"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 9, 2020

Obat Corona di temukan dalam Al-Qur'an !! Amalkan ini - Ustadz Adi Hidayat



A001
Insya Allah pada 11 Mac suami saya dijadualkan untuk bertemu doktor di Hospital Putrajaya bagi pemeriksaan terakhir atas lutunya yang dibedah kerana patah sebab jatuh lebih sebulan yang lalu. Kebelakangan ini cerita Corona Virus sentiasa sahaja membuat saya bimbang untuk keluar rumah. Dalam kebimbangan itu saya mintak anak perempuan saya belikan face masks dan Hand Sanitaizer Spray. Malam tadi saya dapat dan rasa lega semoga Allah selamatkan dari semua wabak penyakit.

Pagi ini saya melihat uTube dan Alhamdulillah Allah temukan dengan suatu ikhtiar untuk mendapat perlindungan dan kesembuhan mengenai semua penyakit dan kali ini untuk Wabak CoronaVirus. Saya kongsikan di atas dan saya turunkan ayat-ayat yang disebut untuk memudahkan kita bersama.

Sebelum mengamalkan ayat-ayat ini (bagi mereka yang baru tahu seperti saya) harus dengari dulu penerangan Ustaz HAdi Hidayat seperti di atas itu.

A082
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Israa' 17:82)


A083
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
(Al-Anbiyaa' 21:83) |


A084
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
(Al-Anbiyaa' 21:84



Surah Al-Faatihah - سورة الفاتحة

Ayat 1-7  (ramai yang sudah hafal)


Jom kita ikuti dan amalkan. Semoga Allah memelihara kita semua dan Allah jauhkan dari Wabak ini dan apa jua penyakit yang nyata dan yang tersembunyi. Kita ikuti bagaimana Ustaz hadi berdoa. Semoga Allah mudahkan.
Aamiin ya Rabb.....



No comments:

Related Posts with Thumbnails