"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 23, 2011

TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN.....




Antara tugas saya diumur senja ini ialah menghayun buaian cucu, membantu mengasuh mengikut masa yang terluang dan kemampuan tenaga yang ada. Alhamdulilah Allah masih kurnia kekuatan untuk membantu buat masa ini. Tetapi hingga setakat mana, tidak akan saya ketahui. Yang pastinya besar kemungkinan saya tidak sempat melihat cucu ini ke umur remaja. Tetapi itu  semua adalah ketentuan Allah.

Di zaman ini saya rasa orang atau ibu yang menghayun buaian seperti saya ini hampir pupus. Sekarang ini ada yang telah menggunakan kuasa letrik. Ada yang menepuk-nepuk bayi hingga tidur, dan berbagai cara lagi.

Jika amalan menidurkan bayi dibuaian sudah hapir tidak berlaku lagi, maka saya ingin bertanya sama ada pepatah Inggeris yang mengatakan : THE HAND THAT ROCKS THE CRADLE, RULES THE WORLD, boleh diguna pakai buat hari ini.  Apakah ertinya sekarang. Sambil menghayun buaian biasanya kita mendodoikan bayi dengan zikrullah yang mudah-mudah, syair orang-orang tua yang mendidik hati atau  dengan nasyid yang bersesuaian. Saya kurang pasti semua ini makin hari makin juga pupus.

Kebelakangan ini pula sudah ada program TV yang ditaja ASTRO, Baby TV, saluran 618. Pengasuh anak saya suka meletakan cucu saya dihadapan program ini kerana katanya musik yang dialunkan menggamit ketenanagan jiwa baby dan ia mudah tidur.  Anak saya yang lain pun kata begitu. Anak-anaknya  diperingkat 'toddler' pun mudah direhatkan dan mudah tidur..Mereka mudah menikmati muzik yang dialunkan, mudah bertenang dan mudah juga tidur waktu malam. Saya terdiam. Bagaimana mahu membuktikan  kesahihannya.  Yang pasti pada saya ialah pengaruh ibu yang membentuk peribadi bayi dan ana-anak kecil makin berkurangan. Tidak seperti dahulu. BIBIK memainkan peranan yang terpaksa diterima. Saya terfikir-fikir. Bagaimana mahu mengembalikan peranan ibu sepenuhnya dalam mengasuh dan mendidik anak-anak.

Waktu dahulu (dalam 15-20 tahun yang lalu)  kerjasama keluarga besar, seperti ibu mertua, mak saudara dan sebagainya mudah diperolehi dan bantuan tidak menjadi masaalah besar. Maka jalinan kasih sayang masih tulin berbanding dengan jalinan kasih sayang seorang BIBIK. Fikirkan.

Saya tanya pada anak saya : "Does it help or does it hurt?". Dia senyum tanpa jawapan. Sudahkan ada kajian mengenai kesan Baby TV kepada pembesaran bayi dari segi pembangunan minda dan emosi. Kita sudah sogokkan TV dari umurnya beberapa bulan. Mungkinkah ini akan membawa kesan negatif atas kebolehan ia berkomunikasi dengan ibu dan ahli keluarga yang lainnya. Saya bingung dan khuatir.

Semoga ada orang yang boleh meyakinkan saya bahawa Baby TV ini tidak memberi kesan negatif.

Pada pemerhatian saya bukan ini sahaja yang menjadi masaalah dalam hal membesarkan dan mengasuh anak-anak.  Ibu-ibu terlalu sibuk dan ramai yang jarang-jarang sekali dapat memasak untuk anak-anak da bercerita-cerita dengan anak-anak. Semuanya diserah pada Bibik. Ini bermakna apa yang orang-orang tua kata bahawa "Air tangan Ibu" itu membawa berkat sudah hampir tidak wujud lagi. Saya rasa sedih. Jalinan kasih sayang ibu yang tulin semakin luntur. Mungkin ini adalah salah satu sebab anak-anak tidak rapat dengan ibu-bapa. Masa lapangnya di habiskan di hadapan TV atau di hadapan iPod, Galaxy dan berbagai lagi. Teknologi pada saya menjadi faktor besar yang menghakis kasih sayang. Dengan sistem perbankan yang modern ini pun telah menyebabkan anak-anak remaja tidak perlu berhadapan dengan ibu-bapa. Semuanya dikuasai teknologi  dan pemberian belamja sekolah dan lain-lain perbelanjaan lagi dibuat lalu sms dan lalu bank yang makin hari makin canggih. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan masyarakat 10 tahun akan datang dan seterusnya sebelum hari Qiamat.

Semoga Allah memelihara generasi akan datang  dan  mereka tidak hilang kebergantungan pada Allah. Semoga minda  dan jiwa mereka terpelihara. Semoga masih ada yang punya kesedaran dan kemampuan untuk berdakwah mengikut perkembangan pemikiran dan teknologi yang akan berubah-ubah berterusan. Semoga akhirnya Allah meredhai.


.....

4 comments:

Kaktiny said...

Assalamualaikum Puan.

Ibu saya masih menggalakkan kami, anak-anak, menggunakan kaedah 'old school' ini - mendodoikan anak di buaian - dgn alunan zikrullah dan nyanyian (bab nyanyi ni ayah saya yg selalu suka buat.. lagu2 lama utk mendodoikan bayi..)..

tapi, bila dh berkahwin, bercampur dgn pelbagai ragam manusia, ketika di kampung suami, ada ibu saudara di sebelah suami menyatakan amalan 'mendodoikan' bayi itu SALAH, BAHAYA, BUDAYA ORG MALAS dan MENYUSAHKAN ORANG! - katanya lagi, dia tak ajar cucu-cucunya tidur buaian, nanti nak pergi rumah org menyusahkan aje, asyik nak cari buaian utk mendodoi!.. (tersentap juga saya seketika sbb masa tu saya tgh kalut mengikat tali buaian dan mengikat kain batik di kayu buaian)..

... betul jugak kata Puan.. di mana applicable nya pepatah itu jika semua anak cucu cicit skrg di'dodoikan' oleh Baby TV!. Letak terngadah depan tv.. dlm nak lena, minda bawah sedar dengar suara tv.. jaga shj, pun dengar suara tv.. suara ayah ibu dengarnya hanya ketika kena marah, kena tegur atau ketika kedua-duanya berdengkur malam!. huhuhuhuhu...

Makbonda said...

Assalamualaikum,

Kalau nak dengar bakat saya saya adalah ketika saya mememegang buaian,sepontan.
Anak kedua saya siap membuat permintaan lagu tertentu dari buaian,sampai pengasuhnya meminta senikata dari saya.

Saya antara individu yang tidak setuju anak dialunkan muzik. Tidak mengapa dibuka rakaman zikir dan wirid,solawat,bacaan ayat Al Quran.Kan Islam punya jalan hidup yang lebih selamat.

Tiny,dengkur ayah pun tak kedengaran,kan tidur di bilik asing.

ngasobahseliman said...

TQ Dear Kaktiny for dropping by. The one who will the rule the world must be a true Believer. When that happens, all will be at peace, living without fear. AnNUR verse 55 says so. Together we will work towards that. You are still young and have a lot of options and energy to implement as ordained by Allah. May Allah guide us all and gives us the strength and will power, IMAN, to relentlessly persevere until we reach the goal, by the Grace of Allah Almighty.
May He forgive us all for our weaknesses and shortcomings. Salam.

ngasobahseliman said...

Salam. Saya rasa elok Makbonda tulis senikata yang boleh dikongsikan dalam blog. Iramanya ikut cita rasa masing-masing. Saya rasa ini baik. Tq sudi singgah.

Related Posts with Thumbnails