"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, October 10, 2020

CUCU BERTUAH.....@ Abbas rasa kehilangan Bibik.

 

Bismillah Calligraphy 36.svg



Alhamdulillah. Ini Abbas anak bongsu pada anak perempuan saya.

Ia mudah mesra pada semua ahli keluarga. Sifatnya sentiasa ceria. Namun kata ibunya baru kini ia dapat menyesuaikan diri dengan Bibik baru. Bibik yang mengasuhnya lebih 3 tahun telah pulang ke Indonesia. Saban hari bertanyakan "....mana bibik."  Sedih juga mendengari cerita anak saya. Bukan mudah mencari ganti.

Bukan Abbas sahaja kehilang Bibik yang baik budi pekertinya tetapi saya dan suami pun rasa kehilangan. Bibik Ani kami panggil namanya. Rajin dan tidak banyak karenah. Sabar ya amat dengan karenah semua cucu-cucu yang di kendalinya. Dua cucu saya adalah OKU. Kak Ani sabar dan tidak pernah tarik muka dan bersuara tinggi. Semoga Allah beri pahala yang tinggi buatnya.

Ia bersama kami selama 6 tahun... Jangka masa yang panjang buat saya. Ia pandai masak mengikut berbagai selera. Yang mengkagumkan saya terutamanya ialah ia pandai bercucuk tanam di sekeliling rumah anak saya di Precint 15 Putrajaya. Ada pokok cili, pokok nangka, betik, serai dan berbagai lagi.Tanam pokok bunga pun rajin. Bila ada yang tercantik di pasu saya angkut ke rumah saya.😍 Rumah saya di Precint 8.

Saya sering kata pada semua cucu untuk hormat Bibik, dengari katanya dan jangat selerak rumah yang bolih menambah beban kerja-kerjanya.

Bercerita pasal bibik, ingin saya kongsi satu babak cerita seorang teman yang punya seorang bibik yang selalu bertukar ganti  tanpa tunggu habis kontrack. Teman saya ini duduk membujang kerana ia belajar lama di luar negara dan sudah beralih cita rasa yang membuat ia lebih selesa tinggal membujang kerana tidak boleh menyesesuikan diri dengan budaya rakyat Melayu biasa. Saya tahu sedikit sebanyak isi hati dan mindanya dan selalu berbincang hangat mengapa "kita harus mengembek bila berada di kandang kambing....."

Ia tidak setuju.....

Ala kuli hal, pendekatan saya terhadap "bibik" berlainan. Pembantu rumah saya panggil saya "Ibu". Itu kehendak saya. Teman saya suruh pembantu rumah panggil dia ..."Mem...". Apa pun perbezaan citarasa dan pendapat saya setia dengan teman ini hingga ke umur tua sekarang. Ia berumur 82 tahun sekarang dan masih merasakan perbezaan taraf hidup mesti berterusan. Dia betul-betul menganggap 'house maid' atau 'pembantu rumah' itu sebagai 'servant' atau 'kuli'. Ia tidak benarkan duduk di sofa dan makan bersama. Lauk pauk pauk makan pun tidak sama.

Saya tidak tahu kesemuanya dan dapat maklumat seperti di atas itu dari adik perempuannya yang sekarang memantau dan menolong hidup hariannya kerana ia sudah agak uzur dan lupa-lupa. Saya pun rapat dengan adiknya. Semua ini membuat saya bertambah insaf mengenang kehidupan. Walaupun saya belajar diluar negara buat seketika, tetapi saya tetap melahirkan dan menghayati budaya keturunan pendatang tanpa izin dari Tanah Jawa. Sudah banyak saya ceritakan asal usul saya. Alhamdulillah ini membuat saya selesa dengan siapa jua yang berada di keliling hidup saya.... Dengan izin Alllah jua.

Ziarah saya yang  terbaru ialah seminggu dulu dan saya rasa sayu saya tidak dapat mempengaruhi teman saya ini. Bila bertemu ia lebih suka cerita hal-hal kerja walaupun sudah lama bersara. Ia merasakan ilmu agamnya sudah mencukupi untuk berbincang-bincang dan bercerita-cerita kerana ayahnya dahulu seorang Imam kampung.

Saya tidak terkata.........

Manusia tidak boleh mengubah manusia. Namun kita boleh doa-mendoakan semoga Allah melimpahkan RedhaNYA......



No comments:

Related Posts with Thumbnails