"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, September 21, 2010

"GAME OVER"....




Pagi kelmarin saya solat subuh seperti biasa di Masjid Kg Tunku. Maka bersua kembali dengan sahabat-sahabat yang menyedari saya tiada di Kg sebulan Ramadhan hingga awal Syawal.
"Bila balik? " tanya seorang teman.
" Semalam dulu, hari Jumaat." jawab ringkas dan lantas bertanya khabar.
"Seronok lah you puasa di Makkah, semua amalan berganda-ganda ganjaranya." Teman ini memelok saya seperti budaya Melayu kita.
"Alhamdulilah," saya senyum. "Di sana ada kelebihan, Allah beri juga kelebihan yang lain di sini," Dia senyum seperti tidak yakin kata saya itu benar.

Hampir semua yang saya kenal mengatakan mengerjakan Umrah dan puasa Ramadhan di Makkah satu keistimewaan yang Allah beri pada sesiapa yang ia kehendaki. Saya juga berpendapat demikian dan saya sememangnya memohon pada Allah satu hari Allah terima saya sebagai tetamuNya di bulan Ramadhan. Alhamdulilah, ia jadi kenyataan. Namun saya tetap berpegang pada hakikat bahawa saya ke Makkah di bulan Ramadhan adalah semata-mata atas limpah RahmatNya. Doa hanyalah suatu tuntutan atas seorang hamba.


 
Setelah saya di Makkah saya berfikir-fikir atas kehadiran saya dan kehadiran tetamu-tetamu yang lain. Yang inginkan datang ke Makkah tetapi belum Allah kurnia, adakah bererti mereka itu tidak ada keistimewaan di bulan Ramadhan. Saya yakin tidak ada konsep "Game Over" dalam pengabdian. Tidak bererti jikalau kita tidak berpuasa di Makah maka kurang beruntunglah kita, tidak sama sekali. Allah maha adil, maha bijaksana, maha mengetahui , maha pengasih maha penyayang maha menghendaki dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Berpuasa di Makah adalah ibarat satu suntikan motivasi sahaja. Ia menggerakan hati dan minda untuk memfokus pada hakikat pengabdian. Allah janjikan ganjaran yang lebih tetapi tidak bererti ganjaran yang lebih itu menjamin pengitirafan kita sebagai hambaNya diberi atas dasar keutamaan kerana semata-mata kita berada di Makkah. Belum lagi. Ukuran di sisi Allah adalah Taqwa dan hamba yang bertaqwa boleh lahir  dan wujud di mana-mana. Perkiraan Allah bukan seperti manusia membuat perkiraan. Maha suci Allah. Subhanallah. Satu campur satu jadi dua. Pada Allah satu tolak satu pun jadi dua. Ibaratnya demikian. AllahuAkbar.
WaAllahua'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails