"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, December 26, 2021

BANJIR ....@Meninjau Kebun Anak di Lenggeng.....

 



Bismillahgreen.jpg


Alhamdulillah, Lenggeng di Negeri Sembilan tidak banjir.
Saya ikut anak saya senghaja untuk melihat-lihat kesan musim hujan 
yang membawa
 banjir di sana sini. Perjalanan lebih sedikit satu jam aman sahaja.
Tetapi nampaklah air bertakong luar biasa di dalam perjalanan tetapi
tidak melimpah ke jalanraya. Alhamdulillah.
Namun dalam hati saya amat yakin bahawa yang terkena banjir pun Allah
 punya perancangan yang baik buat mereka kerana Allah
 tidak pernah menzalimi makhlukNya.




Kebun anak saya yang agak menjadi ialah tanaman Nenas. 
Nenas tahan lasak.
Usaha anak saya tergendala sedikit kerana lambat mendapat bekalan Air
 di sebabkan arahan SOP yang mengakibatkan juga
 kerja-kerja di Jabatan  Bekalan Air.
Tambahan pula ketika Covid19 melanda, amat sukar mendapat pekerja am
 untuk membantu di kebun. 'Ala kulihal' Alhamdulillah juga.
 Rahamat Allah itu besar yang
 kadang kala manusia boleh terlepas pandang.

 Saya meyakini wabak Covid19 dan kemudian Banjir besar 
pasti ada HikmahNya.
Kita janganlah penat mensyukuri apa jua yang Allah kurnia.
 Apa yang kita rasa tidak dapat sebenarnya kita dapat.
 Cuma  Allah kurnia dalam bentuk yang kita belum dapat
 mengenalinya dan menghayatinya. 
Yakin sahaja bahawa Allah itu maha Kasih Sayang 
pada Hamba-hambanya.
 Kita cuba usaha sedaya upaya untuk buat apa sahaja yang Allah suruh
  dan tinggal  segala yang Allah larang dan yakinlah
 RahmatNYA ada bersama.
Ini yang saya cuba mentarbiah diri  sendiri semoga kita sentiasa
 bergantung pada Allah dan bukan yang selain dariNYA.
Semoga Allah menerima usaha ini. Aamiin.



Ini rumah / pondok  kecil di kebun untuk berehat sebentar dan untuk solat.
Alhamdulillah.



Selain tanaman nenas, anak saya cuba juga tanam pisang. 
Tetapi belum menjadi.
Sabar saya nasihat anak saya kerana tiada kejayaan tanpa kesusahan. 
Allah berfirman untuk kita bersemanagt dan berfikiran positif
 dalam menghadapi apa jua ujian Allah atas kita.


A004

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(Ash-Syar-h 94:4) |

A005

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Ash-Syar-h 94:5) |

A006

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Ash-Syar-h 94:6) | 




Begitu juga cubaan menanam kelapa belum menjadi.
Harus bersabar dan mencuba lagi. Mungkin tanah dan baja tidak sesuai.





Ini pula sedikit cerita 'teman' setia yang sentiasa ada di kebun.
Saya sudah cerita sedikit sebelum ini.
Ia mendatang sendiri dan nampak seperti meminta
 belas kasihan untuk belaian
yang sepatutnya. Maka kami bela dan namakannya "SKYE".
Ada tanda nama dan no. telepon anak saya di lehernya.
Kami mahu bersungguh-sungguh menyayangi makhluk Allah yang
lain. Dalam hadith di ceritakan semua makhluk Allah bertasbih padanNYA.
dengan cara yang Allah swt tentukan. Dan ada cerita-cerita
dimana pohon dan haiwan bersolawat juga bila berdekatan
 atau melepasi Nabi kita Muhammad SAW.
Sungguh Allah itu maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kebelakangan ini SKYE nampak kurus. Anak saya akan lihat
 lebih dekat lagi mengapa begitu.
Mungkin kurang makanan yang ia suka maka ia tidak gemuk seperti
sebelum musim hujan. Mungkin ada masaalah lain seperti dihinggapi kutu.
Hari ini saya insyaAllah akan beli makanan yang lebih ia suka.
Semoga ia riang tinggal di kebun kami.

Saya teringatkan cerita dalam hadith dimana seorang perempuan
 Allah janjikan syurga semata-mata kerana usahanya
 memberi anjing itu minum dari telaga yang susah ia mendapatkan 
air tanpa bantuan. Saya  rasa insaf.
Semoga Allah ampunkan segala kelemahan dan kekurangan dalam menyantuni haiwan yang juga makhluk Allah swt jua.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails