"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, October 19, 2020

Cita-cita Nak Jadi Kaya ....@ Covid19.

 

Basmalah.svg


Tiba-tiba sahaja PKPB dikuatkuasakan sekali lagi bagi
 sebahagian rakyat Malaysia.
 Kami di Putrajaya pun kena juga. Anak saya baru memulakan tindakan untuk 
membangunkan sebidang tanah wakaf untuk pertanian dan ternakan.
Rasa kebingungan.
"Cita-cita nak jadi kaya"  😉😉 Covid19 jadi 'penghalang'. Tidak boleh merentas
 daerah tanpa kebenaran sah. Tanah Wakaf ini di Lenggeng,
 Negeri Sembilan.Terduduk termenung sehari dua. 
Tetapi kini cuba berusaha semula
 dengan apa jua yang mudah dan tidak bermasaalah dahulu.

Dalam keadaan politik yang tidak menentu dan ribut Covid19 
yang  melembabkan usaha, anak saya agak khuatir tentang
 kos pembangunan dan operasi bagi usahanya walaupun ia kecil sahaja.
Dalam perbincangan keluarga maka timbul idea 
untuk membuat pinjaman Bank.
Saya tidak setuju dengan pinjaman bank kerana keluarga saya
 ada penjimatan yang dirasai mecukupi
untuk berusaha tanpa membuat pinjaman.

Saya rasa sudah banyak melalui berbagai masaalah hidup 
dan kebelakangan ini saya rasa khuatir jika membuat pinjaman 
usaha itu nanti tidak syar'ie.
Saya sudah katakan pada anak saya bahawa saya amat takut
dan tidak mahu terlibat  lagi dalam hal Riba atau 
apa sahaja penglibatan yang saya rasa saya tidak akan dapat
 mempertahankan diri di Mahhkamah Allah nanti.
 Waktu itu kita tidak akan dapat berbalik semula ke dunia untuk membuat
 pembetulan dalam amalan. Saya katakan pada anak semoga kita tidak akan
 menghadapi apa jua penyesalan yang tidak ada siapa boleh membantu. 
Anak saya terdiam seketika  (berfikir agaknya) dan kemudian senyum.
 Saya rasa ia bersetuju dengan saya. Alhamdulillah.



Rakyat sudah melihat negara membangun giat  dalam semua bidang
 dan sejak saya mula faham erti kehidupan dan kemajuan
 saya ikuti sahaja apa yang dikatakan ramai dan 
saya percaya tindakan saya itu betul.
 Maksud  saya iaitu tindakan yang berkaitan dengan hal-hal perbankan
 yang saya gunakan dalam kepentingan kerja-kerja peribadi saya.
Saya berfikir-fikir dan meneliti semula prinsip-prinsip itu. 
Saya tidak yakin diri ia betul sepenuhnya.
Bila ingat begitu hati saya rasa berdebar.....tidak enak.

 Sudah amat jelas alQuran melarang Riba.
Riba dalam aktviti perniagaan telah menyebabkan kehidupan dunia 
menjadi seperti apa yang kita lihat sekarang.
Ia membuat manusia Rakus, tamak, bermusuhan, berlaku zalim
 dan berbagai lagi hinggakan kehidupan manusia nampak maju dan gemilang 
tepi hati budi manusia jadi bobrok dan tonggang langgang.
 
Persainagan dalam politik, ekonomi, perdangangan dan 
semua aktiviti kehidupan membuat manusia
menjadi sudah hampir tidak mengenal 
apa itu keadilan, apa itu persahabatan, apa itu kasih sayang 
antara manusia  dan berbagai lagi.
Manusia bukan sahaja zalim sesama manusia 
tetapi keghairahan mahu meraih
 segala kesenangan dalam hidup telah melupai hakikat bahawa 
 makhluk Allah yang lain seprti haiwan, hutan belentara,
 sungai dan lautan juga tidak mendapat keadilan yang sewajarnya 
dari manusia 
yang Allah kurnia akal fikiran yang mencukupi untuk bertindak saksama
 pada semua ciptaan Allah.
 Manusia dicipta sebagai khalifah dan prinsip Riba telah
menewaskan akal budi manusia.


Saya katakan pada anak saya supaya kita ubah diri walaupun ia
 tidak mendatangkan keuntungan yang besar dan memberi kepuasan hati.
Semoga hati-hati kita terhidayah dan kita berbuat sesutau 
semata-mata kerana
mencari Redha Allah. Biar hidup seadanya, sekadar mencukupi atau 
pun hidup susah.
Kita mohon Allah redha semuanya.

Jom kita ambil contoh dari Sahabat Raslullah saw Abdul Rahman bin Auf,
 ahli perniagaan yang amat berjaya dan keuntungannya melimpah ruah.
Pastinya beliau tidak mengamalkan prinsip Riba. Tidak mungkin.
Semua harta keuntungannya diinfakan untuk berbagai 
keperluan masyarakat ketika itu.
Kerja-kerja amal ibadahnya  terkenal hingga kini.
 Contoh apa lagi yang kita perlu.
Allah swt telah berjanji: "Buat apa yang Aku suruh, RahmatKu bersama".
Jom kita ikuti. Biar untung sedikit tetapi Allah redha. 
Dan apabila Allah redha ganjaranNya
berganda-ganda. Redha Allah dan Syurga FirdausNya yang kita cari.
Kita contohi tindakan sahabat-sahabat Rasulullah saw.
Semoga ada barokahnya.

Ada saranan pada saya untuk ikut sahaja sistem Perbankan Islam yang 
Kerajaan Malaysia telah laksanakan sekarang.
 Ia digubal oleh bijak pandai
 dan pakar dalam bidang Islamic Banking and Finance.
Saya akui tetapi hati saya belum selesa sepenuhnya.Saya telah pun ikuti
tetapi serkarang saya ingin ubah cara sebab sistem yang ada
 belum memberi ketenangan sepenuhnya buat saya.
 Saya mohon doa Allah ampunkan segala kekurangan dan kesilapan dalam saya membelanjakan rezeki yang Allah kurnia.
Semoga hasrat saya yang kecil ini akan mengurangkan atau menghapus
 semua penyesalan yang mungkin saya tanggong
 semasa saya berpindah Alam nanti.
 Semoga Allah kurnia belas kasihan dan kasih sayangNya buat saya
 sekeluarga kecil dan keluarga besar 
dalam menjalani hidup kurniaan Allah ini.
Ustaz pesan apa sahaja yang kita buat kita harus cuba pastikan
 ia tidak terkeluar dari paradigma Tauhid yang telah diwahyukan.
Semoga Allah pelihara dan menunjuki jalan dan 
semoga sejahtera di dunia dan di akhirat nanti. Aamiin ya Rabb.......


No comments:

Related Posts with Thumbnails