"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 6, 2012

'MEMIKAT JIWA REMAJA DALAM KELUARGA'.



Ini saya dan kakak saya di rumahnya di kampung Parit Semerah Pontian. Selalu sahaja saya berkejaran dengan masa bila bersama keluarganya. Anak-anaknya adalah tempat saya testing kesahihan ilmu yang sedikit yang saya ada. Saya akan bertanya itu dan ini dari anak-anaknya yang berkerja dengan Kerajaan dan dengan Petronas. Berbagai pendapat yang diutarakan jika saya persoalkan tentang kewibawaan kepimpinan diperingkat organisasi atau diperingkat negara. Tetapi dikesempatan ziarah Hari Raya dalam masa yang terhad saya hanya berhujah sepintas lalu dalam memberi pandangan alternatif.

Selalu sahaja kita terperangkap dalam mendengari hujah mengenai hal-hal yang dekat dengan hati kita. Pendidikan adalah antara yang mengundang perbezaan. Ada yang berpendapat keluaran pelajar dari Maahad Tahfiz tidak versetile, kaku dan jarang mahu tampil kehadapan dalam menyelesaikan sesuatu masaalah. Mereka dilihat sebagai hanya mampu sebagai pengikut dan bukan pemimpin. Ini disebabkan cara tarbiah yang dijalankan membuat mereka terlalu rendah diri dan tidak ramai yang yakin atas kebolehan mereka. Tetapi ini hanya pendapat dari pemerhatian rambang dan tidak terbukti dengan kajian. Saya tanyakan semata-mata ingin tahu bagaimana anak-cucu berfikir dan berhujah.

Berbagai lagi yang di "ceramahkan." Di bawah ini anak buah saya merakam sessi tersebut. Yang "rajin" mendengar adalah peringkat cucu-cucu. Anak-anak buah saya sudah selalu sangat mendengar "leteran" saya dan mereka hanya rakam gambar dan senyum-senyum bila anak-anaknya tanya soalan.



Bukan isu besar yang  "diceramahkan". Sebenarnya cuma sembang santai dengan tujuan memikat hati cucu-cucu saudara yang sudah mula dewasa. Namun demikian point yang saya ulang-ulang ialah mengenai kekuatan minda dan hati untuk berfikir dan bertidak. Saya sebut beberapa cara yang saya tahu sedikit-sedikit. Saya cuma tekankan bahawa  BANYAK TIDUR akan melesukan fikiran dan memalaskan hati untuk bergerak cergas. Rasulullah saw dan sahabat-sahabat tidak banyak tidur. Maka kalau kita mahu berjaya kurangkan tidur. Teori Barat tidak boleh diikut bulat-bulat mengenai tidur.

Kita bincang masaalah yang kita hadapi dengan rakan dan keluarga. Kita memohon pertolongan Allah waktu  siang dan malam dan di duapertiga malam. Kebergantungan terus dengan Allah adalah prinsip utama.

Semoga Allah mengampuni dan menurunkan pertolongannya. Semasa saya diumur mereka saya bersendirian berfikir. Amat kurang mendengari ilmu-ilmu asas yang amat penting untuk hidup dan untuk mati. Saya selalu katakan pada pegawai dan staff saya dulu supaya jangan rugi macam saya rugi. Di Lembah Kelang ini Ilmu dan alim ulamak ada di mana-mana. Semoga berkejaran mencari ilmu dan bermati-matian berusaha mengamalkannya. Semoga Allah meredhai dan di Syurga  Firdaus bertemu lagi. Redha dan  Rahmat Allah yang kita cari. Semoga kita semua dalam perlindungan yang Maha Mengasihani.

...

4 comments:

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum;

Kepingin sekali mahu duduk dicelah-celah cucu-cucu itu untuk menikmati leteran embah meraka.

Temuk said...

As-salam
Semoga segala usaha diberkati dan diredhai Allah. Insya-Allah.

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Seronoknya jadi orang tua bila boleh bersembang santai dengan anak-cucu, lebih-lebih cucu. Alhamdulilah ada yang dapat belajar luar negara dan dapat memberi perbezaan di luar negara dulu dan sekarang. Cuma dulu tak ada skype, facebook dan berbagai lagi. Kalau boleh talipon pun dah besar rahmat. Paling selalu hanya tulis surat. Waktu tu ada surat khas "air mail". Boleh jimat kos hantaran pos. Alahai....hampir 50 tahun yang lalu. Kalau cerita pada generasi sekarang pun dia orang tak bolih dapat gambaran. Beza yang lain ialah sudah banyak pengaruh dakwah sekarang dibanding dulu. Itu yang buat hati sejuk sikit fikirkan mereka jauh dari mak-ayah. Emabh ini dulu bila di luar negara nak cari Melayu pun susah, jangankan nak jumpa dakwah Islam. Semoga Allah mengampunni.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Lama tidak kedengaran. Saya tetap mengikuti penulisan Pak temuk. Saya suka style Pak Temuk. Cuma warna yang Pak temuk pilih untuk template blog tidak berapa sesuai dengan mata saya. Agak bersinar dan susah membaca. Tetapi esuk saya akan ke klinik mata PUUM dan nak tanya kenapa mata ini tidak selesa dengan beberapa warna. 'Njaluk ngapura, Mas.

Related Posts with Thumbnails