"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 24, 2012

BERKEJARAN DI AKHIR-AKHIR SYAWAL





Berkejaran memastikan terakhir Syawal penuh nikmat kasih sayang berkeluarga.

Saya terpaksa meminta diri dari Pengajur kursus Latihan IHES keluar kuliah beberapa jam untuk memenuhi hajat anak saya.

Anak lelaki saya menjemput jiran tetangga menjamu selera sambil berkenalan mesra kerana baru berpindah rumah di Puchung Premier. Maka dijemputnya juga keluarga dari sebelah saya, dari Pontian Johor kerana kebetulan kakak saya pun berkejaran dengan  masa kerana ingin ziarah abang saya yang akan memunaikan Haji pada 26 September. Hubungan keluarga kadang kala melalui laluan yang ibarat merentas banjir lumpur yang tidak dijangka. Itulah lumrahnya manusia merangkak-rangkak membina kekuatan jiwa menerima sanak saudara seadanya.


Anak saya berbaju batik melayani dua orang kakak saya yang berumur 74 tahun dan 77 tahun. Alhamdulilah Allah kurnia kesihatan dan masih boleh mengharung perjalanan kereta dari kampung ke kota. Semoga Allah masih kurnia masa dan ruang untuk terus bermesra antara keluarga sebagai tuntutan Islam jua. Saudara yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan. Kekuatan Islam bergantung, antara lain, pada kekuatan keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Rasulnya. Saya cuba menunjuki contoh sebagai ikutan. Semoga Allah menurunkan pertolongan.





Pada keesukan harinya sampailah hajat kakak saya bertemu abang saya yang kini berumur 69 tahun di rumah anaknya di Petaling Jaya. Ini pertemuan yang jarang-jarang berkesempatan kerana masing-masing sudah mula menjangkau umur yang melesukan tenaga dan ada kalanya ingatan juga. Alhamdulilah masih ada kederat untuk berjumpa memadu kasih keluarga dan bermaafan atas kekurang dan kelemahan dan dosa segalanya.

Ini gambar ketiga adik beradik membincangkan sesuatu yang kadangkala susah diduga kesudahannya. Suami saya memerhatikan sahaja. Hati kecil sentiasa senyap-senyap memohon semoga wujud suasana  murni dan bahagia kerana perjalanan ke Tanah Suci menunaikan Rukun Haji mungkin yang akhir bagi abang saya kerana faktor umur yang ada. Namun doa kami semoga sentiasa dianugerah Rahmatnya yang tidak terhingga. Kenangan yang manis antara keluarga, insyaAllah akan memberi ketenangan untuk memfokus pada amalan yang bukan sedikit ujian jika ditakdirkan begitu dalam perjalanan mencari dan memohon Keredhaan Tuhan yang maha Agong maha Besar, maha Pengasih maha Penyayang.

Diakhir pertemuan dan setelah selesai menjamu selera yang lumayan kami bermaaf-maafan dan kemudian merakam gambar buat kenangan. Semoga Allah kurnia segala keselesaan dan kemudahan dan keselamatan pada Abang saya ke Tanah Suci minggu hadapan. Ia akan pergi berseorangan. Semoga selamat yang pergi dan selamat yang ditinggalkan.



Semoga Allah swt  kurnia Haji Mabrur dengan Rahmatnya yang berkekalan. Amiin.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails