Sudah beberapa hari mendengari cerita banjir di sana sini.
Rasa sedih, rasa insaf melihat ramainya warga yang diuji
dengan kesusahan akibat banjir.
Semoga dapat bersabar.
Kawasan saya di Putrajaya aman. Ahamdulillah.
Namun saya rindukan cahaya matahari.
Sudah lama tidak kelihatan matahari seperti dalam foto di atas
dilihat dari varenda rumah.
Manusia sering lupa. Mahu yang terbaik sentiasa.
Kita sering melupai bahawa disebalik ujian Allah itu banyak RahmatNya.
Jom kita fikir-fikirkan supaya sentiasa rasa nyaman
walaupun Allah masih turunkan kesulitan.
Indah dan saya berdoa semoga cuaca akan bertambah baik
dan mereka yang kesusahan Allah kurnia petolongan.
Kekadangan pertolongan Allah seperti lambat sampainya.
Jangan bersedih. Kerana semua yang Allah izin berlaku atau
tidak berlaku itu ada banyak hikmahnya yang belum
kita ketahui dan rasai.
Kita teruskan berkeyakinan akan Kudrat dan Iradat Allah.
Kita redha sahaja dan semoga Allah swt Meredhai.
Aamiin ya Rabbal Aalamiin....
No comments:
Post a Comment