Nostalgia Hari Buruh aka Hari Pekerja.
Saya anggap saya buruh, keturunan buruh pendatang dari Tanah Jawa.
Foto di atas saya kongsikan semula sebagai kenanagan bertugas
bersama teman-teman di Garut
(3 jam dengan kereta dari Bandung)
membantu membina sebuah sekolah menengah tajaan seorang
pengusaha Malaysia yang mahu berjasa
membantu penduduk tempatan.
Alhamdulillah tinggal kenangan manis dalam tahun 2009-2010.
Kita semua hakikatnya adalah pekerja. Semoga kita tidak sombong sebab keturunan bangsawan atau orang-orang yang Allah kurnia punya Harta di dunia.
Malahan saya fikir eluk kalau kita semua anggap diri hamba......
Taraf Hamba yang kita berdoa Allah iktiraf kita.
Semoga menjadi Hamba Allah yang sempurna. Sama-sama
doa sempena Malam-malam Terkhir
Ramadhan alMubarak 1442 Hijrah/ Mei 2021 M.
Sama-sama mohon semoga sentiasa dalam
Perlindungan Allah swt jua.
Aamiin Allahumma Aamiin.
No comments:
Post a Comment