"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 24, 2021

MENYANTUNI ANAK-ANAK ISTIMEWA.......

 



Bismillah Calligraphy 46.svg


INI cucu-cucu saya duduk seminggu dengan saya bila 
Ibu Bapanya musafir dan bertugas ke Utara bersama 4 orang
 anak-anak yang lain, adik-adik kepada yang dua di atas. 
Alhamdulillah. Hilang sebentar kerinduan.
Sejak Covid19 saya hanya berhubung lalu WA.
Rasa insaf menyantuni anak-anak yang Allah kurnia kelaianan.
Seorang ADHD (Attention deficient Hyperactive Disorder)
Seorang lagi OTISMA.
 Keduanya bersekolah di PUTRAJAYA bidang Pendidikan Khas.
Hanya yang bersama sahaja dapat menghayati Kebesaran Kehendak Allah.
Mereka boleh belajar tetapi ikut kehendak dan Mood masing-masing.
Semoga mereka mendewasa sihat dan boleh diajar sesuatu kemahiran.
Kedua-duanya fasih berbahasa Inggeris dengan pengaruh 
program di komputer sahaja.
Ayahnya lebih berbahasa Arab sebagai bahasa kedua. 
Ibunya sahaja yang bertutur Bahasa Inggeris.
 Saya hanya berdoa Allah kurni kemampuan dan kurnia ruang
 dan peluang untuk berdikari apabila dewasa nanti.
 Tahun 2022 nanti insayaAllah Huziafah yang tua
 akan berada di tingatan 5 dan Akif adiknya di tingkatan 3.
 Mohon doa pembaca budiman sekelian anak-anak ini Allah kurnia 
kemudahan mengurus diri dan mengurus kehidupan
dan berjaya di Dunia dan di Akhirat.
Aameen Ya Rabb......



Ini "surau" di rumah saya. Semoga usaha TOKAYAH Allah kurnia
pada anak-anak ini keimanan dan ketaqwaan.
Aameen.



No comments:

Related Posts with Thumbnails