"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, January 7, 2012

PASRAH



Bayangkan kita sepohon kayu yang tua, telah tumbang terbaring di pinggir jalanan dan tidak ada siapa yang peduli untuk mengurusnya. Ia di situ menanti reput dan menjadi debu dan kemudian di humban entah ke mana....seperti dalam foto ini yang saya rakam dalam perjalanan "jalan-jalan cari makan"  kerana ia menarik perhatian saya untuk berfikir-fikir.

Tetapi kita bukan sepohon kayu. Pohon ini tidak akan  disoal dan dipersoalkan di akhirat nanti. Tidak ada kes baginya. Kita  manusia akan melalui berbagai sekatan. Namun doa kita semoga kita ke syurga tanpa hisab. Maka saya  bertekad dalam umur senja ini untuk  meneruskan apa yang saya kira satu tugas tanggong jawab bagi diri saya yang mungkin jika saya tidak lakukan ia akan menjadi salah satu soal yang perlu saya perjelaskan. Nak dikatakan  tugas perjuangan, ia terlalu kecil dalam konteks membangun ummah. Cuma saya berikhtiar semoga sekurang-kurangnya  ia menjadi sebahagian dari usaha kumpulan teman-teman yang berkerja kuat berusaha menegakan kebenaran. 

Usaha saya kecil  dan biasa-biasa sahaja. Mulai tahun ini saya sukarela menjaga seorang cucu untuk bersekolah dari rumah saya di Petaling Jaya  dan menghantarnya setiap hari ke Taman Melawati di Kuala Lumpur, perjalanan kereta selama lebih kurang 40 minit jika tidak ada masaalah lalulintas yang besar. Dalam umur saya yang hampir 67 tahun jika mengikut tahun Hijrah , teman-teman mengatakan saya tidak seharusnya mengambil tugas itu. Bangun pagi seawal yang perlu untuk mula dari jam 7 pagi kerana sekolah cucu saya ini bermula jam 8 pagi. Petang jam 4 saya jemput ia balik ke rumah. Ini satu rutin yang agak mencabar usaha diumur ini. Tetapi saya pujuk diri sendiri untuk berjiwa besar dan berani untuk mencuba.

Mengapa saya mengambil tugas ini. Ada teman-teman yang bingung dan tidak faham mengapa saya bertindak seperti "tiada beban batu digalas". Seorang teman berterus terang berkata pada saya : "We are aging grandmothers, and we should relax and enjoy life. Let our children manage their own affairs. Besides, we need to frequent ourselves to the mosques and prepare ourselves for that final journey."

Ada benarnya kata-kata itu. Tetapi konsep itu tidak tepat.  Saya memilih untuk aktif. "Life is like a hundred meter race. We should speed through until we reach the finishing line. I would like to finish winning the race or at least I know I have tried my best. Winning the race is doing good deeds for ourselves  and helping others as much as possible, however difficult and taxing it is. No pain, no gain goes the saying."

Saya teringat seorang Ustaz berkata : Untuk membuat sesuatu yang  baik tetapi ia sukar dan sulit, jangan hanya guna akal  fikiran dan logik semata-mata untuk membuat keputusan. Banyak berdoa pada Allah. Ia memungkinkan segalanya. Tidak ada yang mustahil bagiNya. Maka kita mohon sungguh-sungguh padanya semoga Ia mengurnia kesihatan dan kekuatan yang luar biasa bagi umur tahap itu. Semoga Allah  meminjamkan kekuatan fisikal dan kecekapan  minda untuk menjadikan usaha ini mudah bagi saya dan suami saya yang sentiasa membantu. Ustaz menceritakan kisah Nabi Ibrahim AS. Api menjadi sejuk dengan izin dan kehendak Allah jua. Banyak contoh lain. Siti Hajar mendapat mata air untuk minuman dan menampung kehidupan di padang pasir yang kering kontang. Jika kita lihat fakta itu  kita munkin mahu berfikir semula mengenai keupayaan kita.  Saya terpanggil untuk berusaha dan kemudian pasrah pada Allah bagi yang sebaik mungkin. Dia yang maha mengerti, maha pemberi dan maha mengasihi hamba-hambanya.

Saya dan suami memilih tugas ini kerana ia ada kaitannya juga dengan tugas  di mana saya menjadi sebahagian dari team yang berusaha melaksana sebuah sekolah yang serupa  dengan sekolah cucu saya ini di Garut Indonesia seperti yang saya pernah ceritakan dalam beberapa entry saya sebelum ini. Semoga usaha yang sedikit ini dapat merangkai suatu yang berpanjangan munafaatnya. Adalah menjadi harapan saya bersama-sama dengan team  dari teman-teman rapat untuk membesar-luaskan perlaksanaan sistem pendidikan  Islam yang holistik dan terpadu sepenuhnya. Semoga saya dapat menjelaskan konsep ini dengan lebih lanjut lagi dalam entry saya lain kali pula insyaAllah. Mudah untuk berkata "holistik dan sepadu". Tetapi perlaksanaannya tidak semudah apa yang dikatakan.

Disini saya hanya ingin berkongsi  rasa nikmat berkerja sukarela semata-mata kerana Allah. Ustaz berpesan, jangan tersalah nowaitu. Banyakan munajat semoga cita-cita tercapai seperti yang diniatkan dengan pertolongan dan rahmat Allah jua.

Dibawah ini adalah gambar-gambar hari pertama Huzaifah (cucu saya) ke sekolah. Saya rakam dengan tujuan kenangan baginya dan bagi anak-cucu yang lainnya.

Jam 6.45 pagi sudah siap. Tetapi game "angry birdnya" 
mesti dilihat walau seminit.

Laluan ke sekolah melalui bandarraya Kuala Lumpur.
Tetapi laluan ini sibuk dan perlu mencari laluan yang lain.

Matahari pagi mula menyinar. Teringat semasa berkerja dahulu berebut-rebut mengejar masa.

Sekolah dimulakan dengan ayat-ayat suci al Quran, nasyid asmaul-khusna
dan lain-lain dan kemudian diikuti dengan penerangan 
pada pelajar dan ibu bapa / penjaga.
Semuanya dalam bahasa Inggeris. Semoga cucu saya dapat menafaatnya.

Cuba memfokus perhatian, sesuatu yang saya galakan 
dan semoga Allah memberi pertolongan.

Apa agaknya yang difikirkan

Alhamdulilah, lega hati saya bila latihan Syahadah, jari telunjuk tegak
dan matanya fokus. Semoga berkekalan.

Rasa teruja bila mula beredar ke bilik darjah.

Selepas lebih kurang sejam kami pun pulang dengan rasa amat bersyukur Allah memudahkan dari permulaannya dan semoga berterusan.

Sebagai ingat mengingat saya turunkan di bawah ini sebuah hadith riwayat Imam Bukhari RA yang berkaitan semoga usaha kita tergolong dalamnya.:
"Siapa sahaja yang sanggup untuk berjuang menegakkan kebenaran dan meninggikan kalimah Allah, maka sama ertinya dengan ia sedang berjuang di jalanNya, Azza wa Jalla."
Kami pasrah penuh padaNYA dan padaNYA jua kami memohon ampun dan semoga usaha kami mendapat keredhaanNYA dan semoga  semua yang terlibat mendapat limpah Rahmatnya yang tidak terhingga.

Ameen.


.....

6 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Ramai juga kawan saya bila pencen menjaga cucu seperti kak dan rasanya jika saya tidak berkeadaan seperti ini kemungkinan perkara yang sama saya lakukan.

Terasa meriah bila cucu ada bersama, lalu saya mengenang bahawa saya tak pernah dapat bersama nenek, begitu juga anak-anak saya tak pernah bersama nenek mereka kerana umur tidak panjang seperti kita. Jadi bila cucu-cucu saya dapat bersama saya merupkan satu nikmat biarpun tak dapat mendukung, meriba dapat memeluk cium dan menyentuhpun dah syukur.

Rasanya inilah salah satu tanda rasa syukur kak kepada Allah atas kurniaanNya.

Kak, dah dekat dah tu dengan rumah saya di taman permata, just opposite taman melawati.. apa nama sekolah tu ya.

Kerabu Jantung said...

Assalam, Sis,

Dikala menghantar dan mengambil cucu ke sekolah, kita tak sedar hubungan menjadi begitu akrab, kasih sayang yang begitu manis dan kita dapat peluang membentuk cucu dengan cara yang kita kehendaki.....

ngasobahseliman said...

Salam Werdah. Lega juga ada orang yang faham. T Kasih. Sek. yang di Taman Melawati itu ialah Adni Islamic School.Untuk Tadika dan Tahun Satu. Main Campus di Sri Ukay.

ngasobahseliman said...

Betul dear Kerabu Jantung. Itu pun harapan. Tapi penat terasa juga.semoga Allah kurnia kekuatan seterusnya. Sama-sama doa demi kebaikan bersama.

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum Puan,

Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Semoga saya juga menikuti jejek langkah puan.

ngasobahseliman said...

Salam Dear Hasimah. Macam mana baru ini perasaan nama sebenar Makbonda. Adik ipar saya ada nama yang sama. Terima kasih sudi kunjung lagi. Saya berdoa dan doakan juga untuk saya Allah beri kesihatan dan kecergasan fikiran supaya dapat terus menyumbang pada usaha menegakan Kebenaran. Bagaimana sekolah tahun baru ini?

Related Posts with Thumbnails