"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, December 31, 2021
Thursday, December 30, 2021
KETAHWILAH !! ...@Tsunami Omicron Landa Eropah & AS
Sebarkan Ilmu untuk berhati-hati menyusun atur Keselamatan diri.
InsyaAllah minggu depan saya akan vaksin Booster.
Ini ikhtiar mengikut kata pakar dan untuk memudahkan
interaksi semua warga.
Semoga Allah melindungi semua.
Tiada sesuatu yang Allah izin berlaku atau tidak berlaku yang
tidak ada hikmah tertentu bersamanya.
Maka JOM kita vaksin.
Saya Rasa Takut Rasa Kecewa ....@SAUDI JOINED THEM TO INSULT ISLAM
Sekadar mengikuti Perkembangan Mendukung Islam ....@ERDOGAN HANCURKAN GEDUNG WARISAN KEMAL ATATURK, KELOMPOK SEKULER TURKI P...
Di Akhir Zaman ini....
JOM kita doakan semoga Allah pelihara
semua Pemimpin Islam
yang berjiwa Berani dan benar-benar
Ikhlas dalam perjuangan menegakkan Agama
yang Allah Redhai.
UMUR KITA LIMITED ...@[LIVE] MENGGAPAI BERKAH UMUR - BUYA DR. ARRAZY HASYIM, MA
JOM LIHAT.
INSYAALLAH TIDAK BUANG MASA DAN TIDAK MENYESAL.
SEMOGA ALLAH MEREDHAI USAHA KITA MEMUNAFAATKAN UMUR
YANG SEDIKIT INI DI ATAS BUMI.
SEMOGA BAHAGIA DI ALAM BARZAH DAN DI AKHIRAT NANTI.
AAMEEN YA RABB....
Wednesday, December 29, 2021
SEJARAH TURKEY (KEMBALI ADZAN BAHASA ARAB) ....@Detik-detik Menyedihkan Adnan Menderes Digantung (1961)
JOM ikuti sedkit fakta sejarah Negara Turkey.
Saya terjumpa video ini dan rasa terpanggil untuk berkongsi
demi mengingati fakta penting pemulihan perlaksanaan
ISLAM di Bumi Warisan Khalifah Islam.
Dalam sejarah Turkey Adnan Menderes adalah pemimpin,
(Perdana Menteri)
yang mengembalikan laungan Adzan dalam Bahasa Arab.
Beliau berusaha mengembalikan keagongan Islam di Bumi Turkey
dan beliau tidak di sukai oleh golongan Military
yang amat besar kuasanya. Beliau di hukum gantung sampai mati.
Beliau di tuduh mencemar Perlembagaan Negara dan
menggunakan Agama sebagai alat berpolitik.
Bacalah sejarah Negara Turkey yang sekarang ini degeruni oleh
pemimpin-pemimpin dunia yang tidak suka Islam.
Pendekan cerita 29 tahun setelah peristiwa Beliau di gantung,
Parlimen Turkey mengampunakan semua tuduhan dan
megembalikan maruahnya sebagai pejuang Negara.
Antara yang dilakukan ialah menamakan Institusi-Institusi penting
dengan nama Adnan Menderes, seperti University dan sebaginya.
Semoga Allah menganugerah kemuliaan di sisiNYA dan
Syurga Firdaus tempat kembalinya.
Aamiin ya Rabb....
Mesti Fahamkan Ini ...@RAHASIA PENCIPTAAN MANUSIA, TAK ADA YANG BERANI MEMBAHAS HAL INI | Buya ...
Saya pun baru ini mendengari Fakta ini.
JOM Cepat-cepat ikuti.
Semoga kita termasuk dalam kalangan
orang-orang yang terpilih
di sisi Allah swt. Aameen Ya Rabb...
Monday, December 27, 2021
Banjir Masih Menakutkan ....@27.12.2021 Flood in Kajang Malaysia || Banjir di Kajang
Saya ikuti perkembangan banjir lalu Utube.
Banjir di Kajang Malaysia masih menakutkan dan
amat membimbangkan.
Dalam hidup saya, saya mengalami Banjir Besar di Malaysia
pada tahun 1971. Waktu itu saya masih mengaji
di University Malaya. Kebetulan saya kena balik kampung
di Pontian Johor. Jalan Raya terputus.
Sebagai pelajar saya tidak punya wang yang banyak
untuk kecemasan.Waktu itu di Benut Pontian Banjir agak tinggi.
Ada yang baik hati menolong dan bawa saya ke Johor Bahru
ikut jalan lain. (saya tidak ingat). Saya ditumpangkan bermalam
di rumah keluarga yang saya tidak kenal.
Amat baik keluarga itu dan saya kenang hingga kini.
Talipon tangan mana ada waktu itu.
Emak saya bimbang. Namun apakan daya.
Banjar kali ini saya sudah di hujung umur. Ada perkara yang menyedihkan saya kerana saya baca dari berita bahawa pertolongan lambat dan tidak mencukupi. Itu yang saya berani kata di sini. Tapi saya dengari di mulut bahawa rakyat ramai yang tersadai tanpa pertolongan yang cepat dan mencukupi. Entahlah. Saya tidak berani cakap.
Selama 30 tahun saya bekerja dalam perkhidmatan kerajaan.
Dalam ingatan saya waktu itu rakyat tidak rasa kecewa
seperti sekarang ini yang saya dengari.
Kalau pihak menteri kurang kepintaran, apa pula peranan
pegawai tinggi kerajaan.
Tak kan lah tunggu arahan menteri sahaja untuk bertindak. OOOooops....Cukup komen saya.
Saya tidak tahu semua kekanganan yang mungkin dihadapi
pegawai kerajaan. Maka eluklah saya diam sahaja.
Bising mulut hanya pada anak-anak.
Saya tidak terlibat kerana di Putrajaya tidak Banjir.
Semoga Allah mudahkan usaha mengurus rakayat
yang terkandas dalam Banjir kali ini.
Saya mohon doa semoga Malaysia selamat dan Allah swt
lindungi Rakyat dari segala malapetaka. Aamiin .
Bukan Semudah Itu, Allah Ada! ....@INDIA WANTS TO REMOVE ALL MUSLIMS
INDIA!....YOU WATCH OUT!
Kamu Merancang, Allah swt itu Maha Perancang.
India bersenjata hebat dan berkuasa?
Allah swt itu Maha Kuat dan Maha Berkuasa
Atas Segala Sesuatu.
Jangan Ingat Orang Islam Takut Mati!
Ya Allah, Kami Berlindung Dengan Mu.
Hanya Redha Mu Yang kami cari.
Aameen.
Saya Menyesal Tak Ambil Peduli ....@ Brother Lim Jooi Soon: Cabaran Muallaf
Saya seronok dan bersyukur bertemu Video ini.
Jangan menyesal macam saya.
JOM dengari sekarang. Saya sudah lanjut umur.
Peluang hendak jadi seperti saranan Sahabat Lim ini amat sulit.
Jom kita buka minda dan ikuti.
Semoga Allah menunjuki jalan. Aamiin.
Waspada Kehebatan Cina ...@CHINA LAUNCHES BIGGEST FITNA FOR UMMAH
Allah sememangnya menggalakan manusia untuk
memakmurkan Dunia.
Tetapi bukan dengan tujuan untuk menghapuskan kumpulan
manusia yang tidak "sebulu" dengan kita.
Allah swt mahu manusia menjadi sebagai "khalifah" yang
akan menerajui segala bentuk pembangunan di muka bumi ini.
Maka manusia janganlah bermaharaja lela untuk memenuhi
kepentingan diri sendiri sahaja.
Malahan Allah swt mahu manusia menjaga kepentingan haiwan dan
semua makhluk dan semua ciptaan Allah.
JOM ikuti video ini.
Pembanunan Sains dan Teknologi sememangnya dialu-alukan.
Tetapi bukan untuk mendabik diri dengan rasa sombong
dan menzalimi golongan sesama manusia dan makhluk
dan ciptaan Allah swt yang lainnya.
Kita harus rasa insaf dan bersyukur dengan segala kurniaan Allah swt.
Manusia tidak akan hebat jika Allah swt tidak mengIZINkan
sesutu itu terjadi mengikut perancangan manusia.
Allah swt itu maha Perancang
dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segalanya,
di Bumi dan di Langit.
Maka berwaspadalah dengan perkembangan Sains dan Teknologi
negara Cina sekarang dan Negara mana sekalipun.
Semoga Malaysia membangun dalam ruang lingkup paradigma
Aqidah yang Allah tentukan
dan semoga Malaysia selamat di Dunia dan di Akhirat.
Aameen.
Sunday, December 26, 2021
SELINGAN ...@Bule Amerika Qasidahan Ya Hanana -nya Habib Syekh Assegaf
Saya lihat di Utube ramai juga orang Islam yang meninggalkan Islam.
Alangkah ruginya mereka. Semoga Allah swt Izin mereka bertaubat.
JOM LIHAT yang saya kongsikan di atas.
Orang Amerika bersemangat berqasidah.
JOM kita juga bersemangat.Semoga Allah swt
kurnia Syafaat Nabi SAW buat kita.
Aameen Ya Rabb...
Selingan (satu lagi cerita ) ....@Late Fall Bushcraft Camping. Goat Backpack to Pristine 9K Lake for Fireb...
Ini cerita hebatnya Haiwan kambing ini. Saya amat teruja mengikutinya.
JOM lihat.
Semasa saya kecil kakak saya sering bapak saya suruh dia
jaga kambing di kebun cari rumput makan. Kami keluarga pendatang.
Saya yang bongsu hanya melihat dan bermain sahaja.
Nostalgia ingatan pada kambing-kambing. Saya tidak ada ingatan
jelas tetapi belum pernah mengikuti
jejak kambing seperti dalam video ini.
JOM ikuti.
Selingan: SAYA SUKA KELAINAN ...@A Man & His Goats Into The Wild! Backpacking High Country Wilderness Wi...
Makhluk Allah berbagai perangai dan kepandaian.
MasyaAllah!
Lihat betapa hebat jejaka ini.
Pandai menjadikan kambing sebagai teman
ke sana dan ke sini.
Kambing-kambing ini pandai pula mengikut arahan.
Tetapi seperti manusia, kadang-kala terlanjur langkah
dan berbuat sesuatu yang
memudharatkan diri sendiri. Kambing ini diberi rawatan.
Saya kongsikan video ini semata-mata kerana saya amat
penasaran melihat haiwan yang sangat tertib.
Jom Lihat....
BANJIR ....@Meninjau Kebun Anak di Lenggeng.....
Alhamdulillah, Lenggeng di Negeri Sembilan tidak banjir.
Saya ikut anak saya senghaja untuk melihat-lihat kesan musim hujan
yang membawa
banjir di sana sini. Perjalanan lebih sedikit satu jam aman sahaja.
Tetapi nampaklah air bertakong luar biasa di dalam perjalanan tetapi
tidak melimpah ke jalanraya. Alhamdulillah.
Namun dalam hati saya amat yakin bahawa yang terkena banjir pun Allah
punya perancangan yang baik buat mereka kerana Allah
tidak pernah menzalimi makhlukNya.
Kebun anak saya yang agak menjadi ialah tanaman Nenas.
Nenas tahan lasak.
Usaha anak saya tergendala sedikit kerana lambat mendapat bekalan Air
di sebabkan arahan SOP yang mengakibatkan juga
kerja-kerja di Jabatan Bekalan Air.
Tambahan pula ketika Covid19 melanda, amat sukar mendapat pekerja am
untuk membantu di kebun. 'Ala kulihal' Alhamdulillah juga.
Rahamat Allah itu besar yang
kadang kala manusia boleh terlepas pandang.
Saya meyakini wabak Covid19 dan kemudian Banjir besar
pasti ada HikmahNya.
Kita janganlah penat mensyukuri apa jua yang Allah kurnia.
Apa yang kita rasa tidak dapat sebenarnya kita dapat.
Cuma Allah kurnia dalam bentuk yang kita belum dapat
mengenalinya dan menghayatinya.
Yakin sahaja bahawa Allah itu maha Kasih Sayang
pada Hamba-hambanya.
Kita cuba usaha sedaya upaya untuk buat apa sahaja yang Allah suruh
dan tinggal segala yang Allah larang dan yakinlah
RahmatNYA ada bersama.
Ini yang saya cuba mentarbiah diri sendiri semoga kita sentiasa
bergantung pada Allah dan bukan yang selain dariNYA.
Semoga Allah menerima usaha ini. Aamiin.
Ini rumah / pondok kecil di kebun untuk berehat sebentar dan untuk solat.
Alhamdulillah.
Selain tanaman nenas, anak saya cuba juga tanam pisang.
Tetapi belum menjadi.
Sabar saya nasihat anak saya kerana tiada kejayaan tanpa kesusahan.
Allah berfirman untuk kita bersemanagt dan berfikiran positif
dalam menghadapi apa jua ujian Allah atas kita.
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(Ash-Syar-h 94:4) |Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Ash-Syar-h 94:5) |(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Ash-Syar-h 94:6) |Begitu juga cubaan menanam kelapa belum menjadi.
Harus bersabar dan mencuba lagi. Mungkin tanah dan baja tidak sesuai.
Ini pula sedikit cerita 'teman' setia yang sentiasa ada di kebun.
Saya sudah cerita sedikit sebelum ini.
Ia mendatang sendiri dan nampak seperti meminta
belas kasihan untuk belaian
yang sepatutnya. Maka kami bela dan namakannya "SKYE".
Ada tanda nama dan no. telepon anak saya di lehernya.
Kami mahu bersungguh-sungguh menyayangi makhluk Allah yang
lain. Dalam hadith di ceritakan semua makhluk Allah bertasbih padanNYA.
dengan cara yang Allah swt tentukan. Dan ada cerita-cerita
dimana pohon dan haiwan bersolawat juga bila berdekatan
atau melepasi Nabi kita Muhammad SAW.
Sungguh Allah itu maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kebelakangan ini SKYE nampak kurus. Anak saya akan lihat
lebih dekat lagi mengapa begitu.
Mungkin kurang makanan yang ia suka maka ia tidak gemuk seperti
sebelum musim hujan. Mungkin ada masaalah lain seperti dihinggapi kutu.
Hari ini saya insyaAllah akan beli makanan yang lebih ia suka.
Semoga ia riang tinggal di kebun kami.
Saya teringatkan cerita dalam hadith dimana seorang perempuan
Allah janjikan syurga semata-mata kerana usahanya
memberi anjing itu minum dari telaga yang susah ia mendapatkan
air tanpa bantuan. Saya rasa insaf.
Semoga Allah ampunkan segala kelemahan dan kekurangan dalam menyantuni haiwan yang juga makhluk Allah swt jua.
Aamiin ya Rabb....
Saturday, December 25, 2021
Perginya Kakak Ipar Tersayang.....
Tanah Perkuburan Section 21, SHAH ALAM, SELANGOR.
Dalam keadaan yang masih membimbangakan, Corona dan Banjir ,
hati saya tersedih bila di maklumkan hari itu Kakak Ipar saya
telah dijemput bertemu Allah seminggu yang lalu.
Saya sudah tahu kakak saya sudah agak tenat,
tetapi saya tiada cara untuk terus ziarah.
Ditambah pula dengan keadaan banjir. Saya simpan dihati rasa
sedih itu dan berdoa Allah beri kemudahan untuk ke Surau
menyempurnakan Solat Jenazah.Itu pun tidak kesampaian.
Semoga ada hikmahnya.
Tiba-tiba anak buah saya talipon untuk jemput saya dan bawa saya ke tanah perkuburan untuk kakak saya disemadikan.
Alhamdulillah. Saya dapat menatap wajahnya untuk kali akhirnya.
Saya lega melihat anak lelakinya turun ketanah untuk
menyempurnakan segalanya.
Semoga itu jalan-jalan mendapat Redha Allah.
Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali.
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa dan Allah kurnia
semua yang terbaik di sisiNYA semasa di Alam Barzah, di Padang Myashar dan Kakak saya dikurnia Syurga Firdaus tanpa hisab
bersama kedua Ibubapanya dan semua
yang kakak saya sayang.
Aameen, Aameen ya Rabbalalameen....
Subscribe to:
Posts (Atom)