"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 10, 2012

30 TAHUN SEIRINGAN.



Sebahagian besar dari kami di sini seiringan lebih 30 tahun
 dari sejak tamat pengajian.
Alhamdulilah. Allah maha mengizinkan.
Dalam celah-celah kesibukan diumur emas, kami masih meluangkan masa
 untuk bertemu dan menjalinkan kasih persaudaraan sesama Islam.
Syawal 1433 menggamit pertemuan yang menyentuh hati dan fikiran.
Kami bersembang santai sambil menikmati sajian masakan Kelantan, Adawiah tersayang.
Tersinar di wajah rasa keinsafan,  kini kami hampir kegarisan yang pasti mendatang.
Kami mohon keampunan, kami mohon keampunan.
Semoga Allah berterusan menunjuki Jalan dan kami membetulkan apa yang masih bersalahan.

....

2 comments:

mama ju, said...

Salama sejahtera,
Raya tinggal seminggu, izinkan saya salam raya tersisa dan beribu maaf zahir batin.

Puan2 semua nampak mudalah.
suka membaca celoteh Pn.

Kg saya di Belahan Tampok tak jauh dr Benut.

ngasobahseliman said...

Salam Dear Mama Ju. Terima kasih sudi kunjung.Saya pun mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dan kesalahan. Kita jiran tapi jauh. Saya dulu selalu lalu di Tampok sebelum ada Highway. La ni cuma lalu Benut, exit Sempang Renggam. Selalu ke balik kampung? Saya tiada emak dan bapak dan cuma kakak-kakak di Pontian.Terima kasih suka baca. Saya hanya suka-suka menulis semoga ada yang boleh dimunafaatkan oleh anak-cucu. InsyaAllah satu hari kita bertemu orang sekampung kiranya.

Related Posts with Thumbnails