"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 17, 2011

MAKING UP FOR LOST TIME


Sambutan mengingati Maulidurrasul tahun ini amat meriah bagi keluarga abang tunggal saya. Pada hari itu juga diadakan majlis Aqiqah dan mencukur rambut bagi cucu pertama pada anak lelakinya, Erwan. Ia telah berumah tangga selama 12 tahun dan baru ini Allah kurnia cahaya mata, seorang anak perempuan. Alhamdulilah. Allah memberi rezki pada sesiapa yang dikehendakinya. Kita harus bersabar, berusaha dan tidak rasa kecewa.

Erwan menjemput semua keluarga sebelah  abang saya yang berada di Lembah kelang. Kesemuanya hadir melainkan anak perempuan saya di Putrajaya dan anak saudara saya dari Bangi. Saya agak teruja kerana inilah kali pertama saya berkumpul begitu ramai dengan anak-anak buah bersama dengan keluarga sebelah kakak ipar saya, iaitu isteri abang saya. Alhamdulilah, merasakan kemesraan yang amat dirindui kerana sudah terlalu lama keluarga kami terpisah hubungan. Apa jua yang telah berlalu adalah sejarah derap langkah kehidupan yang penuh onak dan duri sebagai ujian dari Allah. Alhamdulilah,  Allah maha mengasihi, mengetahui dan maha bijaksana.



Majlis diadakan di Dewan Kiambang, Section 7, Shah Alam dan bermula dengan majlis Marhaban oleh kumpulan wanita surau section 6, dan diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat serta kesyukuran yang di ketuai oleh Ustaz dari surau section 6 juga. Alhamdulilah Erwan nampak gembira dan berpuas hati. Saya juga seronok kerana Erwan menjemput ramai sanak saudara yang lebih tua disamping teman sekerjanya. Semoga majlis mengingati Allah secara beramai-ramai akan menjadi sebati dan sebahagian cara hidup keluarga muda ini. Allah adalah rujukan kita semasa susah dan semasa senang.
Namanya Qamrah Qeestyna.
Dalam majlis ini saya mengambil kesempatan merakam gambar-gambar yang saya kira "bersejarah" bagi keluarga sebelah saya. Ia melambangkan sifat -sifat kasih mengasihi dalam keluarga dan apa jua perselisihan dapat mudah diselesaikan dengan mengikuti falsafah hidup : "ambil yang jernih'. Alhamdulilah, Allah merestui dan saya rakam seperti di bawah ini.



 
BUMI MANA YANG TIDAK PERNAH DITIMPA HUJAN, LAUTAN MANA YANG TIDAK PERNAH BERGELORA
KESEMUANYA ADA HIKMAHNYA.
MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KITA DUSTAKAN
OOOOOO

No comments:

Related Posts with Thumbnails