"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 15, 2020

Santai melupakan Covid19 seketika.....

 

Bismillah Calligraphy 36.svg


Ini pertemuan santai bersama teteman seangkatan.
Tujuan asal adalah untuk mendapatkan sedikit nasihat dari mereka 
yang berpengalaman dalam hal-hal perundangan berkaitan
 dengan bagaimana
 hendak memunafaatkan status Tanah Wakaf dalam Islam.
Saya jemput ke rumah saya dan sambil berbincang
 kami jamu selera mee kari dari dapur saya. Alhamdulillah. 

Ini peristiwa dua minggu yang lalu. Sambil makan kami bercerita ringan
 mengenai politik negara yang sedang tidak menentu haluan jika dilihat dari
 kepentingan rakyat biasa. Kami sehaluan jika di lihat dari sudut 
sejauh mana apa yang ada sekarang ini 
selari dengan apa yang dituntut dalam Islam
dan sama ada kita telah mencontohi perjalanan penghurusan negara
 yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan
 para sahabat selepas itu.
Saya tidak bertujuan berbincang hal itu di sini. Cukuplah untuk saya 
katakan kita sekarang ini saya berpendapat masih jauh dari 
apa yang Ustaz-ustaz katakan mengenai
prinsip Urus Tadbir negara dalam Islam.

Kita biarkan dahulu hal itu disini sebab sekarang ini Covid19 
telah kembali semula.
Belum lama dapat rasa boleh "bersantai" kini rasa cemas kembali
 memikirkan masaalah yang dihadapi oleh semua orang tidak mengira
 kaya atau miskin, berkuasa atau hamba.

Keluarga saya berharapan dapat mengurus segera Tanah Wakaf yang 
ditawarkan untuk kami usahakan. Tetapi sekarang dengan adanya
 arahan PKPB maka timbullah sedikit masaalah kerana
 tidak bebas merentasi sempadan daerah.
Kami di Putrajaya dan tanah itu di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Semoga Allah mudahkan jalan untuk berusaha sedaya upaya yang mampu
 dari semua segi. Aamiin....

Bila melihat putaran politik yang makin tidak menentu, secara peribadi 
saya rasa gerun juga. Apakan tidak gerun..... bukan mudah mendapatkan
 pekerja untuk pertanian dalam ruanglingkup PKPB yang diketatkan.
Semoga Allah mengangkat masaalah ini dari bumi Malaysia
 dan dunia umumnya.
Semoga Allah masih kurnia buat kita semua ruang dan peluang untuk terus 
menjalani pengabdian ruhani dan jasmani
dengan harapan diakhir hayat nanti Allah kurnia keredhaan
 dan Allah limpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga dan kita
 selamat sejahtera di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb......


No comments:

Related Posts with Thumbnails