Lihat dulu video yang saya kongsikan sebelum ini
untuk kesinambungan bicara.Semoga kita akan terus dalam
perlindunag Allah swt dari musuh-musuh Islam.
Saya mengikuti sedikit-sedikit ceramah mengenai hakikat Akhir Zaman (kebanyakannya dalam siri di Utube oleh berbagai Ustaz) dan saya yakin
apa yang berlaku sekarang di Palestine umumnya dan
Masjid Al Aqsa khususnya ada kaitan dengan
fakta Akhir Zaman dan Hari Qiamat.
Semoga Allah menganugerah Petunjuk dan Hidayahnya
dan semoga kita sentiasa berwaspada dengan karenah
Israel Zionist dan sekutu-sekutunya dalam usaha licik mereka untuk
memporak peranadakan semua negara Islam.
Dalam video ini mereka menuduh Iran sebagi dalang terkuat yang
mempengaruhi Palestine dan tentera Jihadnya utuk menyerang
Israel dan semua kepentingannya.
Iran bukan Islam Sunni dan ada pihak yang mengatakan mereka
bukan Islam sebenarnya dan mungkin
tindakan mereka itu ada agenda lain yang ramai kita belum tahu atau belum memahami wawasan Iran sepenuhnya dan sebenarnya.
Zionist Israel dan semua Zionist di dunia sememangnya
memusuhi Islam dimana jua. Jangan hairan jika di Malaysia ada
pengaruh zionist yang licik hingga kita terlepas pandang niat sebenar mereka dalam hubungan aktiviti perdagangan,
ekonomi dan Politik dan lainnya dengan Rakyat Malaysia.
Ikutilah video di atas semoga kita dapat sentiasa merasai dan bersimpati dengan Rakyat Palestine dan amat baik jika kita dapat membantu dalam apa jua bidang yang dalam kemampuan kita. Jika tidak kita berdoa bersungguh-sungguh semoga segala niat jahat Israel Zionist akan gagal.
JOM ikuti.....
No comments:
Post a Comment