Alhamdulillah, Allah limpah kurnia Malaysia Negara Kaya.
Saya rakyat biasa pun sudah rasa "kaya". Tidak mewah tetapi mencukupi.
Kaya atau miskin adalah konssep relatif.
Mencukupi juga adalah istilah yang relatif.
Kalau minda dan hati kita rasa 'cukup' maka ia mencukupi.
Tidak perlu ada rasa banding-membanding kerana nanti ada hasutan syaitan
yang membuat kita rasa iri hati dan ini boleh merosakan
Iman dan Taqwa yang kita telah pohon Allah kurnia buat kita.
Kita jinakan hati dan latih rasa redha dalam apa jua situasi sekali pun.
Namun dalam masa yang sama kita dorong diri kita untuk
berusaha sedaya upaya
mencari kejayaan dan mohon pada Allah semoga
Allah kurnia yang terbaik buat kita di sisiNYA,
dan bukan kebaikan yang dilihat dari kaca mata sesama manusia.
Dalam usaha mencari kejayaa Allah duga dengan berbagai ujian.
Kita terima dan terus berusaha kerana disebalik setiap ujian itu ada hikmah,
dan hikmah itu Allah zahirkan buat kita pada masa yang Allah tentukan.
Kita bina rasa yakin bahawa Allah itu maha Bijaksana, maha Adil dan
maha Kasih Sayang pada hamba-hambaNya.
Kita doa semoga Allah kurnia buat kita kekuatan zahir dan batin untuk terus
menjalani kelangsungan hidup ini. Dan kita doa semoga
para pemimpin Negara kita Allah kurnia
keimanan dan ketaqwan dan mereka akan sentiasa menjaga kepentingan
rakyat dibawah pentadbirannya. Kuasa yang Allah kurnia
adalah satu Amanah yang harus dilaksana dengan jujur dan
rasa bertanggungjawab.
Dan setiap kita pun Allah kurnia juga kuasa dan konsep kuasa adalah juga relatif.
Kalau kita suami, kita berkuasa atas keluarga dan jika kita isteri kita
ada kuasa atas pengasuhan anak-anak.
Kuasa ini tiada sempadan yang 'air tight'. Suami isteri Allah beri
kuasa dan hak yang serupa tetapi berlaianan. Harus ada kebijaksanaan untuk
memahami ini semoga Allah kurnia keharmonian dalam keluarga.
Jika keluarga harmoni dan sejahtera besar kebarangkalian
Negara juga harmoni dan sejahtera.
mata hari terbit.
Terdetik dihati mengharapkan pagi itu hingga ke petang semua
dapat berjalan lancar.
Semoga Wabak Covid19 berkurangan dan semoga terus terhapus.
Tersedih juga bila masih merasai suasana politik di negara kita
berterusan tidak menentu. Sepertinya tiada pemimpin yang mahu
mengalah dan berlapang dada dan berkorban untuk menerima hakikat bahawa
tidak ada manusia yang sempurna. Saya berdoa semoga
kepimpinan kita berhenti
berbalahan semata-mata kerana mahu mengatakan dirinya
seorang yang terbaik. Saya berdoa semoga ada pemimpin
yang benar-benar mahu mencontohi
Rasulullah Saw sebaik mungkin dan mencontohi para sahabat baginda selepas itu.
Saya mengharapkan belas kasihan dari Allah semoga tercetus
di hati-hati pemimpin bahawa tanggung jawab utama ialah kebajikan
dan kesejahteraan rakyat
dan bukan kehebatan diri pemimpin semata-mata.
Walaubagaimana pun setiap kita harus terlebih dahulu muhasabah diri mengapa kita mendapat pemimpin seperti yang ada. Mungkin kita harus salahkan diri sendiri.
Sama-sama kita fikirkan. Semoga hilang kerisauan dan kesedihan.
No comments:
Post a Comment