"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 31, 2021

Saya bingung..SEMUA BINGUNG? @Gravitas: Will WHO ever reveal COVID-19 origins?


Bismillah Calligraphy 2.svg

Manakan rakyat Malaysia tidak takut dan bingung bila memikirkan perihal Wabak Covid19 ini dan bagaimana menyelesaikannya. Kalau tidak tahu asal usalunya pasti ia menimbulkan berbagai soalan bagaimana kita mahu meneyelesaikannya.Bolehkah kita bergantung pada UN/WHO ini?
Maka janganlah hairan dan marah pada rakyat Malaysia yang mahu tahu
 kebenaran mengenai wabak ini dan barulah rasa selesa
 mahu ambil vaksin. Allah swt maha tahu. Allahu'lam.

Ikutilah sendiri video di atas dan fikir serta doa Allah kurniakan Malaysia keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat.
Aamiin ya Rabb...

Sunday, May 30, 2021

RAKYAT YANG SIHAT HARUS SIMPATI....@Covid-19: 98 KEMATIAN: Dr Noor Hisham


Bismillah Calligraphy 2.svg

Semoga tiada yang ambil ringan fakat kewajiban Total Lockdown.
JOM dengari apa kata Ybhg Tan Sri Dr Noor Hisham
 dalam video yang saya kogsikan ini.
Saya amat khuatir jika wabak ini tidak dapat dikawal.
Sama-sama kita tolong menolong dan janganlah banyak mempersoalkan
tindakan kerajaan yang ikut mana sekali pun tiada penyelesaian
 mudah dan cepat. Jika kita ada cadangan bagaimana cara terbaik 
menangani masaalah ini, tampil sahaja ke hadapan dan beri bantuan, secara kelumpuk atau secara persendirian.
Semoga Allah swt memudahkan segala urusan. Aamiin.


TAKUT....AKHIRNYA TERJADI.....@ Memikirkan Total Lockdown.

 

Basmalah.svg

Keputusan Kerajaan untuk Total Lockdown buat saya adalah keputusan yang baik. Saya tidak nampak jalan lain. Sekurang-kurangnya inilah yang terbaik untuk dua minggu akan datang.

Saya bukan orang politik maka saya kecewa mendengari ada pihak-pihak yang tidak bersetuju sepenuhnya dengan keputusan ini. Pada pendapat saya 'janganlah cari masalah tambahan. "At this point nobody is any wiser". Ikut sahajalah buat masa 2 minggu ini. Bagi ruang untuk the Front Liners 
berbuat sesuatu untuk menambah baik cara kita mengatasi Wabak ini'. The Front Liners sudah merasai kepenatan dan tekanan untuk berbuat yang terbaik. Kita harus hargai. Jangan hanya cari salah. Kalau tidak ada kemampuan membantu secara langsung maka saya rasa elok banyakan doa semoga Allah swt mudahkan Malaysia mengatasi masaalah ini.  Pada pendapat saya kalau hari ini kita tukar Kerajaan pun, saya tidak rasa mereka akan boleh berbuat sesuatu yang lebih baik dengan sekelip mata dari apa yang di putuskan sekarang.  Malaysia menghadapi kekangan dan bukan mudah dengan "memetik jari" semua masaalah selesai.Mengapa kita harus tambah serabut pada keadaan yang  sudah cukup merisaukan.

Saya sudah dewasa tua, golongan warga emas. Kini 76 tahun mengikut kiraan  kalender Hijrah.
Dulu saya pegawai kerajaan selama 33 tahun dan amat mengerti dan memahami masaalah pegawai kerajaan. Sememangnya ada pegawai kerajan yang kurang pintar atau pintar tetapi dalam bidang dan urusan lain, dan jika hanya bergantung pada kepintaran Menteri sahaja maka akan timbul juga masaalah. Sedikit sebanyak begitulah biasanya.

Parti Pembangkang kalau jadi Kerajaan pun akan berdepan dengan masaalah kaki tangan dan pegawai Perkhidmatan Awam yang sama. Sebab itu saya rasa dalam keadaan sekarang semua pihak, termasuk rakyat, harus berlapang dada dan bergotong royong sama-sama berbuat apa yang patut dn terdaya untuk memastikan usaha kerajaan yang ada ini berjaya. Jika tidak berjaya kita lihat juga pada prinsip pegangan Iman kita bahawa tidak ada sesuatu yang Allah swt Izin berlaku yang tidak ada hikmahnya. Kita muhasabah diri, semua kita Rakyat dan Pemimpin di mana jua, sama-sama dan dengan ikhlas muhasabah diri untuk mencari penyelesaian pada masaalah yang sama. Tidak ada manusia yang sempurna. Kita ikut contoh Sahabat-sahabat Rasulullah saw bagaimana mereka menyelesai masaalah.

Maaf yea, pagi ini saya rasa tersedih melihat apa yang berlaku dan meluahkan sedikit rasa hati. Saya bukan orang baik, tetapi saya  ingin menjadi orang baik di sisi yang Maha Pencipta. Semoga Allah menganugerah kesabaran yang tinggi buat saya dan semoga saya dapat membantu dari sudut menasihati dan membantu keluarga besar saya dalam menghadapi masaalah WabakCovid19 ini. Dimana yang termampu saya bantu kewangan dari wang jimatan gaji dan wang pencen saya yang tidak seberapanya. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Semoga Allah meredhai.
Maka usaha saya amat kecil tetapi saya buat sedikit yang terdaya. Saya kata pada anak-anak saya supaya berjiamt dalam semua hal dan apa jua jimatan yang kita dapat kumpul kita bagi pada ahli keluarga besar dahulu dan kemudian pada orang lain. 
Saya bercerita  sedikit hal kehidupn saya semasa saya membesar dahulu. Saya sempat bertemu keadaan di mana keluarga saya makan nasi campur ubi kayu. Ada kalanya saya makan nasi hanya sekali sehari. Selainnya kami makan ubi keladi keledek yang bapak saya tanam. Maka hari ini saya kata pada anak cucu bahawa kita boleh makan nasi dengan kicap dan telur goreng. Ini amat memadai dan apa jua jimatan kita hulurkan pada keluarga besar yang susah dan memerlukan. Nanti habis musim wabak ini kita boleh hidup seperti biasa dengan izin Allah. Saya minta anak-anak jimatkan penggunaan hawa dingin di rumah supaya ada penjimatan bayaran letrik. Jika ada tambahan jimatan kita bagi pada keluarga yang susah. Kita contohi pelarian perang. 
Makan seadanya, insya Allah dihujung kesusahan ada kesenanagan.
Maaf saya bercerita begini. Bukan tujuan menunjuk, tetapi sekadar berkongsi dan mewariskan pengalaman hidup pada generasi muda dalam keluarga besar saya.


Foto di atas saya kongsikan bagaimana suami saya melatih cucu yang istimewa supya tidak tinggal solat  lima waktu untuk permulaan. Ini semasa PKP 1.0 dan 2.0 yang lalu. Dalam PKP 3.0 ini tidak akan ada peluang bermesra seperti biasa. Tidak mengapa dan kami cuba memahmi. Semoga bila tamat wabak kovid19 ini Allah kurnia keselesaan dan kegimbiraan. Aamiin.

Barang makanan di rumah tinggal sedikit. Esuk 31 Mei saya minta anak menantu perempuan saya membeli banyak sedikit barang keperluan dapur supaya tidak perlu selalu keluar rumah. Bukan takut tidak mencukupi bekalan barangan di kedai tetapi saya suka elakan keluar selalu hanya untuk beli barang. Mungkin makanan bukan masaalah besar buat keluarga saya. Alhamdulillah. Namun Allah uji pula yang lainnya. Tiga orang cucu sekolah rendah dan Taska menjadi masaalah bagaimana mahu mengisi masa lapang yang banyak kerana tidak perlu ke sekolah. Abi dan Mummy pergi ke Kebun yang agak jauh, iaitu sejam perjalanan kereta. Musim Lock Down ini nanti tidak tahu boleh kerja ke kebun atau tidak. Masalah Air belum selesai walaupun hampir setahun kami memohon. Saya kurang faham peraturan SOP kerja yang bagaimana yang menyebabkan sukar mendapat bekalan air ke kebun. 

Saya kata pada anak-anak saya jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Bersabar dan berusaha. Semoga Wabak ini akan berlalu dan akan akan kembali hidup yang lebih teratur. Saya sudah register untuk vaksin yang di buat oleh anak saya. Tetapi katanya ada masaalah pula. Maka saya kurang faham untuk cerita di sini. Anak saya akan usahakan dan semoga ikhtiar melalu vksin akan Allah mudahkn. Saya tidak mahu cerewet kerana saya dengari sediri cerit konspirasi wabak dan Vaksin. Saya fokus usaha saya atas apa yang kerajaan susunkan. Semoga semua terpelihar dan semoga lancar dan hidup ini kembali teratur.
Aamiin ya Rabb.....


Friday, May 28, 2021

SERAM SAYA MENDENGARI INI, JANGAN TANGGUH LIHAT!.....@ Konstatainpole , Turki & Peperangan Akhir Zaman.


Bismillah Calligraphy 36.svg


Alhamdulillah Allah swt kurnia saya dapat merasai seram.
 Hari ini Hari Jumaat, Semoga saya dapat menginsafi diri dan dapat
 berbuat sesuatu yang akan memberi munafaat bukan
 pada diri sendiri dan keluarga sahaja tetapi juga 
semua keluarga Islam di mana jua.
Semoga hasrat saya kesampaian dalam keredhaan Allah.

Jom kita cari jalan bagaimana kita dapat memunafaatkan umur kita,
tidak mengira kita tua atau muda. Umur Allah Swt yang punya
dan kita doa semoga semua usaha kita menjurus ke arah
mendapat kurnia Redha Allah jua.

Salam Jumaat semoga kita selamat sejahtera dunia dan akhirat.
Semoga Allah kurnia akhir hayat kita dalam
perjuangan Jihad di Laut atau di Darat mendirikan Kebenaran Allah Swt.


SUDAH LAMA FIKIR-FIKIR......@ Freemason: Gerakan Yang Menghancurkan Negara Islam Dari Dalam.


Bismillahgreen.jpg

Pernah saya cerita sedikit sebelum ini masaalah kehidupan
 manusia umumnya
 dan kita orang Islam khususnya, di mana jua kita berada.
Ia ada kaitan terus dengan apa yang diceritakan oleh Ustaz dalam video yang kongsikan malam ini. Saya berhadapan dengan ahli keluarga besar yang belum berapa memahami fenomena Freemason dan kaitannya dengan kehidupan harian kita. Contohnya program di TV yang kita lihat harian. Pengaruh Freemason ada tetapi amat halus dan jika belum memahami fenomena ini
 maka siapa jua yang menonton akan terlepas pandang.

JOM kita lihat dan amati dengan lebih teleti semoga kita dapat dengan cara beransur-ansur memberi kefahaman pada keluarga
 besar kita akan fenomena ini.
Saya amat khuatir kecelaruan beberapa hal dalam negara kita ini
 pun disebabkan pengaruh Freemason sudah menular dan 
ramai kita yang belum menyedari.
JOM kita lihat dan kita fikir-fikir dan kita simpulkan dengan doa semoga Allah memberi Taufiq dan HidayahNya pada semua kita di Malaysia ini.
Semoga Allah selamatkan Malaysia dunia dan akhirat.
Aamiin ya Rabb..... 


Thursday, May 27, 2021

MENGERIKAN dan MENJIJIKAN ...... @ laporan Gravitas: Mouse plague in Australia


Basmalah.svg

Terkejut melihat laporan ini. Wabak Tikus di Australia.
Maaf, pagi-pagi yang hening ini terpaksa cerita pasal TIKUS.
Semoga tidak menjangkiti Malaysia.
Kita harus rasa Insaf mengapa Allah turunkan Wabak seperti ini.
Buat saya bertambah yakin bahawa Akhir Zaman
 sememangnya sudah amat hampir.
JOM buat persiapan diri Zahir dan Batin.
Semoga Allah menurunkan Pertolongan dan RahmatNya
 yang tidak terhingga buat kita semua.
Aamiin ya Rabb....


Wednesday, May 26, 2021

MIKO SANGAT MARAH....SAYA LAGI MARAH....@Miko Peled - Gaza


Bismillah Calligraphy 2.svg

Kata Ustaz Palastine akhirnya akan menang.
Miko Peled adalah warga Israel kaum Yahudi. Namun beliau sangat kuat
mempertahankan Kebenaran Perjuangan Palastine.
JOM dengari dengan semangat. Semoga bemunafaat.
(lihat perkongsian video sebelum entry ini)

MOHON PERHATIAN IKHLAS....@ Miko Peled: Beyond Zionism, Part 2


Bismillah Calligraphy 2.svg

Kalau belum lihat Part 1, lihat dahulu untuk kesinambungan maklumat.
Salam. Semoga bermunafaat.


MOHON PERHATIAN IKHLAS ..... @Miko Peled: Beyond Zionism, Part 1


Bismillah Calligraphy 2.svg

Kebelakangan ini saya rasa amat sedih dan rasa amat bersalah
 kerana tidak memahami masaalah Palestine yang di Zalimi oleh 
 Yahudi Zionists secara menyeluruh.
 Nyata sekarang ini bahawa yang saya tahu amatlah sedikit dan
 kebanykannya dari sudut pendapat orang Islam.

Allah Izin saya terjumpa dalam Utube beberapa channel yang
 membincangkan fakta yang saya sememangnya harus tahu.
 Kalau pun tidak sepenuhnya saya mampu menolong, 
sekurang-kurangnya saya harus lebih memahami supaya dapat
 bercerita dengan anak cucu dengan lebih berkesan. Saya kongsikan di sini beberapa channel yang saya ikuti.
 Maaf tidak ada terjemahan
 ke Bahasa Malaysia. Ikutilah sahaja sebab Allah yang akan
 memberi kefahaman sebenarnya.

Sedit maklumat mengenai Miko Peled.
Beliau berbangsa Yahudi dan pengarang sebuah buku
"The General's Son".
Bapanya ternama dalam angkatan tentera Yahudi tetapi punya
 perasaan yang jarang-jarang kita dapati pada Yahudi Zionist.
 Ikutilah video-video yang insya Allah saya kongsikan seterusnya.
 Dicelah-celah ceramah beliau kita akan memahami lagi
 sikap Miko Peled ini
 dan saya amat menghargai perkongsiannya hinggalah
 saya berdoa semoga Allah kurnia Taufiq dan Hidayah padanya
dan semoga beliau akan
memeluk Islam, termasuk semua keluarganya.

Ikutilah, Semoga bermunafaat. Fahaman yang bertambah semoga
 akan mendorong kita menjadi lebih menginsafi diri
 dan dapat bergiat lebih membantu Palestine dalam 
apa jua kemampuan yang ada.
Semoga Allah sentiasa menolong perjuangan Palalestine
dan semoga Allah kurnia kemenangan dan kesejahteraan akhirnya.
Aamiin ya Rabb...


Tuesday, May 25, 2021

HATI SAYA BERSAMA....@Lagu Kebangsaan PALESTINA - Fida'i (فدائي)


BISMILLAH.JPG


JOM DENGARI.
Tetapi lihat dulu video yang saya 
kongsikan sebelum ini untuk
sama-sama merasakan semangat
Lagu Kebangsaan Palestine ini.
 
DEMI MASJID AL AQSA
DAN DEMI ISLAM SELURUHNYA.
SAYA SAYANG PALESTINA.


Monday, May 24, 2021

DEMI KEMANUSIAAN, LIHAT INI......@Exclusive interview: Honest Israeli Jew tells the Real Truth about Israel


BISMILLAH.JPG

Rasa marah dan dendam mendengari Video di atas ini.
Jangan menyesal jika bertangguh melihat dan mendengariya.

Maklumat di atas akan lebih bermakna lagi jika kita dapat ikuti apa
 yang alQuran kata mengenai keturunan orang Yahudi.
Jika belum kesempatan, lihat ini dahulu.
Semoga bermunafaat. Semoga semangat timbul di hati kita 
untuk membantu Palestine  
membenteras kezaliman Israel dan sekutu-sekutunya.

Ya Allah, Ya Rabb selamatkanlah Bumi Palestine dan Masjidil Aqsa.
Aamiin, Ya Rabbalaalamiin.

Semoga Allah mengurnia Petunjuk dan Hidayah pada tetamu
dalam interview ini dan semoga beliau dapat membantu Palestine
 secara langsung. Aamiin.


Bila sudah tua baru merasainya....@ Menghargai Umur.



Bismillah Calligraphy 2.svg

Alhamdulillah Allah kurnia kesemptan pagi ini untuk buat sedikit catatan.
 Kes Covid19 merunsingkan juga kerana saya adalah kumpulan rakyat
 umur dewasa tua yang belum mengambil tindakan untuk ambil Vaksin.
 Beberapa maklumat yang saya baca sejak bermula wabak ini membuat saya
 rasa agak khuatir tentang apa yang sebenarnya berlaku 
sekarang di Malaysia dan di dunia luar sana berkaitan konspirasi vaksin dan
 tentang kuasa besar dunia yang mahu membentuk The New World Order
 dan apa kaitannya dengan wabak Corona ini dan penduduk dunia umumnya.

Saya dinasihatkan oleh keluarga besar saya supaya segera register
 untuk mendapat suntikan vaksin. Saya akur dan sekarang ini saya
 munajat sedikit mengadu pada Allah
 semoga apa yang saya insya Allah akan lakukan ini adalah 
satu tindakan yang baik buat saya dan juga yang terbaik di sisi Allah.

Saya sering ingat bahawa semasa muda dahulu, semasa masih bekerja, 
saya tidak mendapat panduan bagaimana berfikir secara bijaksana
 dengan sentiasa merujuk pada  hakikat bahawa hanya Allah yang maha tahu
 apa yang terbaik buat diri kita.
 Ada tendency buat diri saya untuk berfikir sendirian dan hanya bertanya 
pada diri tanpa menyedari sepenuhnya bahawa diri saya ini
 masih kosong tanpa pengisian  yang secukupnya untuk berbuat sesuatu dengan
 memerikasa sama ada Allah redha dengan tindakan saya itu atau tidak. 
Saya kurang faham apa kaitan hakikat
 orang yang beriman vis-a vis perancangan Allah atas diri kita.

Dengan lain perkataan saya tidak sedar bahawa pendidikan yang saya lalui 
hingga ke University tidak banyak kaitannya dengan hidup
 tenang dan bahagia dari aspek keredhaan Allah. Saya tidak memahami
 bahawa Iman dan taqwa bukan hanya
 menunaikan rukun Iman dan Islam secara formal dan fisikal 
tetapi ia ada kaitan terus
 dengan wadah cara kita berfikir.
 Kita tidak boleh berfikir berseorangan tanpa
  secara terus memohon pertolongan Allah. Saya banyak guma logik
 tanpa menyedari bahawa fakta logik tidak semestinya suatu 
yang benar di sisi Allah.

Seorang anak dewasa saya pernah mengatakan pada adiknya bahawa
 jangan nak "cerita" banyak padanya kerana dia mengatkan bahawa 
dia lebih banyak membaca dari adiknya. 
Terkejut saya mendengari kerana anak saya itu tidak menyedari bahawa 
dalam membaca pun pengaruh Syaitan itu sentiasa ada di sekelilingnya. 
Terutamanya jika yang kita baca itu dari penulis atau pengarang
 yang belum beriman pada Allah swt. 
Kita sering tertipu dengan ilmu yang kita baca jika kita membaca 
 tanpa menghadap guru yang Mursyid, ia itu guru yang diiktiraf sebagai
 ulamak yang sudah diyakini ramai bahawa Ilmu dan amalannya itu 
selaras dengan kehendak alQuran dan Hadith.
 Maka saya sering menasihati anak-anak saya bahawa membaca
 dan mengikuti Ilmu dari Utube itu belum mencukupi. 
Ia tidak salah tetapi ia belum mencukupi. Kita mesti menghadap guru.
 Carilah jalan untuk menghadap Guru. Membaca buku dan kitab itu 
adalah usaha tambahan bukan usaha pokok.
Alhamdulillah saya menyedari ini pun ketika saya sudah amat dewasa apabila 
saya mula menghadap guru. Namun sekarang saya terhalang kerana 
umur sudah dewasa tua dan sudah kurang kemampuan fisikal untuk
 mencari Guru di majlis-majlis Ilmu.


Demikian juga dengan suami saya. Sekarang ia hanya dapat 
berbincang-bincang sedikit dengan adik beradik yang lebih Ilmunya dan seorang 
anak saya yang kami hantar belajar di Jordan. Anak saya tidak konfiden
 menjawab semua soalan yang kami tanyakan. Tetapi ia akan mencari dari
 guru-guru di luar untuk dibawa balik buat rujukan kami di rumah.
 Alhamdulillah. Semuanya  dari izin Allah jua.

Antara yang kami sedari dan lebih menginsafi hakikat ialah bahawa semua yang kita 
rasa dan yang kita dapat capai dan selesaikan itu sebenarnya
 adalah kurniaan Allah. Bukan kita yang hebat dan pandai. Sebab itu sekarang 
saya kata pada anak-anak buah yang muda-muda bahawa apa jua kejayaan
 yang dicapai kita mesti nisbahkan pada Allah. "Ha za min fadhli Rabbi".
"Kesemuanya ini adalah kurniaan Tuhan ku".
Dengan memahami ini kita akan lebih menginsafi diri
 dan dapat meletakan 'Ego" kita pada tempatnya.


Antara nasihat dari seorang ustaz bagaimana mahu menundukan Ego sendiri
 ialah dengan menumpu pandangan kita pada "bumi"..... iaitu tanah.
 Nabi Adam AS dan kita semua Allah jadikan dari Tanah.
Maka kita harus ikut "perangai" Tanah. Orang pijak-pijak, 
campak najis kat Tanah pun....
 Tanah tetap Tanah. TANAH tidak terasa terhina pun.
 Malahan Tanah tetap berkhidmatan untuk manusia dan
 lain-lain makhluk Allah.
Cuba fikirkan dengan mendalam....
Betapa kita salah tafsir mengenai kejadian manusia.

Ingat....kita TANAH. Maka jangan sombong dan bermegah-megah.

Dua minggu dahulu (lebih kurang) saya mendapat berita sedih megenai 
seorang teman akrab yang Allah uji dengan menerima ujian sakit "yang tidak ada ubatnya....dalam sains".
Beliau berumur dua tahun muda pada saya. Beliau tidak dapat 
makan dan minum dengan baik.
 Ia mudah lupa dan sekarang tidak lagi dapt bertutur dengan jelas.
 Bacaan dalam solat pun susah mahu dibentuk. 
Sedih saya dengari dari WAnya. 
Saya google maklumat lanjut dan rasa terkejut bahawa sakitnya itu
 berkaitan dengan saraf. 
Saya tidak bertujuan menerangkan jenis sakit seperti ini. 
Cukup maklumat yang sedikit buat saya.
Di umur dewasa tua ini saya mudah rasa sedih.
 Dahulu bila melihat orang tua saya
 tidak menyangka bahawa orang tua itu mudah rasa sedih.
 Terigatkan Emak saya dan hanya doa pada Illahi sahaja yang dapat
 saya terus ulangi semoga Emak saya bahagia di alam barzah
 dan semoga kami dapat bertemu semula di Syurga Firadus nanti
 bersama Bapak dan semua yang saya sayang.
Aamiin ya Rabb...


Saturday, May 22, 2021

Palestine won | SAYA SAYANG PALASTINA


Bismillah gold.svg

Untuk semua sahabat-sahabat budiman.
Saya sayang Palestine.
JOM dengari.


Friday, May 21, 2021

KITA RA'IKAN KEMENANAGAN PALASTINA......@ Mohamed Tarek & Mohamed Youssef sholawat | محمد طار...


Bismillah Calligraphy 45.svg

Kita Ra'ikan Bersama Rakyat Palastine Kemenanagan 
Peperangan Membebaskan Masjidil Aqsa.
JOM kita Bersolawat.


Peperangan Tamat? ......@ Kita alih perhatian buat sementara.

 


Bismillah Calligraphy5.svg

Hari ini di beritakan Gencatan Senjata peperanag 
Palestine V Israel disahkan.
Saya rasa agak lega dengan harapan Allah Izin ini berlaku
semoga Palestine akan mencapai kejayaan yang Allah swt
 rencanakan terbaik di sisiNYA bagi umat Islam
 di Palestine khusnya
 dan Umat Islam sedunia umumnya. Aamiin.

Oleh kerana sibuk mengikuti kisah perang saya tidak kesempatan 
cerita Eduil Fitri Mubarak tahun ini.
Hari Raya tahun ini sunyi dan terasa kecemasan di Palestine 
walaupun secara jarak jauh.Tetamu tidak dibenarkan kerana wabak
Covid 19. Maka kelihatan rumah saya lengang sahaja. Namun, Alhamdulillah.
Apa jua yang Allah izin berlaku pasti ada hikmahnya.
Saya berdoa apa jua yang Allah tentukan buat kita itu
 adalah yang terbaik di sisiNya.

Kami makan pagi bersama anak, anak menantu dan cucu-cucu.
 Seorang anak lelaki lain duduk dengan saya kerana
 anak isterinya sudah berpindah ke Kedah. Semoga kesejahteraan
 buat kami semua dalam apa jua keadaan yang ada.

Dalam kesunyian esuk harinya saya keluar melihat-lihat suasana di tepi
 tasik di hadapan rumah saya. Ramai juga yang berbasikal
dan jogging. Ini dibenarkan mengikut SOP yang berkuatkuasa.
Alhamdulillah, rasa terhibur sedikit.




Seorang teman akrab berminat bertanam maka dia tanam pisang dan
 betik dan mempelam di kawasan berhampiran rumah saya.
 Ini buat hati saya rasa tenang melihat kehijauan.

Tiada apa yang dapat dikongsikan cerita Hari Raya kali ini. 
Saya ada jiran baru dari keturunan Arab dan saya minta anak saya mengirim makanan Melayu rendang dan yang sepertinya
tanda silaturahim kejiranan. Saya hantar juga makanan pada adik
yang berjiran dengan saya.

Itu sahaja cerita saya sebagai melepaskan fikiran dari kesedihan
 peperangan di Gaza dan Baitul Maqdis.
Salam buat semua.


Thursday, May 20, 2021

Semoga Kita Bersama Pejuang Yang Benar-Benar Beriman Bertaqwa Menegakkan ISLAM....@ALLAH EXPOSES THE HYPOCRITES OF THE WORLD 2021


Bismillah Calligraphy 2.svg

Semoga kita sentiasa di Jalan yang Lurus dan memahami
Siapa dia Pengkhianat dan siapa dia Munafiq.
Kata usataz mereka akan berakhir di level bawah sekali
 di Neraka Jahanam 
dan tinggal di sana selamanya.
Ya Allah Peliharalah kami dari jadi Munafiq.
Kami mohon mendapat Petujuk Hidayah MU sentiasa dan selamanya.
Aamiin ya Rabb...


BILA ARAB ISLAM TIDAK SEBULU....@Not only America helps Israel, 4 Arab countries ignore Palestine | Indon...


Bismillah Calligraphy 66.svg


Subhanallah...Pagi-pagi lagi saya sudah rasa sedih. 
Isu hal Palestine tidak semua Negara Arab bersefahaman kerana saya rasa
 matlamat hidup dan mati tidak sejajar.
Di Malaysia saya pun merasai orang-orang yang mengaku Islam
 tidak sehaluan jalan. Harapan saya ini salah sangka.
Ini juga buat saya rasa sedih. Semoga Allah menunjuki Jalan yang Benar.
Aamiin ya Rabb....



SETIAP YANG BERIMAN ALLAH KURNIA PEMBELAAN.....@When Allah takes Grasp of the Oppressor | Shaykh Dr. Yasir Qadhi | Khatira


Bismillah Calligraphy 2.svg

JOM Ikuti video ini dan kita bantu Palestine ikut
 kemampuan kita yang ada.
Doakan mereka setiap Waktu.
Semoga Allah kurnia Pembelaan.


Wednesday, May 19, 2021

Dendam Bangsa Yahudi Dari Zaman Ke Zaman... Ustadz Adi Hidayat|| GMG Crew


Bismillah Calligraphy23.svg

SEDIH mendengari cerita Palestine dan kezaliman Yahudi.
Allah izin jumpa video di atas. Saya terkesan mendengari Ustaz Adi Hidayat
 sebab banyak fakta saya tidak tahu, terutamanya mengenai timbulnya 'Syiah'.
Alhamdulillah. Jika anda ada masa saya rokomen lihat.
Semoga bermunafaat.


Related Posts with Thumbnails