"TIME IS GOD GIVEN"
Saya pernah ada seorang teman yang sentiasa "menceramahi"
saya megenai masa.
Mengapa kita sangat mempercayai bahawa masa itu
hanya 24 jam sahaja.
JOM Ikuti vedio ini dan mungkin jika kita membaca
dengan hati dan bukan dengan aqal sahaja kita akan merasai
atau memahami bahawa masa itu bukan 24 jam walaupun
dari segi fisk ia sememangnya cuma 24 jama sehari semalam.
Tetapi panjang masa matahari terbit adalah
mengikut kedudukan kita di dunia yang sementara ini.
Pernah atau tidak kita mendengari ada orang mengatakan bahawa sangat mustahil sesaorang boleh khatam alQuran
3 atau 4 kali dalam satu malam. Mustahil juga ada orang "Alim/Wali"
yang boleh berada di dua tempat dalam
tempuh masa yang singkat. Ada ustaz yang tinggi ilmunya
megatakan bahawa ini bukan fenomena yang mustahil.
Katanya ambil satu sahaja dalil yang semua orang Islam percaya.
Ia itu kisah Israk dan Mikraj Rasulullah salallahualaihi wasalam
dari Masjid Haram di Makkah ke Majid Al Aqsa di Palestine
dan terus ke Langit Tujuh untuk menghap Allah swt, zat yang Maha Pencipta dan Maha berkuasa atas segala sesuatu, dalam
jangka masa satu malam sahaja.
Maka benarlah bahawa masa itu Allah yang kurnia.
Time is God Given.
Ulamak-ulamak dahulu menulis kitab berjilid-jilid dalam masa
yang kita kagumi. Tidak ada pesawat untuk pergi dan balik dari
satu tempat ke satu tempat dan tidak ada komputer dan berbagai lagi peralatan IT yang boleh membantunya.
Mengapa manusia sekarang tidak boleh berbuat seperti itu?
JOM lihat Video di atas untuk menegtahui serba sedikit bagaimana
Rasulullah saw mengurus masa.
Semoga usaha mencontohi Rasulullah saw
memberi munafaat buat semua.
No comments:
Post a Comment