Alhamdulillah Allah kurnia kesemptan pagi ini untuk buat sedikit catatan.
Kes Covid19 merunsingkan juga kerana saya adalah kumpulan rakyat
umur dewasa tua yang belum mengambil tindakan untuk ambil Vaksin.
Beberapa maklumat yang saya baca sejak bermula wabak ini membuat saya
rasa agak khuatir tentang apa yang sebenarnya berlaku
sekarang di Malaysia dan di dunia luar sana berkaitan konspirasi vaksin dan
tentang kuasa besar dunia yang mahu membentuk The New World Order
dan apa kaitannya dengan wabak Corona ini dan penduduk dunia umumnya.
Saya dinasihatkan oleh keluarga besar saya supaya segera register
untuk mendapat suntikan vaksin. Saya akur dan sekarang ini saya
munajat sedikit mengadu pada Allah
semoga apa yang saya insya Allah akan lakukan ini adalah
satu tindakan yang baik buat saya dan juga yang terbaik di sisi Allah.
Saya sering ingat bahawa semasa muda dahulu, semasa masih bekerja,
saya tidak mendapat panduan bagaimana berfikir secara bijaksana
dengan sentiasa merujuk pada hakikat bahawa hanya Allah yang maha tahu
apa yang terbaik buat diri kita.
Ada tendency buat diri saya untuk berfikir sendirian dan hanya bertanya
pada diri tanpa menyedari sepenuhnya bahawa diri saya ini
masih kosong tanpa pengisian yang secukupnya untuk berbuat sesuatu dengan
memerikasa sama ada Allah redha dengan tindakan saya itu atau tidak.
Saya kurang faham apa kaitan hakikat
orang yang beriman vis-a vis perancangan Allah atas diri kita.
Dengan lain perkataan saya tidak sedar bahawa pendidikan yang saya lalui
hingga ke University tidak banyak kaitannya dengan hidup
tenang dan bahagia dari aspek keredhaan Allah. Saya tidak memahami
bahawa Iman dan taqwa bukan hanya
menunaikan rukun Iman dan Islam secara formal dan fisikal
tetapi ia ada kaitan terus
dengan wadah cara kita berfikir.
Kita tidak boleh berfikir berseorangan tanpa
secara terus memohon pertolongan Allah. Saya banyak guma logik
tanpa menyedari bahawa fakta logik tidak semestinya suatu
yang benar di sisi Allah.
Seorang anak dewasa saya pernah mengatakan pada adiknya bahawa
jangan nak "cerita" banyak padanya kerana dia mengatkan bahawa
dia lebih banyak membaca dari adiknya.
Terkejut saya mendengari kerana anak saya itu tidak menyedari bahawa
dalam membaca pun pengaruh Syaitan itu sentiasa ada di sekelilingnya.
Terutamanya jika yang kita baca itu dari penulis atau pengarang
yang belum beriman pada Allah swt.
Kita sering tertipu dengan ilmu yang kita baca jika kita membaca
tanpa menghadap guru yang Mursyid, ia itu guru yang diiktiraf sebagai
ulamak yang sudah diyakini ramai bahawa Ilmu dan amalannya itu
selaras dengan kehendak alQuran dan Hadith.
Maka saya sering menasihati anak-anak saya bahawa membaca
dan mengikuti Ilmu dari Utube itu belum mencukupi.
Ia tidak salah tetapi ia belum mencukupi. Kita mesti menghadap guru.
Carilah jalan untuk menghadap Guru. Membaca buku dan kitab itu
adalah usaha tambahan bukan usaha pokok.
Alhamdulillah saya menyedari ini pun ketika saya sudah amat dewasa apabila
saya mula menghadap guru. Namun sekarang saya terhalang kerana
umur sudah dewasa tua dan sudah kurang kemampuan fisikal untuk
mencari Guru di majlis-majlis Ilmu.
berbincang-bincang sedikit dengan adik beradik yang lebih Ilmunya dan seorang
anak saya yang kami hantar belajar di Jordan. Anak saya tidak konfiden
menjawab semua soalan yang kami tanyakan. Tetapi ia akan mencari dari
guru-guru di luar untuk dibawa balik buat rujukan kami di rumah.
Alhamdulillah. Semuanya dari izin Allah jua.
Antara yang kami sedari dan lebih menginsafi hakikat ialah bahawa semua yang kita
rasa dan yang kita dapat capai dan selesaikan itu sebenarnya
adalah kurniaan Allah. Bukan kita yang hebat dan pandai. Sebab itu sekarang
saya kata pada anak-anak buah yang muda-muda bahawa apa jua kejayaan
yang dicapai kita mesti nisbahkan pada Allah. "Ha za min fadhli Rabbi".
"Kesemuanya ini adalah kurniaan Tuhan ku".
Dengan memahami ini kita akan lebih menginsafi diri
dan dapat meletakan 'Ego" kita pada tempatnya.
Antara nasihat dari seorang ustaz bagaimana mahu menundukan Ego sendiri
ialah dengan menumpu pandangan kita pada "bumi"..... iaitu tanah.
Nabi Adam AS dan kita semua Allah jadikan dari Tanah.
Maka kita harus ikut "perangai" Tanah. Orang pijak-pijak,
campak najis kat Tanah pun....
Tanah tetap Tanah. TANAH tidak terasa terhina pun.
Malahan Tanah tetap berkhidmatan untuk manusia dan
lain-lain makhluk Allah.
Cuba fikirkan dengan mendalam....
Betapa kita salah tafsir mengenai kejadian manusia.
Ingat....kita TANAH. Maka jangan sombong dan bermegah-megah.
Dua minggu dahulu (lebih kurang) saya mendapat berita sedih megenai
seorang teman akrab yang Allah uji dengan menerima ujian sakit "yang tidak ada ubatnya....dalam sains".
Beliau berumur dua tahun muda pada saya. Beliau tidak dapat
makan dan minum dengan baik.
Ia mudah lupa dan sekarang tidak lagi dapt bertutur dengan jelas.
Bacaan dalam solat pun susah mahu dibentuk.
Sedih saya dengari dari WAnya.
Saya google maklumat lanjut dan rasa terkejut bahawa sakitnya itu
berkaitan dengan saraf.
Saya tidak bertujuan menerangkan jenis sakit seperti ini.
Cukup maklumat yang sedikit buat saya.
Di umur dewasa tua ini saya mudah rasa sedih.
Dahulu bila melihat orang tua saya
tidak menyangka bahawa orang tua itu mudah rasa sedih.
Terigatkan Emak saya dan hanya doa pada Illahi sahaja yang dapat
saya terus ulangi semoga Emak saya bahagia di alam barzah
dan semoga kami dapat bertemu semula di Syurga Firadus nanti
bersama Bapak dan semua yang saya sayang.
Aamiin ya Rabb...
No comments:
Post a Comment