Foto hiasan ehsan carian Google
Subhanallah
Kini wabak Coronovirus dilaporkan sudah menjangkiti beberapa
orang terbaru termasuk mereka di Putrajaya.
Saya baru berpindah ke Putrajaya dan fenomena ini
membuat saya rasa khuatir.
Apakan daya, saya hanya perlu berikhtiar dan berjaga-jaga.
Jiran-jiran dalam whatsapp di Perkampung Ferra di Precint 8 amat baik hati
dan berkongsi maklumat mengenai apa yang patut dilakukan untuk beriktiar
supaya wabak ini dapat dielakkan.
Kebersihan diri dan kebersihan rumah adalah antara fakta yang harus dijaga.
Sudah banyak dikatakan mengenai Virus ini.
Saya ada mencatat sedikit diBlog ini sebagai bandingan dengan wabak yang
di bawa oleh belalang di negara-negara Timur Afrika.
Waktu itu pun saya sudah merasai debaran hati kerana yakin
wabak seperti ini kata ustaz adalah antara petanda akhir zaman.
Negara Arab Saudi pun sudah mengatakan tidak akan membuka
Makkah dan Madinah untuk umat Islam mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah.
Walaupun saya tidak ada rancang buat masa terdekat ini untuk ke sana
tetapi terkesan di hati seperti Allah mengatakan Ia murka kerana
manusia sudah terlalu engkar terhadapNYA.
Allahu'alam. Astaghfirullah.
Sama-sama kita memohon keampunanNya dan semoga kita
tergolong dalam kumpulan hamba-hambaNya yang terpelihara dan
mendapat anugerah RahmatNya.
No comments:
Post a Comment