"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 21, 2021

Peperangan Tamat? ......@ Kita alih perhatian buat sementara.

 


Bismillah Calligraphy5.svg

Hari ini di beritakan Gencatan Senjata peperanag 
Palestine V Israel disahkan.
Saya rasa agak lega dengan harapan Allah Izin ini berlaku
semoga Palestine akan mencapai kejayaan yang Allah swt
 rencanakan terbaik di sisiNYA bagi umat Islam
 di Palestine khusnya
 dan Umat Islam sedunia umumnya. Aamiin.

Oleh kerana sibuk mengikuti kisah perang saya tidak kesempatan 
cerita Eduil Fitri Mubarak tahun ini.
Hari Raya tahun ini sunyi dan terasa kecemasan di Palestine 
walaupun secara jarak jauh.Tetamu tidak dibenarkan kerana wabak
Covid 19. Maka kelihatan rumah saya lengang sahaja. Namun, Alhamdulillah.
Apa jua yang Allah izin berlaku pasti ada hikmahnya.
Saya berdoa apa jua yang Allah tentukan buat kita itu
 adalah yang terbaik di sisiNya.

Kami makan pagi bersama anak, anak menantu dan cucu-cucu.
 Seorang anak lelaki lain duduk dengan saya kerana
 anak isterinya sudah berpindah ke Kedah. Semoga kesejahteraan
 buat kami semua dalam apa jua keadaan yang ada.

Dalam kesunyian esuk harinya saya keluar melihat-lihat suasana di tepi
 tasik di hadapan rumah saya. Ramai juga yang berbasikal
dan jogging. Ini dibenarkan mengikut SOP yang berkuatkuasa.
Alhamdulillah, rasa terhibur sedikit.




Seorang teman akrab berminat bertanam maka dia tanam pisang dan
 betik dan mempelam di kawasan berhampiran rumah saya.
 Ini buat hati saya rasa tenang melihat kehijauan.

Tiada apa yang dapat dikongsikan cerita Hari Raya kali ini. 
Saya ada jiran baru dari keturunan Arab dan saya minta anak saya mengirim makanan Melayu rendang dan yang sepertinya
tanda silaturahim kejiranan. Saya hantar juga makanan pada adik
yang berjiran dengan saya.

Itu sahaja cerita saya sebagai melepaskan fikiran dari kesedihan
 peperangan di Gaza dan Baitul Maqdis.
Salam buat semua.


No comments:

Related Posts with Thumbnails