Tanah Perkuburan Section 21, SHAH ALAM, SELANGOR.
Dalam keadaan yang masih membimbangakan, Corona dan Banjir ,
hati saya tersedih bila di maklumkan hari itu Kakak Ipar saya
telah dijemput bertemu Allah seminggu yang lalu.
Saya sudah tahu kakak saya sudah agak tenat,
tetapi saya tiada cara untuk terus ziarah.
Ditambah pula dengan keadaan banjir. Saya simpan dihati rasa
sedih itu dan berdoa Allah beri kemudahan untuk ke Surau
menyempurnakan Solat Jenazah.Itu pun tidak kesampaian.
Semoga ada hikmahnya.
Tiba-tiba anak buah saya talipon untuk jemput saya dan bawa saya ke tanah perkuburan untuk kakak saya disemadikan.
Alhamdulillah. Saya dapat menatap wajahnya untuk kali akhirnya.
Saya lega melihat anak lelakinya turun ketanah untuk
menyempurnakan segalanya.
Semoga itu jalan-jalan mendapat Redha Allah.
Dari Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali.
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa dan Allah kurnia
semua yang terbaik di sisiNYA semasa di Alam Barzah, di Padang Myashar dan Kakak saya dikurnia Syurga Firdaus tanpa hisab
bersama kedua Ibubapanya dan semua
yang kakak saya sayang.
Aameen, Aameen ya Rabbalalameen....
2 comments:
Assalamualaikum Puan.
Semoga Puan sihat sejatera selalu.
Maaf saya tak dapat baca,tulisan Puan.
Minta Puan kekalkan warna hitam.
Sekian Terima Kasih😊
Salam Sahabat Melor Aziz. Terima kasih atas komen. InsyaAllah saya ikuti.
Post a Comment