"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 22, 2020

Genggam Bara Api......@ Covid19.


Bismillahgreen.jpg

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang.

Saya sering berfikir diumur tua sekarang megenai apa yang tercatat
 dalam video yang saya kongsikan di atas ini. Ia ada kaitan sedikit
 dengan video yang sebelum ini.

Wabak Covid19 sememangnya membuat saya berfikir-fikir. 
Semasa ia bermula pada awal tahun ini  saya ikuti beberapa rencana Utube 
berkaitan dengan Corona Virus di China.
 Saya lihat kota Wuhan, dengari ceritanya. Saya dengari juga setengah pendapat yang mendakwa bahawa World Health Organization (WHO) tidak cukup prihatin dalam
 menangani masaalah wabak ini.
Munkin kita berbeza pendapat sebab kita belum faham sepenuhnya.
Maka saya ambil sikap tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya
 di Malaysia dan di seluruh dunia.

Saya mendengari dan melihat juga video yang melaporkan
 perubahan chuaca yang tidak menentu dan terjadinya 
musibah banjir dan tanah runtuh yang dahsyat dan
 gempa bumi yang kuat dan lain-lain lagi. 
Selain itu ada juga wabak jutaan serangga termasuk belalalng
 yang memusnahkan tanaman di banyak negara yang menyebabkan
 pengeluaran makanan dunia terjejas.

 Saya tidak pandai mengulas kesemuanya. Maka cubalah ikuti 
bicara panjang lebar oleh 'The Bike Preacher'  
 seperti yang saya kongsikan dalam video di atas.
 Tidak rugi berfikir-fikir tentang apa yang dikatakan kerana bukan
 beliau seorang sahaja 
yang berbicara fakta yang disebut olehnya.

Antara fakta yang penting yang harus kita fikirkan ialah  Covid19
 dan kaitannya dengan fakta Akhir Zaman dan kaitannya
 dengan pegangan Aqidah kita.
 Jika kita belum percaya akhir zaman itu amat hampir
 maka saya rasa kita harus percaya bahawa maut tidak mengenal umur
 dan tidak menanti sabab-musabab.
 Maka inti pati kandungan video diatas ialah bagaimana kita
 mempersiap diri untuk menghadapi hakikat bahawa setiap yang hidup itu
 pasti mati dankita akan dipertanggongjawabkan
 dengan segala tindakan kita.
Kita semak diri semoga tidak ada penyesalan nanti di Hari yang tidak ada
penolong melainkan amalan kita yang berasaskan Iman dan Taqwa.

Jom kita dengari semoga kita dapat membuat suatu kesimpulan
yang bijaksana mengenai hidup kita dan kesudahan kita.
Mungkin bicara disini dapat membuat kita menerokai lagi fakta-fakta 
yang ada di luar sana. Kita boleh membuat kajian sendiri atau kita
 boleh fahami kajian yang dibuat oleh orang lain.
Saya percaya selepas itu kita akan mendapat kefahaman yang lebih jelas
 dan mungkin yang sahih dengan Izin Allah.
Dari sedikit pengalaman yang saya ada, saya sering mendapat ilmu 
yang saya tidak pernah tahu atau ilmu yang saya tahu tetapi tidak laksana. 

Apabila tahu dan tidak laksana membuat saya kini diumur tua
 merasakan banyak penyesalan.
Sedikit demi sedikit saya cuba mengubah diri untuk sampai
 ke satu tahap di mana
 apabila kita sudah tahu kita mesti laksana walaupun
ia suatu yang amat susah.
Kata seorang teman pada saya: Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Saya sedang mencuba......
Ayuh kita cuba sama-sama semoga Allah kurnia kekuatan dan semoga 
Allah mudahkan segala langkah kita mencari RedhaNya sebelum terlambat.
Semoga Allah kurnia ruang dan peluang....
Aamiin ya Rabb....



No comments:

Related Posts with Thumbnails