Keputusan Kerajaan untuk Total Lockdown buat saya adalah keputusan yang baik. Saya tidak nampak jalan lain. Sekurang-kurangnya inilah yang terbaik untuk dua minggu akan datang.
Saya bukan orang politik maka saya kecewa mendengari ada pihak-pihak yang tidak bersetuju sepenuhnya dengan keputusan ini. Pada pendapat saya 'janganlah cari masalah tambahan. "At this point nobody is any wiser". Ikut sahajalah buat masa 2 minggu ini. Bagi ruang untuk the Front Liners
berbuat sesuatu untuk menambah baik cara kita mengatasi Wabak ini'. The Front Liners sudah merasai kepenatan dan tekanan untuk berbuat yang terbaik. Kita harus hargai. Jangan hanya cari salah. Kalau tidak ada kemampuan membantu secara langsung maka saya rasa elok banyakan doa semoga Allah swt mudahkan Malaysia mengatasi masaalah ini. Pada pendapat saya kalau hari ini kita tukar Kerajaan pun, saya tidak rasa mereka akan boleh berbuat sesuatu yang lebih baik dengan sekelip mata dari apa yang di putuskan sekarang. Malaysia menghadapi kekangan dan bukan mudah dengan "memetik jari" semua masaalah selesai.Mengapa kita harus tambah serabut pada keadaan yang sudah cukup merisaukan.
Saya sudah dewasa tua, golongan warga emas. Kini 76 tahun mengikut kiraan kalender Hijrah.
Dulu saya pegawai kerajaan selama 33 tahun dan amat mengerti dan memahami masaalah pegawai kerajaan. Sememangnya ada pegawai kerajan yang kurang pintar atau pintar tetapi dalam bidang dan urusan lain, dan jika hanya bergantung pada kepintaran Menteri sahaja maka akan timbul juga masaalah. Sedikit sebanyak begitulah biasanya.
Parti Pembangkang kalau jadi Kerajaan pun akan berdepan dengan masaalah kaki tangan dan pegawai Perkhidmatan Awam yang sama. Sebab itu saya rasa dalam keadaan sekarang semua pihak, termasuk rakyat, harus berlapang dada dan bergotong royong sama-sama berbuat apa yang patut dn terdaya untuk memastikan usaha kerajaan yang ada ini berjaya. Jika tidak berjaya kita lihat juga pada prinsip pegangan Iman kita bahawa tidak ada sesuatu yang Allah swt Izin berlaku yang tidak ada hikmahnya. Kita muhasabah diri, semua kita Rakyat dan Pemimpin di mana jua, sama-sama dan dengan ikhlas muhasabah diri untuk mencari penyelesaian pada masaalah yang sama. Tidak ada manusia yang sempurna. Kita ikut contoh Sahabat-sahabat Rasulullah saw bagaimana mereka menyelesai masaalah.
Maaf yea, pagi ini saya rasa tersedih melihat apa yang berlaku dan meluahkan sedikit rasa hati. Saya bukan orang baik, tetapi saya ingin menjadi orang baik di sisi yang Maha Pencipta. Semoga Allah menganugerah kesabaran yang tinggi buat saya dan semoga saya dapat membantu dari sudut menasihati dan membantu keluarga besar saya dalam menghadapi masaalah WabakCovid19 ini. Dimana yang termampu saya bantu kewangan dari wang jimatan gaji dan wang pencen saya yang tidak seberapanya. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Semoga Allah meredhai.
Maka usaha saya amat kecil tetapi saya buat sedikit yang terdaya. Saya kata pada anak-anak saya supaya berjiamt dalam semua hal dan apa jua jimatan yang kita dapat kumpul kita bagi pada ahli keluarga besar dahulu dan kemudian pada orang lain.
Saya bercerita sedikit hal kehidupn saya semasa saya membesar dahulu. Saya sempat bertemu keadaan di mana keluarga saya makan nasi campur ubi kayu. Ada kalanya saya makan nasi hanya sekali sehari. Selainnya kami makan ubi keladi keledek yang bapak saya tanam. Maka hari ini saya kata pada anak cucu bahawa kita boleh makan nasi dengan kicap dan telur goreng. Ini amat memadai dan apa jua jimatan kita hulurkan pada keluarga besar yang susah dan memerlukan. Nanti habis musim wabak ini kita boleh hidup seperti biasa dengan izin Allah. Saya minta anak-anak jimatkan penggunaan hawa dingin di rumah supaya ada penjimatan bayaran letrik. Jika ada tambahan jimatan kita bagi pada keluarga yang susah. Kita contohi pelarian perang.
Makan seadanya, insya Allah dihujung kesusahan ada kesenanagan.
Maaf saya bercerita begini. Bukan tujuan menunjuk, tetapi sekadar berkongsi dan mewariskan pengalaman hidup pada generasi muda dalam keluarga besar saya.
Foto di atas saya kongsikan bagaimana suami saya melatih cucu yang istimewa supya tidak tinggal solat lima waktu untuk permulaan. Ini semasa PKP 1.0 dan 2.0 yang lalu. Dalam PKP 3.0 ini tidak akan ada peluang bermesra seperti biasa. Tidak mengapa dan kami cuba memahmi. Semoga bila tamat wabak kovid19 ini Allah kurnia keselesaan dan kegimbiraan. Aamiin.
Barang makanan di rumah tinggal sedikit. Esuk 31 Mei saya minta anak menantu perempuan saya membeli banyak sedikit barang keperluan dapur supaya tidak perlu selalu keluar rumah. Bukan takut tidak mencukupi bekalan barangan di kedai tetapi saya suka elakan keluar selalu hanya untuk beli barang. Mungkin makanan bukan masaalah besar buat keluarga saya. Alhamdulillah. Namun Allah uji pula yang lainnya. Tiga orang cucu sekolah rendah dan Taska menjadi masaalah bagaimana mahu mengisi masa lapang yang banyak kerana tidak perlu ke sekolah. Abi dan Mummy pergi ke Kebun yang agak jauh, iaitu sejam perjalanan kereta. Musim Lock Down ini nanti tidak tahu boleh kerja ke kebun atau tidak. Masalah Air belum selesai walaupun hampir setahun kami memohon. Saya kurang faham peraturan SOP kerja yang bagaimana yang menyebabkan sukar mendapat bekalan air ke kebun.
Saya kata pada anak-anak saya jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Bersabar dan berusaha. Semoga Wabak ini akan berlalu dan akan akan kembali hidup yang lebih teratur. Saya sudah register untuk vaksin yang di buat oleh anak saya. Tetapi katanya ada masaalah pula. Maka saya kurang faham untuk cerita di sini. Anak saya akan usahakan dan semoga ikhtiar melalu vksin akan Allah mudahkn. Saya tidak mahu cerewet kerana saya dengari sediri cerit konspirasi wabak dan Vaksin. Saya fokus usaha saya atas apa yang kerajaan susunkan. Semoga semua terpelihar dan semoga lancar dan hidup ini kembali teratur.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment