Alhamdulillah Allah kurnia umur hingga selesai Ramadhan Mubarak.
(Semoga umur yang bermunafaat)
Kini dengan Izin Allah jua kita menghadapi pula masaalah Palestine yang diserang oleh Yahudi Zionist membunuh mereka yang Solat di Masjid AlAqsa dan kemudian di wilayah yang berhampiran pula.
Masaalah alAqsa adalah masaalah semua Muslim seluruh dunia.
Kita satu ummah dan "cubit peha kiri peha kanan sakit juga".
Ini lebih dari itu.
Saya sekarang kongsikan Video dari Camp Zionist yang melaporkan apa yang berlaku di Palestine sekarang. Panjang video ini. Tidak perlu dengari semua kerana ini adalah propaganda zionist. Dengari sedikit untuk update apa yang sedang berlaku. Mereka tetap menuduh Palestine yang bersalah.
Ini satu penipuan dan satu dunia pun tahu, cuma ada yang
simpati dan ada yang berdengki.
Sesiapa yang belum memahami perangai Zionist eluk dengari semua kerana ini boleh membuka minda dan tahu bagaimana ada negara Islam
yang "senyap-senyap" bersimpati dengan perjuangan mereka
semata-mata kerana tidak mahu sengsara sedikit pun hidup di dunia sekarang. Kemewahan dunia masih menjadi ajenda utama dalam hidup mereka.
Di samping video di atas kita Muslim harus berwaspada bagaimana
Zionist menipu kita untuk keuntungan mereka dalam kehidupan harian.
Amat halus strategi dan tindakan mereka hingga kita tidak menyedari.Mereka gunakan maklumat dalam Bible kononya mereka ini umat pilihan Tuhan
dan semua yang tidak suka Israel memnag patut di perangi.
Maka kita harus banyakan munajat pada Allah melalui Solat dan lain-lain
semoga kita sentisa merasai penipuan itu dan Semoga Allah memelihara
kita hingga ke akhir hayat kita. Aamiin...
Jom dengari dan lepas itu ikuti pula perkongsian video saya dalam
entry yang berikutan ini....insya Allah.
No comments:
Post a Comment