"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 21, 2020

Jom Kita Dengari Dulu.....@ Covid19 dan Syeikh Nuruddin Al Banjari -


Bismillah Calligraphy23.svg

Saya mohon perhatian pengunjung budiman.
Kita dengari apa yang diperkatakan dalam video di atas.
Dalam Islam bilakah masanya kita boleh gunakan logik akal fikiran 
dalam memperkatakan sesuatu.
Bilakah pula masanya kita gunakan Nas alQuran dan Hadith.
Allahu'alam.
Kita mohon PetunjukNya.

Dalam kes di atas saya lebih cenderong setuju pada Shaikh Nuruddin.
Dalam kemelot Covid19 di negara kita sekarang kita takut Ekonomi negara
terjejas dan merudum. Maka kerajaan kita buat kelonggaran PKP 
pada aktiviti ekonomi.
Tetapi kita kurang tekanan pada menyelamatkan akhlak dan hati budi rakyat.
Dalam lain perkataan kita seperti kurang khuatir Iman dan Taqwa merudum kerana aktiviti surau dan masjid dikenekan SOP yang tidak selari dengan perlaksanaan ibadah 
yang lazim di Masjid dan Surau.

Semoga Allah turunkan taufik dan hidayah dan menanam keyakinan
pada kita semua mengenai apa yang
seharusnya menjadi norma Ibadah di Masjid dan Surau dalam
keadaan wabak Covid19 sekarang ini.

Ya Allah kami mohon perlindungan Mu  dan pada Mu sahaja
kami berserah diri.




No comments:

Related Posts with Thumbnails