"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 25, 2021

Pengalaman Bermusafir diUmur Tua...(2).



Tujuan utama suami saya ajak bermusafir ialah menyantuni rasa nostalgia semasa bekerja di Pennag. Suami saya suka makan nasi kandar dan makan makanan laut. Maka di hari-hari kami di sana ajinda makan "jamu selera" adalah utama. Saya ikut sata mera'i keingainan suami semoga hidup barakah. Maka dalam entry saya kali ini ialah foto-foto berkatan jamu selera. Saya kurang ingat di mana, cuma saya tahu di Penang sahaja. Foto di atas suami saya makan kesukaannya pasaembur.


Di kiri sekalai ialah teman akrab yang jadi "supir" dan isterinya.



Yang ini makan udang galah di satu tempat di Kedah. Saya lupa nama. Suami saya amat teruja dan kami bawa pulang apa yang tidak terhabis. (Takut Allah murka membazir). Kata Ustazah Google: jangan asyik berkira nak makan apa yang sedap tetapi haruslah sentiasa berkira hendak buat amalan apa untuk bekalan hari Esuk. Amat bersetuju. Kami senyum bila bicara tentang menjamu selera dan ketawa kuat mengatakan ini sekadar makan sedap ketika bermusafir sahaja. Semoga Allah mengampuni apa yang tidak sepatutnya. Aamiin.


Maka ini kami makan yang mudah saja dalam perjalanan pulang. Kami musafir dari 1 Disember hingga 7 Disember. Saya rasa keletihan. Seminggu rasa lama buat diri saya. Saya berumur 76 tahun kiraan tahun Hijriah.


Ini kami dijamu makan di rumah besan teman saya yang jadi "supir". Ia dikanan sekali menghadap kamera. Ia memang pandai masak dan kami makan sepuasnya. Alhamdulillah.



Ini foto kenanagan keluarga besan teman saya. Satu kenanagan buat kami bersama. Di umur tua selalu sahaja saya teringatkan bila lagi peluang untuk bersama. Mungkin ini musafir terakhir buat kami. Tetapi saya masih berdoa semoga dapat buat Umrah dan Ziarah Rasulullah SAW sekali lagi sebelum akhir hayat.
Aamiin.



Dalam musafir kali ini kami sampai juga di Padang Besar. Tujuan utama ialah untuk ziarah adik pada isteri teman saya kerana suaminya tidak sehat. Kami tidak beritahu kononya nak "surprise, surprise...".
Kecewa rasanya kerana mereka tiada di rumah. Maka kami membeli sedikit ole-ole musafir sebagai tanda kami samapi ke sana di Musim Covid19 ini. Sebenarnya ada rasa takut jangkitan, maka kami bergesa pulang. Di atas foto kenangan di tempat berhenti di University (lupa nama) untuk selesakan diri.



Akhir sekali kami berhenti di Ipoh untuk ziarah kawan dalam Perkhidmatan semasa kerja dahulu. Sudah banyak tahun baru ini jumpa. Teman saya duduk di kanan sekali dan ia menjamu dengan hidangan yang dibeli. Teman saya tidak sihat kakinya. Ia muda 3 tahun dari saya. Teruja berjump di Musim Covid ini. Alhamdulillah Allah pertemukan.

 

1 comment:

Unknown said...

Asalamualaikum kak Sobah.
Terharu sangat dah sampai Perlis kami di Sg Buluh. Allah izin perancangan suprise tu bahaya untuk orang sakit jantung. Hi hi hi...
Maaf kak, terima kasih kak dan hj Baharum semoga ganjaran pahala Allah kurniakan sama seperti kita dah berjumpa.Insya Allah

Related Posts with Thumbnails