"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, May 6, 2021

KAPAL SELAM KITA .... @ Melawan Gigantic US Submarine ???


Bismillah Calligraphy 36.svg


Tidak mungkin kita dapat melawan Kapal Selam Amerika
 dari segi kebolihan zahiriah.
Namun jika kita yakin Allah itu bersama kita, tidak ada yang Mustahil.
Iman dan Taqwa adalah asas kemenangan yang abadi, diiktiraf
 penduduk bumi dan di iktiraf penduduk langit.

Lihat video di atas. Semoga kita dapat buka minda dan sedarkan diri
 seluas-luasnya betapa kita (orang Islam) tidak ada upaya melawan
 kecanggihan teknologi musuh-musuh Islam.
Saya teringatkan fakta ini kerana amat terkesan di hati atas apa yang terjadi
 pada Kapal Selam Indonesia KRI Nanggala 402 baru-baru ini.
 Semoga ada sesuatu hikmah yang Allah hendak tunjuk atas keizinanNYA
 berlaku peristiwa bersejarah itu. 

 Malaysia hanya ada 2 kapal selam sahaja sekarang ini dan semua kelengkapan
 ketenteraan Malaysia pada pendapat saya tidak dapat menandingi 
kecanggihan teknologi ketenteraan Negara Amerika itu. 
Apa yang saya lihat dalam video itu membuat saya takut dan bimbang
 jika saya memikirkan hal keselamatan dunia umumnya.

Malaysia tentunya rasa "terkaku" jika mahu membuat perbandingan
 kekuatan dan kecanggihan ketenteraan Amerika dengan Malaysia.
Pasti ada persoalan "Mengapa mahu buat perbanding" ?
Saya yakin semua negara yang lemah ketenteraannya 
akan "hormat" pada kuasa besar.
Saya rasa Malaysia "ikut sahaja apa yang disarankan" oleh mereka.

Dalam pelbagai pergolakan peristiwa dunia sekarang,  Saya lihat Malaysia
sebagai tidak setabil kerana keadaan ekonominya yang tidak menentu
 yang antaranya disebabkan oleh  wabak Covid19
 yang belum nampak penyelesaiannya hingga sekarang.
Tetapi yang amat membimbangankan Rakyat termasuk saya
 ialah isu pergolakan Pentadbiran Negara dan Politik yang makin hari 
saya lihat semakin "mengecut"  dalam
 kebolihan menyelesaikan masaalah yang ada.
Tentu ada yang bertanya: "Ke mana hala tuju Malaysia sekarang?"

Jom sama-sama kita fikirkan secara holistik dan 
masing-masing harus berbuat sesuatu 
yang termampu dan berusaha membantu menegakakn kekuatan dan 
kewibawaan Pemimpin dalam menerajui usaha
Pembangunan Negara. Sama-sama kita berdoa semoga 
fenomena yang kurang setabil ini
 akan pulih semula dalam masa terdekat dan Rakyat Malaysia akan dapat 
menikmati keselesaan dan kedamaian yang diharapkan.
Semoga di Malam-malam terakhir Ramadhan ini Allah swt menganugerah
 Rahmat PertolonganNya yang tidak terhingga buat Malaysia.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails