Alhamdulillah hari ini genap umur saya 76 tahun mengikut kiraan Hijriah.
Amat bersyukur dan semoga Allah terus kurnia umur yang bermunafaat
buat diri dan buat orang lain yang memerlukan yang berada di sekeliling kita. Allahumma Amiin.....
Hari ini rasa marah juga bila tahu Yahudi Zionist yang menjajah Palestine
merusuh dan membunuh penduduk di dalam dan di kawasan MasjidilAqsa.
Sama-sama kita mohon doa semoga Allah menyelamatkan
kaum yang di zalimi di Gaza dan di mana jua.
JOM kita dengari apa kata Ustaz Mohib dalam video di atas.
Saya rasa insaf tiada kemampuan membantu orang-orang Palestine.
Saya cuba memahami apa yang berlaku di Palestin dan
vis-a-vis apa yang berlaku
di luar Palestine. Dengari cerita orang Islam yang mengaku
dirinya Islam tetapi dalam masa yang sama memusuhi umat Islam.
Kita awasi juga apa yang berlaku dikalangan kita di negara kita.
Tetapi kita jangan putus asa dengan Rahmat Allah.
Buat sahaja apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.
Lihat juga keberanian orang-orang Palestine. Mereka berpegang teguh pada
apa yang Nabi kita Muhammad saw ajarkan: "Solat seperti
yang engkau lihat aku solat". Virus Corona habis lari betempiaran.
Saya yakin akan fakta ini. Virus pun adalah makhluk Allah.
Allah sentiasa memihak pada yang Benar.
Dan Allah akan memberi orang yang beriman dan bertaqwa
Kemenangan di hujung perjuanagan.
Semoga kita menjadi sebahagian dari orang-orang yang
beriman dan bertaqwa.
Aamiin ya Rabb..
No comments:
Post a Comment