"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 6, 2020

2020 ALLAH'S PLAN




A001

Alhamdulillah Sekali lagi kesampaian bertemu Jumaat, hari teristimewa dalam seminggu dalam Islam. Dengan merebaknya wabak Coronovirus ke Putrajaya, saya terpanggil untuk merentasi maklumat-maklumat yang berkaitan di Utube. Di saat saya menulis catatan ini kes di Malaysia ialah seramai 55 orang. Yang 22 terdahulu sudah pulih dan dibenarkan pulang.

Saya cuba melihat fenomena ini dari berbagai sudut kerana tidak ada sesuatu yang Allah kehendaki itu berlaku secara kebetulan. Maka saya amat teruja apabila saya menemukan Utube seperti yang saya kongsikan di atas ini.

Allah yang maha Pencipta, maka Allahlah yang maha perancang atas segala sesuatu. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana saya mendapat didikan yang baik dan saya mula mengenal Allah dari semasa saya kecil walaupun saya belum menghayatinya sepenuhnya dan sesempurnanya seperti yang dituntut. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan,

Maka apabila saya mendengari apa yang diperkatakan di dalam video di atas saya mula menyedari betapa saya tidak seharusnya merasai amat khuatir menghadapi pandemic wabak Coronovirus yang melanda sekarang.

Video di atas bukan sahaja  membuat saya rasa lega atas fenomena yang diperkatakan oleh penceramah ini sahaja tetapi atas apa jua yang berlaku pada diri saya dan apa yang berlaku disekeliling saya. Alhamdulullah.... Hari Jumaat yang barakah. Saya akan cuba sentiasa meyakinkan diri supaya berfikir dan bersikap positif kerana Allah itu maha Bijaksana dalam mengendalikan makhlukNya.

Mohon ampun ya Rabb atas segala kelemahan dan kekurangan.....

Semoga semua yang mengikutinya dapat merasai bertuahnya kita kerana yakin pada alQuran dan pada Rasulullah saw. Allah swt sayang pada hamba-hambanya. Kita harus yakin dan kita patuhi apa jua yang disuruh dan jauhi apa jua yang dilarang.

Kepada Allah sahaja kita mengabdikan diri dan padaNya sahaja kita bertawakal.
Semoga Allah meredhai kita semua dan kita bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Aamiin ya Rabb.....



No comments:

Related Posts with Thumbnails