Hari ini (29 Oktober 2020 bersamaan 12 Rabiulawal 1442H) kita memperingati
hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw,
Pemimpin Agong bagi seluruh ummat Manusia sejagat.
Saya termenung sendirian betapa merindui ketenanagan hidup jika dapat
bersama dengan Baginda Rasulullah saw. Alangkah bahagianya
jika hidup semasa dengannya dan hampir dekat bersamanya.
Semoga Allah kurnia kesampaian hajat dapat bersamanya di Syurga nanti.
Aamiin ya Rabb.....
Kini kita masih terumbang ambing tinggal di Malaysia kerana fenomena politik
yang belum menampakan kematangan yang membuat rakyat merasa
tenang bahagia. Senang atau susah hidup seharian bukan penentu
ketenanagan dan kebahagiaan.
Di sisi Allah miskin kaya sama sahaja dan ketenanagan bukan lahir
dari keselesaan kebendaan semata-mata. Lihat sahaja di sekeliling kita.
Yang senyum selalu dan suka berbagi rezki datangnya juga dari mereka yang
kais pagi makan pagi, dan petang nanti belum tentu lagi.
Saya katakan pada diri sendiri.
Tidak perlu sakitkan kepala berfikir-fikir mengapa dalam suasana
yang saya rasa membimbangkan akibat wabak Covid19,
ramai di medan media massa yang sibuk
cuba mengatakan sesuatu dan cuba mempengaruhi minda orang lain.
Mereka merasakan bahawa pemikiran merekalah yang tepat dan benar.
Orang lain tidak benar. Semoga kita tidak merasai bahawa kita sentiasa benar.
Allah maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata.
Ini lumrah manusia. Kekadang kita tewas dengan fikiran yang singkat
dan fikiran yang cuba membela kepentingan diri sendiri.
YAB PM TSMY dikatakan telah gagal kerana
DYMM SPB Yang di Pertuan Agong
dan Raja-raja Melayu tidak meluluskan pengisytiharan Darurat.
Cuba kita berfikir sejenak. Mungkin itu adalah kekuatan TSMY.
Beliau Allah mudahkan tanpa urusan Darurat tetapi mendapat
sokongan kuat DYMM YDP Agong
dengan nasihat supaya semua pemimpin politik dan penyokong-penyokong
kuat mereka tidak meroyan berbantah-bantah dalam hal-hal
yang belum tentu kesahihannya.
Pepatah Inggeris mengatakan: "there are two sides of the Coin". Ayat alQuran
menyebut setiap yang susah ada senangnya.
Lihat surah 94 Al Syarh, ayat 5 yang bermaksud:
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Dan ayat 6 yang bermaksud: (Sekali lagi ditegaskan)
Sesungguhnya bersama kesulitan itu Kemudahan.
Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku sekarang jangan di tafsir
bulat-bulat sebagai satu musibah dan kehancuran buat pemerintahan TSMY.
Mungkin ia merupakan "A blessing in disguise".
Persidanagn Parlimen yang akan datang ini saya rasa akan menjadi mudah
kerana tidak akan ada perbalahan yang merugikan masa dan
merugikan kepentingan Rakyat.... dengan Izin Allah.
Semoga semua peringkat pemimpin tidak mengira kepentingan diri
dan akan mengeraratkan persefahaman dalam perjuangan
mahu membangunkan Malaysia dalam ruangan lingkup paradigma Tauhid.
Semua yang sudah faham "Tauhid" harus berusaha memberi kefahaman
pada yang belum faham semoga Malaysia akan dianugerah Allah
Aman Damai hingga ke Akhir Hayat.
Sama-samalah kita berdoa dengan keikhlasan hati semoga Allah
menurunkan RahmatNya yang tidak terhingga dan Malaysia selamat dan makmur tanpa Covid19 dan kesanya pada Ekonomi negara dan kesejahteraan Rakyat biasa.
Aamiin ya Rabb...