"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, August 18, 2011

MENJADI CERDIK @ HARI MEMPERINGATI NUZUL ALQURAN.






Rata-rata Masjid di Malaysia memperingati peristiwa terpenting dalam hidup manuasia sejagat, iaitu Hari Turunnya AlQuran. Wahyu pertama yang terjadi di Gua Hira' kini diketahui ramai oleh rakyat Malaysia. Maka saya mengharapkan Ceramah mengenai nuzul alQuran di Masjid yang ramai ahli qariahnya warga dewasa dan warga emas sewajarnya tidak menceritakan semata-mata apa dia nuzul alQuran dan pentingnya membaca  dan menghafaz alQuran.

Cerita mengenai beberapa buah sekolah yang sudah terbina untuk anak-anak menghafaz alQuran sudah tidak lagi menjadi cerita yang boleh membangkitkan kesedaran dan semangat untuk memperjuangkan kehebatan alQuran. AlQuran bukan untuk dibaca dan dihafaz sahaja. Petunjuk prestasi kehebatan orang Islam bukan pada fakya sama ada tahu membaca dan menhafaz sahaja. Orang Islam harus bangun melaksana apa yang dituntut oleh alQuran. Kehebatan orang Islam hendaknya tidak dikira dari berapa ramai orang yang hafaz alQuran sahaja dan duduk di tikar sejadah, tetapi orang Islam harus diukur prestasinya dari segi sejauh mana apa yang Allah suruh telah kita buat dan apa yang Allah larang kita sudah tinggalkan.

Pada saya itulah antara ukuran sama ada kita "menjadi cerdik" dengan mendengar ceramah Nuzul alQuran. Iaitu benar-benar memahami kehendak alQuran. Kesejahteraan Umat sejagat menjadi tanggong jawab kepimpinan Islam dan ceramah-ceramah hendaknya memperluas skop pembicaraan mengenai nuzul alQuran. Saya menulis entry ini kerana rasa agak terkilan mendengar ceramah yang tidak membangkitkan semangat memakmurkan dunia dengan mencerdikan orang Islam dalam sessi-sessi seperti ini.

Ceramah ini diberi oleh seorang wakil yang memegang jawatan di sektor awam dan ia agak menyedihkan hati saya kerana jika itulah kekuatan minda mereka, maka orang Islam akan terus menjadi pengikut dan tidak menerajui kepimpinan manusia  di Malaysia atau di mana sahaja. Saya rasa begitu. Bukan buruk sangka tetapi kekadang terfikir samada di Malaysia ini rakyat digalakan untuk menjadi pandai belajar tetapi tidak dipimpin untuk menjadi cerdik dan pintar.

Saya sedih kerana saya tidak dapat banyak menafaat dari segi perisian ceramah. Mugkin di Masjid lain keadaannya berlainan. Semoga Allah mengampuni saya  dan semoga Allah memberi hidayahnya dan menunjuki jalan dan menurunkan pertolongan kepada kita semua bagaimana janji Allah dalam ayat 55 surah An Nur dapat kita capai, iaitu menjadi Khalifah dan Menguasai Bumi ini Tanpa Ketakutan.

WaAllahu'alam.

2 comments:

Makbonda said...

Assalamualaikum Puan.

Kadang sangka buruk saya sering membuat andaian,bila penceramah mempersembahkan ceramah cuma melepaskan tanggungjawab sebab telah dijemput atau ditugaskan mengisi kekosongan ....ceramah akan menjadi hambar dan pendengar pun bosan.
Bebeza dengan penceramah yang menyampaikan dengan roh...digunakan kesempatan berceramah untuk memuntahkan ilmu dengan penuh rasa keikhlasan bukan hanya persembahan....amat menyentuh jiwa pendengar.

ngasobahseliman said...

Terima kasih atas kunjungan. Benar kata-kata tu. Saya takutnya ramai kita yang membuat kerja seperti melepas batuk ditangga. Sama-sama kita doa anak cucu kita komited pada erti kehidupan seorang Islam yang beriman dan bertaqwa. Salam.

Related Posts with Thumbnails