat Malaysia terdiri dari berbagai kaum, berbagai budaya
dan berbagai kepercayan dan berbagai agama dan ada yang
tidak percaya wujudnya Tuhan yang telah menciptakan segala yang
ada di langit dan di bumi ini.
Kita lihat sejarah dunia. Sistem Khalifah yang diwariskan oleh
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW itulah yang betul dan yang Unggul.
Di zaman Pemeritahannya setelah
Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda berjaya membentuk
pemeritahan yang bolih di terima semua dan masyarakat waktu itu hidup
aman damai dan ekonomi mereka berkembang luas
dan masyarakat berpuas hati dan Baginda terkenal diseluruh dunia waktu itu
dan hingga hari ini. Semua manusia yang berakal dan berilmu tahu hakikat ini.
Apa buktinya?
Penduduk Madinah terdiri dari berbagai kaum, dan bercirikan majmok.
Madinah lebih majmok jika dibanding dengan Malaysia.
Ia terdiri dari kaum Arab yang terpecah dari berbagai kabilah yang lebih rumit perbezaannya. Ada kaum Yahudi, ada kaum Nasrani, ada yang
menyembah berhala, ada yang menyembah mata hari
dan ada yang tidak ada agama dan ada yang tidak
percayakan adanya Tuhan langsung.
Tetapi Nabi Muhammad SAW berjaya memerintah bukan sahaja di Madinah
tetapi juga ke daerah-daerah lainnya, jauh dan dekat.
Semua prinsip pengurusan Negara ada di gariskan dalam alQuran dan Hadith.
Kemudian selepas Baginda meninggal dunia,
sistem khalifah terbentuk.
(Rujuk sejarah Islam dalam Kitab-kitab muktabar dan saya berpendapat
tidak keterlaluan kalau saya
katakan Islam memerintah lebih dari setengah negara di dunia ini.)
Waktu itu Islam dihormati dan semua bidang pembangunan berjaya dilaksana
hinggakan di waktu Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz tidak ada orang miskin
yang layak menerima zakat. Semuanya hidup sejahtera dan mencukupi.
Alhamdulillah.
Percayalah.... ini Fakta.
Tidak mampu saya menceritakan kesemuanya.
Yang menjadi penyesalan orang Mukmin ialah kerana
sistem pemerintahan berkhalifah tumbang disebabkan
manusia dan pemimpin yang memegang
kuasa mula tamak kuasa dan mendahulukan kemewahan hidup di dunia
dan bukan menegakan KEBENARAN.
Kuasa dipertandingkan dan menjadi rebutan semata-mata untuk
mencari kekayaan dunia dan bukan untuk menegakan Islam dan
mencari keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
Tetapi kita tidak harus berputus asa. Kegagalan dahulu tidak bererti
orang Islam akan terus gagal dan ketinggalan dalam banyak hal.
Kita boleh bangkit dan berusaha memertabatkan perundangan Islam
yang dapat menjamin kesejahteraan.
Saya yakin masih ada individu yang boleh menjadi pemimpin yang
memgang teguh Risalah dari Allah. Maka saya mempunyai harapan
yang besar pada individu-individu ini dan yakin mereka akan berusaha
sedaya upaya untuk menegakan KEBENARAN.
Semoga Allah memberkati hasrat ini dan menunjuki jalan
hingga kepenghujung penghidupan.
Inilah sahaja sedikit coretan minda saya yang ingin saya kongsikan.
Maka kerana itulah saya bertolak ansur dan berlapang dada
dalam fikiran saya untuk
menerima pemilihan kabinet kerajaan baru yang sudah
mula bertugas sejak beberapa hari dahulu.
Semoga Allah memelihara mereka dan meredhai usaha mereka
demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat semua.
Jom kita beri peluang untuk barisan kepimpinan ini membuktikan
apa yang dipercayaai sebagai Benar walaupun selangkah demi selangkah.
Sistem Demokrasi tidak menjamin tertegaknya Kebenaran.
Ia hanya menampakan prinsip yang logik sahaja.
"Democracy is the Government of the People, by the People for the People."
Ia logik di akal tetapi tidak sejajar dengan kehendak Hati dan Ruhani.
Demokrasi bukan sistem pemerintahan yang berasaskan Wahyu dari Langit.
Akhir sekali sama-samalah kita (semua kita, pemimpin dan rakyat)
memohon keampunan dari Allah yang maha Pencipta dan maha Berkuasa.
Allah juga maha Kasih Sayang pada hamba-hambanya
dan akan menerima semua yang berikrar untuk mengabdikan diri
hanya padaNYA dan mentaati apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang.
Setelah memperkatakan itu, ada suatu perkara lagi yang ingin saya utarakan.
Di Malaysia usaha dakwah pada rakyat yang belum Islam masih belum
berkembang luas dan fakta inilah yang menjadi penyebab utama
perselisahan faham antara kaum. Jom kita lestarikan usaha-usaha dakwah,
sebarkan rasa kasih sayang kemanusian di bawah panji-panji
Syahadah Tauhid. (Tidak kenal maka tidak Cinta).
Allahua'lam.
Maaf atas segala kekurangan dalam pemikiran saya dan rasa
gembira menerima apa jua teguran.
Semoga Allah akan menerima kita semua ke
Syurga Firdaus dengan limpah RahmatNya jua.
Aamiin ya Rabb.....
Subscribe to:
Posts (Atom)