"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 19, 2011

PELANCUNG KAMPUNGAN


 Sajian Ubi Kayu dan Keledek Rebus

Alhamdulilah. Allah masih kurnia nikmat bermusafir. Hujung minggu lepas saya diajak anak-anak pergi ke Port Dickson. Demi kesejahteraan anak cucu, saya ikut sama walaupun saya terpaksa melepaskan beberapa aktiviti sosial dan NGO yang telah diatur. Ada kalanya anak cucu kena diberi keutamaan.  Resort Apartment  tempat  kami tinggal dekat dengan pantai dan ada kolam renang. Biasalah ... kerana Port Dickson adalah tempat pelancung. Oleh kerana "mood" saya bukan mood bercuti, maka saya mudah tersentuh hati dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Lihatlahlah gambar di atas. Ia adalah sebahagian hidangan buffet sarapan pagi. Kelihatan roti dan ubi keledek. Rupa-rupanya yang roti itu hanyalah untuk hiasan. Saya tanya pelayan di situ kenapa roti cuma untuk hiasan. Ia tersenyum. "Sebenarnya roti ini boleh makan kan?" Saya bertanya selamba. "Boleh," katanya. "Tetapi kena panaskan dulu." "Oh, kalau gitu panaskan lah sikit untuk saya roti yang nampak sedap tu." Pelayan itu tidak berkata apa, cuma senyum lebar dan terus beredar. Saya sebenarnya cuma mengacah budaya Resort melayan pelancung. Saya kata pada anak saya, " Mak rasa macam pelancung kampungan. Cuma layak makan Ubi kayu dan keledek rebus sahaja. Roti sedap cuma untuk hiasan. Kenapa agaknya ye?". Lantas saya terkenang semasa hidup susah dahulu kerana keluarga saya adalah keluarga pendatang. Saya membesar dengan ubi, keladi keledek. Jarang sekali makan nasi. Tiba-tiba saya rasa hiba di hati. Saya bayangkan orang-orang yang tidak ada kemampuan makan yang sedap-sedap. 

Tetapi dicelah-celah rasa hiba, rasa juga nostalgia kampungan. Allah maha adil pada hambanya. Nikmat makan bukan terletak pada jenis makan dan tempat hidangan makanan. Nimat makan terletak pada kurnia Allah semata-mata. Nasi bungkus yang kita makan di gerai-gerai, Allah boleh bagi nikmat sama dengan yang makan mewah di Restoran-restoran ternama. MasyaAllah. Inilah keadilan Allah pada hambanya. Nikmat makan adalah hak mutlak kurnia dariNya. Alhamdulilah, Allah beri peringatan pada saya. Lalu saya senyum pada anak-anak saya yang bertanya kenapa saya termenung di hadapan makanan. Saya cerita sebabnya dalam perjalanan pulang keesukan harinya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati usaha saya mengeratkan kasih sayang keluarga.


No comments:

Related Posts with Thumbnails