InsyaAllah Tahun Masehi 2022 akan muncul tidak lama lagi. Maka saya dan suami mahu bermusafir ke Utara Malaysia untuk menghabiskan ruang masa akhir tahun. Tujuan utama ialah untuk menguji sama ada masih cukup tenaga untuk menjalani Ibadah Umrah jika diizin Allah. Maka suami sajak mengajak teman akrab yang sudah biasa berjalan ke sana-sini untuk bersama ke Penang. Teman saya menjadi "supir". Alangkan bahagianya kami bermusafir bersama.
Pertamanya kami ziarah bapak saudara di Sunagi Batu Selama Kedah. Ia berumur hampir 91 tahun tetapi tidak mahu tinggal bersama anak-anak. Ia tinggal sendirian apabila sang Isteri meninggal dunia lebih sepuluh tahun yang lalu. Pak Teh namanya. Ia masih sihat dan boleh mengurus diri. Ada anak berkeluarga berhampiran tetapi ia memilih tinggal sendirian. Ia masih boleh mengurus kebun tetapai anak-anak mtidak membenarkannya. Anak dan saudara mara membantu menyara kehidupan hariannya.
Ini Pak Teh berbaju biru. Ia masak air dan masih boleh hidangkan minuman teh. Hebat Pak Teh. Semasa muda ia sememangnya sentiasa ke kebun kelapa sawitnya dan maka itulah ia masih bertenaga memasak seadanya dan mengurus rumah yang diduduki bersama isteri semasa ia masih ada.
Alhamdulillah. Semuanya ketentuan Allah. Lepas itu kami ziarah pula besan tidak jauh dari rumah Pak Teh. Mak saudara yang sudah tua tinggal bersamanya. Ia dikatakan amat kurang pendengaran dan amat kabur penglihatannya. Saya terkejut apabila kami baca ayat Quran Al Ikhlas dan kemudian memperbaharui syahadah, ia boleh ikut. Maka saya katakan pada besan bahawa emaknya ini masih boleh dengar. Ataupun ia hanya suka mendengari kata-kata yang ia rindu mendengarinya. Maka saya katakan pada besan saya supaya rajin-rajin bacakan ayat-ayat alQuran. Jangan buka ayat Quran dengan alat IT. IT tidak pandai berhubung Ruh dengan Ruh. Kalau kita bacakan ayat Quran maka Ruhnya akan tersentuh dan akan mengikut apa yang didengarinya. Ini hubunga Ruh dengan Ruh. Semoga ia terus ingat ayat-ayat Quran hingga ke akhir hayatnya. Aamiin....
Di rumah besan cucu-cucu dari anak lelaki kedua saya, Azrul, tinggal bersamanya. Ini terpaksa begitu kerana karenah hidup menghadapi Covid19 dan peraturan persekolahan yang tidak mementu. Saya ziarah di situ tidak lama tetapi hilanglah juga kerinduan lama tidak berkumpul. Alhamdulillah.
Ikuti cerita setrusnya dalam entry saya berikutnya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment