"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 9, 2012

FIRST A WOMAN THEN A MOTHER ?


DAMAI INDAH BUNGA SETANGKAI

Bolehkah dua fungsi Wanita dan Ibu bercangah?
Di mna kemungkinan  ada percanggahan?
Persoalan yang penuh kontroversi.

Semalam dulu saya duduk bersembang santai dengan suami dan anak lelaki saya
 sambil menikmati minum lewat pentang. Menantu perempuan saya ada bersama.
 Cerita punya cerita tertimbul cerita yang sangat mengharubirukan ramai individu. Cerita poligami.
Pasti bohong kalau saya kata saya dapat melihat cerita poligami tanpa merasai sesuatu di dalam hati.
Tiada salahnya berpoligami dari segi hukum hakam. Syarat-syaratnya amat ketat.
Tetapi ramai yang saya tahu tidak berfikir panjang atau berfikir 360 darjah sebelum mengambil tindakan untuk memasuki gerbang ini. Sesebuah "gerbang" lazimnya nampak cantik dari jauh,
 tetapi belum tentu cantik jika dilihat dari dekat.
Saya berpegang pada prinsip bahawa seandainya kita ingin menyelesaikan sesuatu masaalah, maka jangan kita berbuat sesuatu yang menimbulkan masaalah yang lain pula.
 Kita harus selesai masaalah tanpa masaalah.

Maka dengan berseluruh saya kata pada anak lelaki saya:
"All other things being equal, I am a woman first, than I am a mother."
Maksud saya: Dalam soal poligami nanti saya akan menyebelahi anak menantu saya lebih dari saya
menyebelahi anak lelaki saya.
Menantu saya tersenyum sahaja. Dia pendiam orangnya.
Suami dan anak lelaki saya senyum juga, senyuman berbagai makna. Suami saya  menambah:
"Tak boleh.... Kita kena lihat 'case by case' supaya adil".
I rest my case. The Rule is perfect. It is about human imperfections that we are dealing with.
Allah maha Mengetahui, maha Bijaksana.
Kita mohon keampunanNya atas segala kelemahan dan kekurangan yang ada.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails