"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 16, 2020

Alhamdulillah.......



A001

Al-Sultan Abdullah rasmi Penggal Kedua Parlimen Ke-14

Alhamdulillah.... thumma Alhamdulillah

DYMM Yang di Pertuan Agong telah memperkenankan pembentukan
 Kabinet yang di ketuai oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin.

Saya sebagai rakyat biasa mengucapkan tahniah dan bersyukur ke hadhrat
 Allah swt atas limpah kurniaNya yang tidak terhingga
 dan semoga Kerajaan baru ini dapat menjalankan tanggong
 jawabnya dengan sebaik mungkin dengan limpah Rahmat
 Petunjuk dan Hidayah dariNya.

Menteri-menteri yang dipilih telah pun mula menjalankan
 tugas-tugasnya dengan nada penuh komitmen dan doa memohon
 sokongan padu dari rakyat.
Saya bependapat janganlah kita asyik berbalahan
 dengan pemilihan jawatan menteri
yang menyebabkan hati jadi bengkek dan apa jua niat yang baik dihati
 tidak terlaksana kerana minda sentiasa jadi celaru. Prinsip saya 
sebagai rakyat biasa ialah "give the benefit of the doubt" dan biarkan mereka mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan buat rakyat.
Kita tidak ada masa untuk terus bergelut dan tidak mahu memberi peluang 
untuk objektif yang lebih unggul. 

Pada Pilihan Raya ke 14 saya memilih Pakatan Harapan PH kerana
 pada waktu itu saya mempercayai bahawa itu yang terbaik jika kita mahu
 menamatkan pemerintahan yang banyak dibelenggu dengan
 berbagai masaalah yang berat-berat.
Sebenarnya saya mengaku  bahawa saya tidak selesa  dengan cara kerajaan
 Pakatan Harapan melaksanakan tugas-tugasnya selepas kemenangan itu.
Antaranya saya kurang selesa apabila penyokong-penyokong DAP
 tidak mesra dengan Dasar Pendidikan Negara yang cuba
 memertabatkan pendidikan Islam selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
Saya tidak selesa berasaskan pengalaman semasa
 bertugas di Kementerian Pendidikan selama 20 tahun dahulu. Saya amat
 faham dan amat mengerti hala tuju  penyokong DAP ini.
Maka saya amat sensitif dengan isu-isu yang dibangkitkan dan dipertikaikan.
 Tetapi sekarang saya tidak ada ruang untuk mengkritik secara terbuka. 
Saya hanya berbicang dalam keluarga
dan berdoa semoga Allah membetulkan cara pemikiran kepimpinan PH
 dan cara mereka bertindak dalam menyelesaikan
 segala masaalah yang dihadapi.

Saya hanya memerhati dipinggiran dan sebagai rakyat biasa hanya 
mengharapkan sesuatu akan terlaksana yang dapat menjamin kedaulatan
Raja Berpelembagaan dan keluhuran Perlembagaan Negara terpelihara.
Saya takut untuk berkata sesuatu yang hanya akan lebih
memberatkan hubungan keluarga saya yang masing-masing  juga mempunyai
 pendapat yang berbeza. Rakyat keseluruhannya juga mempunyai pendapat 
yang berbeza dan masing-masing mengatakan merekalah yang betul
dan mahukan pemerintahan negara berubah atau diubah.

Kini sudah berubah dan saya berpendapat tidaklah perlu kita mengeluarkan
 pendapat-pendapat yang akan mengeruhkan keadaan
 dan akan menjadi sebab kegagalan dan rakyat yang merasai padahnya.

Saya melihat kerajaan yang dipilih ini sebagai kerajaan yang diperlukan 
untuk membetulkan apa yang kurang betul, memberi kefahaman
 kepada rakyat apa yang harus diberi keutamaan dalam melaksana
 dasar-dasar pembangunan dalam semua sektor. Dalam konteks ini
bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan sosial 
dan semua jenis pembangunan yang akan lengkap melengkapi
 kehendak manusia untuk hidup di dunia ini sebaik mungkin 
dan dalam suasana yang adil dan saksama.

Kita semua maklum bahawa tidak ada manusia yang sempurna.
Tetapi kita semua harus berusaha mencapai kesempurnaan
 yang dapat diterima sebagai munasabah dikalangan
 semua lapisan masyarakat.
Untuk maksud ini kita perlukan sebuah kepimpinan yang mempunyai 
wawasan yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat
atau sekurang-kurangnya sebahagian besar lapisan masyarakat 
yang mempunyai hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Inilah dilema masyarakat Malaysia kini (dan masyarakat di dunia luar juga).
 Perbalahan politik tidak menampakan ada kesudahan yang 
memberi kepuasan kepada semua.Tetapi jika masyarakt bersikap positif 
dan menerima hakikat  bahawa dalam kehidupan ini ada fakta yang betul 
dan ada fakta yang lebih betul untuk dipikiul bersama 
walaupun ia nampak seperti tidak adil,
maka barulah jalan penyelesaian jalan tengah dapat diambil.
Kriterior "adil" pada saya bukan terletak pada definasi minda "terbuka"
 tetapi atas fakta bahawa ia harus diasaskan pada fakta yang LUHUR seperti
 yang ada dalam Perlembagaan Negara.

Maka dalam senario ini timbullah persoalan bagaimana memilih pemimpin 
kerana jika tidak ada pemimpin yang baik
 (lebih ideal jika beriman dan bertaqwa) 
maka mustahil kita boleh membetuk wawasan hidup yang boleh
 diterima semua dalam konteks untuk mencapai kepuasan hidup
 yang munasabah buat semua.

Pada pendapat saya di Malaysia atau dimana sahaja di luar sana,
 kita kena pilih kepimpinan seperti yang telah dicontohkan oleh 
manusia Agong yang Allah telah pilih untuk memimpin manusia
 berlandaskan prinsip-prinsip yang jika diikuti dengan betul 
manusia di mana jua akan hidup sejahtera dan aman damai.
Dengan lain perkataan kita harus  mengikuti contoh seorang manusia 
yang Allah jamin keluhurannya dan kesempurnaannya.
Pilihan ini yang terbaik dan terunggul.

Siapa dia?

Baginda ialah Nabi Muhammad SAW.
Ini bermakna walau apa pun sistem pemerintahan yang kita ikuti, 
kita tidak boleh lari dari fakta bahawa sistem Islam itulah yang terbaik.
Termaktub dalam alQuran:

A003
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kita berhenti sejenak dan fikirkan akan ayat alQuran di atas.

Buat mereka yang belum memahami dan menerima AlQuran saya 
doakan semoga Allah turunkan Hidayah buat mereka dan mereka boleh
mendapat panduan hidup yang pasti membawa pada kesejahteraan 
di dunia dan di alam selepas kematian.Tidak mustahil Allah kurnia mereka
menjadi seperti  sahabat-sahabat Nabi Muhmmad SAW yang Allah telah
dijanjikan Syurga dari semasa hidupnya lagi.

Maka kita, iaitu semua kita, dalam kemelut politik yang ada sekarang
 harus muhasabah diri dan memahami mengapa 
Pemerintahan PH tumbang, atau didakwa PH gagal kerana 
ia dirompak kuasanya oleh kumpulan yang dikatakan rakus dan hanya
 pentingkan diri sendiri untuk berkuasa.
Dalam suasana yang menggamit kekeliruan, ramai yang kebingungan 
dan cuba mencari sabab-musabab yang menambah kecelaruan.
Maka timbulah tohmahan atau pertuduhan yang mengatakan
 bahawa kepimpinan yang baru yang mengendali Perikatan Nasional PN kini
tidak mementingkan kebajikan Rakyat. Mereka dituduh khianat
 kerana mengingkari perjanjian pada PH yang dibuat dalam 
 pilihan Raya ke14 pada Mei 2018 dahulu.

Betul atau tidak?

Saya tidak mahu bicara fakta ini kerana ia terlalu kompleks untuk dimuatkan
 dalam ruang blog saya yang kecil ini.. Saya hanya mahu mengatakan
 bahawa sistem demokrasi yang kita tiru dari Barat bukan suatu 
yang boleh  menyelesaikan masaalah rakyat dengan sempurna. 
Kita harus pilih sistem yang diwariskan oleh Nabi Muhammad saw dengan 
mewujudkan sistem Khalifah seperti yang termaktub dalam alQuran
 dan diperincikan dalam sunnah Nabi Muhmmqad SAW.
Dengan lain perkataan kita harus patuhi sistem pentadbiran Negara 
mengikut garis panduan Islam.

Manusia sejagat pasti tidak akan setuju tetapi mereka sebenarnya
 tidak ada pilihan. Semua manusia harus kembali pada Islam.
Hanya INI yang benar.
Jangan rasa bimbang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa jika
 kita ikut apa yang Allah perintahkan maka RahmatNya akan bersama.
Maka kita akan dengan Izin dan kasih sayangNya akan dapat 
mengatasi segala masaalah. Dan jika ada masaalah sekalipun manusia
 akan rasa sejahtera dan rasa aman di hati walau pun 
menjalani kesukaran dalam kehidupan.

Apabila saya katakan demikian saya rasa pasti ada yang menyangkal 
dan mengatakan bahawa sistem Islam ini tidak mungkin bolih
 dilaksana sepenuhnya di Malaysia
  kerana Rakyat Malaysia terdiri dari berbagai kaum, berbagai budaya
 dan berbagai kepercayan dan berbagai agama dan ada yang
 tidak percaya wujudnya Tuhan  yang  telah menciptakan segala yang
 ada di langit dan di bumi ini.

Kita lihat sejarah dunia. Sistem Khalifah yang diwariskan oleh
 Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW itulah yang betul dan yang Unggul. 
Di zaman Pemeritahannya setelah 
Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda berjaya membentuk 
pemeritahan yang bolih di terima semua dan masyarakat waktu itu hidup
 aman damai dan ekonomi mereka berkembang luas 
dan masyarakat berpuas hati dan Baginda terkenal diseluruh dunia waktu itu
dan hingga hari ini. Semua manusia yang berakal dan berilmu tahu hakikat ini.

Apa buktinya?

Penduduk Madinah terdiri dari berbagai kaum, dan bercirikan majmok.
Madinah lebih majmok jika dibanding dengan Malaysia.
Ia terdiri dari kaum Arab yang terpecah dari berbagai kabilah yang lebih rumit perbezaannya. Ada kaum Yahudi, ada kaum Nasrani, ada yang 
menyembah berhala, ada yang menyembah mata hari 
dan ada yang tidak ada agama dan ada yang tidak 
percayakan adanya Tuhan langsung.

Tetapi Nabi Muhammad SAW berjaya memerintah bukan sahaja di Madinah
 tetapi juga ke daerah-daerah lainnya, jauh dan dekat.
Semua prinsip pengurusan Negara ada di gariskan dalam alQuran dan Hadith.
 Kemudian selepas Baginda meninggal dunia,
 sistem khalifah terbentuk.

(Rujuk sejarah Islam dalam Kitab-kitab muktabar dan  saya berpendapat
 tidak keterlaluan kalau saya
 katakan Islam memerintah lebih dari setengah negara di dunia ini.)
Waktu itu Islam dihormati dan semua bidang pembangunan berjaya dilaksana
 hinggakan di waktu Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz tidak ada orang miskin 
yang layak menerima zakat. Semuanya hidup sejahtera dan mencukupi.
Alhamdulillah.

Percayalah.... ini Fakta. 

Tidak mampu saya menceritakan kesemuanya.
Yang menjadi penyesalan orang Mukmin ialah kerana
 sistem pemerintahan berkhalifah tumbang disebabkan
 manusia dan pemimpin yang memegang
 kuasa mula tamak kuasa dan mendahulukan kemewahan hidup di dunia
 dan bukan menegakan KEBENARAN.
 Kuasa dipertandingkan dan menjadi rebutan semata-mata untuk 
mencari kekayaan dunia dan bukan untuk menegakan Islam dan 
mencari keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Tetapi kita tidak harus berputus asa. Kegagalan dahulu tidak bererti 
orang Islam akan terus gagal dan ketinggalan dalam banyak hal.
Kita boleh bangkit dan berusaha memertabatkan perundangan Islam 
yang dapat menjamin kesejahteraan.

Saya yakin masih ada individu yang boleh menjadi pemimpin yang 
memgang teguh Risalah dari Allah. Maka saya mempunyai harapan
 yang besar pada individu-individu ini  dan yakin mereka akan berusaha 
 sedaya upaya untuk menegakan KEBENARAN.
Semoga Allah memberkati hasrat ini dan menunjuki jalan
 hingga kepenghujung penghidupan.

Inilah sahaja sedikit coretan minda saya yang ingin saya kongsikan.
 Maka kerana itulah saya bertolak ansur dan berlapang dada
 dalam fikiran saya untuk
 menerima pemilihan kabinet kerajaan baru yang sudah
 mula bertugas sejak beberapa hari dahulu.
Semoga Allah memelihara mereka dan meredhai usaha mereka 
demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat semua.

Jom kita beri peluang untuk barisan kepimpinan ini membuktikan
 apa yang dipercayaai sebagai Benar walaupun selangkah demi selangkah.

Sistem Demokrasi tidak menjamin tertegaknya Kebenaran.
Ia hanya menampakan prinsip yang logik sahaja.
 "Democracy is the Government of the People, by the People for the People."
Ia logik di akal tetapi tidak sejajar dengan kehendak Hati dan Ruhani.
Demokrasi bukan sistem pemerintahan yang berasaskan Wahyu dari Langit.

Akhir sekali sama-samalah kita (semua kita, pemimpin dan rakyat)
 memohon keampunan dari Allah yang maha Pencipta dan maha Berkuasa.
Allah juga maha Kasih Sayang pada hamba-hambanya
 dan akan menerima semua yang berikrar untuk mengabdikan diri 
hanya padaNYA dan mentaati apa yang disuruh
 dan meninggalkan apa yang dilarang.

Setelah memperkatakan itu, ada suatu perkara lagi yang ingin saya utarakan.

Di Malaysia usaha dakwah pada rakyat yang belum Islam masih belum 
berkembang luas dan fakta inilah yang menjadi penyebab utama 
perselisahan faham antara kaum. Jom kita lestarikan usaha-usaha dakwah,
 sebarkan rasa kasih sayang kemanusian di bawah panji-panji 
Syahadah Tauhid. (Tidak kenal maka tidak Cinta). 

Allahua'lam.
Maaf atas segala kekurangan dalam pemikiran saya dan rasa
 gembira menerima apa jua teguran.
Semoga Allah akan menerima kita semua ke 
Syurga Firdaus dengan limpah RahmatNya jua.

Aamiin ya Rabb.....



No comments:

Related Posts with Thumbnails