Saya ingin bercerita lagi mengenai Umrah kali ini untuk anak-anak buah yang tidak saya berkesempatan berbual panjang semasa dikunjungi di Eidilfitri dan entry ini khas untuk Huzaiafah, Akif, Uwais dan yang berturutan lagi. Pastinya saya tidak akan berkesempatan cucu-cucu ini membesar dan berdikari, maka saya buat catatan semoga ianya memberi sedikit munafaat 'zikir fikir' setelah saya tiada nanti.
Kesibukan setiap saat siang dan malam di tanah Suci Makkah adalah perkara biasa. Bagi saya ia amat mengkagumkan dan amat menyentuh pemikiran kerana telah sangat lama saya tidak berkunjung ke sana dan tidak pula pernah pergi Umrah di bulan Ramadhan. Alhamdulilah. Allah mendengar bisikan hati saya padaNya dan saya bepeluang Umarah di bulan Ramadhan dan mengalami beberapa situasi (instances) yang membuat saya rasa insaf tentang peri pentingnya hidup ini kita kemudi dengan sebaik-baiknya.
Berkumpul untuk sessi berbuka puasa beramai-ramai di dataran Masjid.
Di samping ibadah rutin yang fisikal, saya mengambil masa memerhati apa yang berlaku di sekeliling saya dalam perjalanan ulang-alik ke Masjid semasa waktu solat atau semasa tawaf sunat atau semasa membeli barang keperluan makan minum harian. Di sinilah saya cuba melihat dengan mata hati perilaku peristiwa yang berlaku. Antara yang saya nampak dan fikir zikir ialah jenis manusia yang datang untuk umrah dan berpuasa Ramadhan di Makkah. Rata-rata dari pakaian dan rupa paras kulit di muka yang saya lihat ramai yang bukan dari golongan kaya, mungkin sederhana (tidak miskin) tetapi tidak terlalu kaya. Kalau ada yang kaya-kaya mereka tidak menampakan diri mereka kaya dari pakaian.Saya mengatakan mereka miskin dari raut muka yang menunjukan sepertinya mereka berkerja kuat ditengah panas.Berbuka puasa seadanya.Namun nikmat dari Allah tidak terhingga.
Kemudian saya lihat pula solat di Dataran. Solat di Dataran, solat dalam ruang yang kesempitan adalah lumrah di Masjid al Haram di Makkah.Isunya kekhyusukan yang mesti terjalin anatra Allah dan hambaNya. Saya pernah juga solat di Dataran diwaktu malam tetapi tidak khusyuk yang sewajarnya kerana punggung rasa panas lantaran matahari yang menyinar di atas dataran sepanjang siang.Maqam iman dan taqwa saya masih jauh tertinggal. Mungkin tetamu Allah yang lain tidak merasai seperti saya. Semuanya terletak pada kurnia Allah semata-mata. Doa saya semoga Allah melimpahkan RahmatNya dan saya dapat merasai nikmat iman yang sempurna di mana jua saya berada.
Pada malam 27 Ramadhan dan 29 Ramadhan suasana di Masjid Haram dan di sekitarnya amat mebingungkan da mencemaskan bagi saya. Manusia berpusu-pusu menacari tempat yang terpilih di Masjid awal-awal lagi. Saya hampir yakin bahawa dari jam 10 pagi Masjid sudah hapir penuh. Setelah solat Maghrib siapa yang meninggalkan tempat solat mereka, kebarangkalian mendapatkan semula tempat itu amat tipis atau mungkin tidak sama sekali. Alhamdulilah, saya rasa insaf dan rasa terharu yang amat sangat kerana Allah mendengar bisikan hati dan doa yang sunguh-sunguh agar saya mendapat nikmat duduk di Masjid terus menerus hingga akhir solat witir dalam kira-kira jam 3 pagi malam 27 Ramadhan. Sumber hadis sahih mengatakan 10 malam terakhir adalah malam-malam penting berkaitan LailatulQadar. Di Masjid al Haram malam 27 tersangat tertumpu pada hakikat itu. WaAllahua'lam. Saya hanya niat seperti diajar ustaz dan mengambil kesempatan mungkin sekali seumur hidup untuk berada di Masjid al Haram. Semoga Allah kurnia yang terbaik.
Namun yang lebih penting ialah kesinambungan dan sikap istiqamah dalam pengabdian walau di mana berada. Semoga saya Allah beri taufik dan hidayahNya yang berkekalan.
Doa khatam al Quran ialah pada malam 29 Ramadhan. Amat panjang dan amat menyentuh perasaan, walaupun kefahaman Bahasa Arab saya amat terhad. Rasa kekerdilan yang amat sangat dan ramai yang menangis pasti penuh harapan semoga Allah melimpah rahmatNya dan kuasa maghfirahNya pada semua hamba-hambaNya, dan semoga semuanya mendapat keampunan dan keredhaanNya.
3 comments:
Salam tuan rumah.Gembira dan bersyukur jumpa blog ini.Saya mohon link dalam blog saya.
Dear Makbonda,
Salam dan terima kasih atas kinjungan. Feel free to link etc, etc. Saya hargainya.
(by the way, saya gelar seorang anak buah saya dari remaja lagi sebagai 'makbonda' What a coincidence.
Ya kebetulan yang telah disusunNYA,semoga berpanjangan Ukhuwah.
Saya telah selongkar blog puan,sangat teroja,kenapa baru sekarang terjumpa......juga adalah aturanNYA.
Wallahua'lam
Post a Comment