"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 30, 2011

"KAWAN KU - LAWAN KU"



Betapa Allah menguji setiap manusia yang beriman.

Pergolakan politik dan pergolakan  sosial di negara Islam di Timur Tengah sekarang membawa berbagai persoalan untuk difikirkan, termasuk oleh kita negara Islam di Timur Jauh. Pergolakan di Tunisia dikatakan meyemarakan semangat untuk menunjuk perasaan di Mesir pula. Dikhabarkan secara ringkas bahawa di Algeria ada juga kekecohan berlaku. Di Lebenon krisis politik pun belum dapat diselesaikan secara muktamad. Tunjuk perasaan menyokong pemimpin pilihan masing-masing puak pun berlaku jua. Demikian juga di Yamen. Di Yamen pun berlaku juga ketidaksetabilan negara. Saya merasakan kesemuanya ini adalah kejadian-kejadian dalam masyarakat yang rakyatnya  mahu mengatakan rasa tidak puas hati yang terpendam selama bepuluh tahun. Kita semua, pemerintah negara dan rakyat, harus berfikiran rasional untuk mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Rakyat hari ini sudah celik mata, sudah tahu apa yang baik  dan apa yang buruk. Mereka sudah tahu apa itu hak asasi manusia da mereka sudah tahu apa itu demokrasi, (walaupun dalam Islam tidak semua prinsipnya boleh diterima). Manusia bukan UNTA, yang keperluannya amat sedikit dari dahulu hingga sekarang. Tetapi Unta pun tetap ada haknya. Dan Unta tahu bagaimana menunjukkannya. Mithalnya dia tidak akan bankit berdiri jika muatannya terlalu berat. Maha suci  Allah dari segala kekurangan dan kelemahan.

Pergolakan yang saya sebut tadi belum mengambil kira pergolakan di bumi barakah, Palestine. Lebih 60 tahun Palestine menderita dibawah pemerintahan Yahudi. Mereka seolaha-olah duduk dalam penjara terbesar di dunia. Semuanya di kuasai oleh Yahudi, api, air segalanya. Mereka sentiasa diasak dengan pengeboman dan berbagai lagi kezaliman yang sudah tidak dapat lagi diceritakan oleh akal yang waras.

Sekarang ini timbul pula cerita-cerita yang mengemparkan mengenai Krisis di sana. Al Jazeera mengejutkan dunia denaga pendedahan rahsia mengenai 'perundingan damai'  antara Palastine Authority dan pihak Penjajah Yahudi. "THE PALESTINE PAPERS" menggemparkan orang Islam di mana jua mereka berada. Secara ringkasnya apa yang telah dilakukan oleh Palestine Authority ialah mengkhianiti rakyatnya sendiri dengan memberi berbagai konsissi yang tidak munasabah dan tidak sepatutnya dibuat semata-mata untuk menubuhkan negara Palestine merdeka. (Kita boleh baca seterus dalam Transparency.aljazeera.net dan berbagailagi).

Tetapi dua hari kebelakangan ini media massa utama di dunia (yang saya ikuti CNN, BBC dan AL JAZEERA) disibukan dengan kisah di Egypt. Sejarah sedang dicatat dengan berbagai perubahan yang dituntut rakyatnya. Tetapi mereka belum puas hati sehinggalah  President MUBARAK meletak jawatan dan keluar dari Egypt. Perlantika Vice President Soliman pun tidak memberi kesan. Setakat ini mereka makin marah.

Saya hanya pemerhati yang bersimpati dengan rakyat Egypt. Saya bersimpati dengan siapa jua yang memuntut keadilan dari pemerintah yang zalim, tidak kira dia Arab atau bukan Arab. Telah lama rakyat di dunia ini yang bersimpati dengan rakyat Palestine dan rasa amat marah  dengan Mubarak kerana ia amat tidak memberi sokongan pada Palestine. Peristiwa-peristiwa di Rafa jelas membuktikan bahawa tidak ada simpati dari Mubarak. Dengan sebab itu saya sendiri pun merasakan seperti Mubarak ini bersubahat dengan pihak Israel. Dengan tersebarnya maklumat dalam "Palestine Papers" saya amat yakin banyak yang tidak kena dengan Mubarak ini. (Saya tidak membuat kajian sendiri maka perasaan saya hanya berdasarkan apa yang saya baca dan dengar).

Saya berdoa pada Allah swt semoga Allah mengasihani mereka yang dizalimi dan menolong mereka yang benar dan beriman dan mereka yang berjuang di jalan Allah. Semoga yang zalim (di mana jua, rakyat atau pemimpin)  meyedari bahawa keadilan dari Allah itu tidak tunggu Hari Qiamat. Di dunia Allah sudah tunjuk akibatnya. Semoga saya tergolong bersama-sama mereka yang insaf, beriman dan bertaqwa dan berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah. Semoga Allah menurunkan pertolongan pada semua hambanya yang dikasihi dan apa jua bentuk perjuangan yang dilakukan untuk menegakakan kebenaran Allah memberkati dan meredhai. Semoga Allah meyakinkan pada diri-diri kita Siapa Kawan dan Siapa Lawan. Ameen.

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Selalunya negara-negara yang mendapat grant dari US tangan mereka dah terikat dan roh mereka telah tergadai......

Makbonda said...

Setiap yang berlaku adalah caturan Allah SWT,tapi jarang yang berfikir dan mahu membuat iktibar.Bila rakyat suda bangkit disalahkan rakyat punca huru hara,padahal pemimpin yang lupa diri.

ngasobahseliman said...

Salam kerabu jantung. Grant diberi sebagai umpan, kadangkala sebagai upah. Ada kepimpinan negara yang membayar sebagai 'protection money'. Apa jua , yang rugi rakyat. Saya rasa depa ni tak kira kehidupan akhirat. Senang, kaya raya di sini matlamat mutlak. Hairan ye! Kaya macam mana pun, makan 3 kali sehari. Besar macam mana pun rumah, banyak mana pun rumah, tidur satu katil juga.Satu hari 24 jama sama macam yang papa kedana. Tetapi yang papa mungkin tidur lenyak. Depa belum tahu. Kita doa pada Allah kita tergolong bersama-sama mereka yang Allah iktiraf hamba sebenar-benarnya.

ngasobahseliman said...

Salam Makbonda. Kita manusia memang susah nak mengaku salah. Kita doa Allah pelihara hati-hati kita. Jangan sampai kita lalai bahawa Allah nampak yang zahir dan nampak yang tersembunyi.Semoga kita tidak kalah dengan nafsu.

Related Posts with Thumbnails