Saya ikuti perkembangan banjir lalu Utube.
Banjir di Kajang Malaysia masih menakutkan dan
amat membimbangkan.
Dalam hidup saya, saya mengalami Banjir Besar di Malaysia
pada tahun 1971. Waktu itu saya masih mengaji
di University Malaya. Kebetulan saya kena balik kampung
di Pontian Johor. Jalan Raya terputus.
Sebagai pelajar saya tidak punya wang yang banyak
untuk kecemasan.Waktu itu di Benut Pontian Banjir agak tinggi.
Ada yang baik hati menolong dan bawa saya ke Johor Bahru
ikut jalan lain. (saya tidak ingat). Saya ditumpangkan bermalam
di rumah keluarga yang saya tidak kenal.
Amat baik keluarga itu dan saya kenang hingga kini.
Talipon tangan mana ada waktu itu.
Emak saya bimbang. Namun apakan daya.
Banjar kali ini saya sudah di hujung umur. Ada perkara yang menyedihkan saya kerana saya baca dari berita bahawa pertolongan lambat dan tidak mencukupi. Itu yang saya berani kata di sini. Tapi saya dengari di mulut bahawa rakyat ramai yang tersadai tanpa pertolongan yang cepat dan mencukupi. Entahlah. Saya tidak berani cakap.
Selama 30 tahun saya bekerja dalam perkhidmatan kerajaan.
Dalam ingatan saya waktu itu rakyat tidak rasa kecewa
seperti sekarang ini yang saya dengari.
Kalau pihak menteri kurang kepintaran, apa pula peranan
pegawai tinggi kerajaan.
Tak kan lah tunggu arahan menteri sahaja untuk bertindak. OOOooops....Cukup komen saya.
Saya tidak tahu semua kekanganan yang mungkin dihadapi
pegawai kerajaan. Maka eluklah saya diam sahaja.
Bising mulut hanya pada anak-anak.
Saya tidak terlibat kerana di Putrajaya tidak Banjir.
Semoga Allah mudahkan usaha mengurus rakayat
yang terkandas dalam Banjir kali ini.
Saya mohon doa semoga Malaysia selamat dan Allah swt
lindungi Rakyat dari segala malapetaka. Aamiin .
No comments:
Post a Comment